Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari yang ke 10 kita menunaikan Ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.. Bila difikirkan balik, sekejap betul masa berlalu..
Walaupun dah 10 hari Ramdhan berlalu, saya dapat rasakan masih banyak lagi amal ibadah yang tidak sempat dilakukan akibat kesibukan masa mengejar kehidupan dunia.. Walaupun saya percaya sebahagian besar daripada kita telah cuba melakukan yang terbaik untuk memberi komitmen dalam menjalankan ibadah sempena bulan yang mulia ini..
Itulah lumrah kehidupan kita pada hari ini yang tidak habis dengan kesibukan masa untuk mengejar itu dan ini..
Celik sahaja biji mata, Ada sahaja kerja yang perlu kita lakukan.. Tak cukup bekerja pada siang hari, kerja tersebut perlu di siapkan sehingga ke malam hari..
Jadi bila masa pula kita nak luangkan masa untuk beribadah seperti menunaikan Solat terawih, Qiamullail, berzikir dan membaca Al-Quran.. (Pesanan ini turut ditujukan kepada diri saya)..
Pada pendapat peribadi saya, walaupun sesibuk manapun kita.. Sebaik-baiknya kita luangkan juga sedikit masa untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut di Bulan Ramadhan ini..
Solat terawih merupakan satu keutamaan.. Lakukanlah solat terawih mengikut kemampuan masa kita.. Sekiranya sibuk, memadailah dengan melakukan solat terawih lapan rakaat berserta dengan 3 solat witir.. Masa yang diperuntukkan untuk mengerjakan 11 rakaat solat sunat tersebut tidak lama.. Cuma dalam masa 1 jam sahaja.. Untuk solat-solat sunat yang lain lakukanlah juga sekiranya ada kelapangan masa.. ;)
Kemudian, kita juga disunatkan untuk membaca Al-Quran.. Terdapat banyak kelebihan membaca Al-Quran di Bulan Ramadhan ini..
Dari Aisyah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
Daripada Ibnu Umar r.a berkata
"Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Pahala membaca al-Quran Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Begitu banyak kelebihan membaca Al-Quran yang disebutkan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W. mengikut riwayat tokoh-tokoh Islam di atas..
Jadi, walau sesibuk manapun kita, cubalah juga luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran.. Kalau tak dapat nak membaca Al-Quran secara Formal, cubalah lakukan pelbagai alternatif lain supaya kita dapat "sentiasa dekat" di sisi Al-Quran..
Ianya mempunyai 11 kelebihan yang patut anda miliki dan hadiahkan kepada ibu/ayah, saudara mara atau rakan-rakan anda...
Mari kita lihat kelebihan Quran Digital Read Pen My Qalam ini:
1) Produk Quran Digital My Qalam ini diluluskan oleh JAKIM. 35 panel dari JAKIM telah menilai dan menyemaknya. Anda lihat bukti yang disertakan dalam Quran ini. Bukan calang-calang orang yang menyemaknya!

2) Ianya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Lulus di bawah akta percetakan! Surat bertulisan Jawi dari KDN anda boleh dapati dari bahagian akhir naskhah Quran ini. Cop KDN dan juga pelekat Hologram juga adalah bukti ianya lulus dari KDN.
3) Ianya buatan Malaysia, dari pengilang sah Muslim di Malaysia. Orang Melayu Islam. Cuma software sahaja diimport dari China. Pembuatan di Malaysia.
IANYA SANGAT MESRA PENGGUNA!
Ya, begitu mudah menggunakannya!
4) Pen ini menggunakan CHARGER. Cas 4 jam, kita boleh pakai untuk tempoh masa yang panjang juga. Tak perlu bazirkan duit beli bateri lagi seperti model-model sebelum ini yang ada di pasaran.
5) Ia memiliki fungsi bacaan WORD by WORD yang sangat membantu dalam mempelajari tajwid dan juga sangat sesuai untuk mereka yang baru dalam bacaan Quran. Very friendly!
6) Terdapat bacaan 6 Qari mashyur yang boleh kita ikuti. Mereka adalah:
- Ibrahim Ahmed Mir Mohammadi
- Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
- Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi
- Sheikh Mahir Al-Muayqal
- Ahmed Ali Al-Ajmi
- Sheikh Mahmoud Khalil Al-Husary
Hanya gunakan pen pada Quran, kita boleh menukar bacaan-bacaan Qari yang kita inginkan.
7) Memiliki terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bukan saja pada Quran, tapi juga terdapat pada buku DOa, Panduan Solat, dan juga pada index bacaan.
8) Hanya gunakan pen pada Quran, kita boleh memilih Qari, terjemahan bahasa, stop and play, dan juga rekod suara. Boleh bandingkan suara bacaan kita yang telah direkod dengan bacaan dari Qari-Qari yang ada. Cara belajar yang baik kan? :)
9) Andai kita berada dalam perjalanan? Naik bas? Memandu jauh? Kita juga boleh gunakannya dengan memilih fungsi bacaan secara terus pada index. Dan sekali sekala, kita boleh dengar MP3.
10) Kita boleh gunakan kabel USB untuk memindahkan lagu-lagu nasyid kegemaran dalam komputer kita.
11) WARRANTY diberikan pada kita dalam masa setahun. (waranty pada software PEN). Tak perlu risau!
Nak dapatkan Quran Digital ini?
Untuk diri sendiri, keluarga atau hadiah kepada rakan?
Sekiranya anda berminat, boleh tempah di sini sekarang:

Semoga dengan kehadiran Quran Digital ini, akan dapat mengalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk membaca Al-Quran..
P/s: Terima kasih kepada My-Qalam kerana sudi menjadi penaja untuk Segmen Klik Like/Share dan menang Wang tunai di blog Coretan Anuar..
0 comments:
Catat Ulasan