Ahad, 29 Julai 2012

A Doctor In The House kini dalam Versi Bahasa Melayu

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini untuk mencari ilmu tidaklah sesukar semasa zaman emak, ayah, atuk dan nenek kita pada suatu ketika dahulu.. Terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan ilmu pada hari ini samada secara percuma ataupun berbayar..

Untuk mendapatkan ilmu secara percuma anda boleh layari internet dengan mengunjungi mana-mana laman web atau blog.. Disamping itu anda juga boleh menonton televisyen atau mengunjungi mana-mana perpustakaan yang terdapat berhampiran dengan anda.. Sebenarnya nak cari ilmu tersangat mudah pada hari ini..

Cuma persoalannya samada anda dapat meluangkan sedikit masa anda ataupun tidak untuk Membaca bahan-bahan ilmiah??

Terdapat banyak contoh orang-orang yang berjaya disebabkan mempunyai tabiat suka membaca.. Salah seorang daripadanya adalah Mantan Perdana Menteri Kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seorang mantan Perdana Menteri, Seorang Blogger dan juga seorang penulis buku

Dalam banyak-banyak perdana menteri yang saya kenal dalam dunia ini, saya begitu menghormati beliau.. Ini kerana beliau merupakan seorang perdana menteri yang berfikiran luas, berpandangan jauh dan kaya dengan ilmu.. Disebabkan itu beliau bukan sahaja terkenal atau dihormati di Malaysia.. Malahan penduduk luar negara juga turut menghormati pendapat dan pandangan beliau..

Kunci utama kepada kejayaan beliau adalah melalui minat beliau yang suka membaca dan menulis.. Walaupun beliau telah berpencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun idea atau pandangan beliau masih diperlukan oleh sesetengah pihak dalam membantu membangunkan negara kita Malaysia..Beliau banyak menyalurkan pandangan tentang isu politik dan pembangunan Malaysia melalui blog beliau di URL berikut http://chedet.co.cc/chedetblog/

Pada tahun lepas beliau ada menulis sebuah buku berjudul "A Doctor In The House (The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad)" . Buku setebal 800 muka surat yang diterbitkan oleh MPH Publishing ini laris jualannya disebabkan ianya begitu hangat diiklankan di televisyen, akhbar dan juga internet..

Buku "A Doctor In The House"

Sebelum ini saya memang berminat sangat untuk membaca buku ini.. Ini adalah disebabkan penulis buku ini iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang suka membaca.. Dan saya menjangkakan pasti ada sesuatu perkara menarik yang cuba disampaikan oleh beliau kepada para pembaca buku tersebut..

Tetapi disebabkan kekangan masa.. dan disebabkan buku beliau di tulis dalam bahasa Inggeris, telah membatalkan hasrat saya untuk membaca buku ini.. Setakat ini terdapat beberapa buah buku bahasa Inggeris sekadar menghiasi rak buku di rumah saya.. ;)


Masa awal-awal beli tu rasa berminat sungguh nak baca.. Tapi selepas dah membaca dalam 10 muka surat,  minat tersebut beransur-ansur hilang disebabkan saya agak lambat membaca buku berbahasa Inggeris.. 

Setakat ni Buku Bahasa Inggeris yang paling saya berminat nak baca, tapi sampai sekarang pun "tak sempat nak baca" adalah buku "Rich Dad Poor Dad".. Saya dah membeli buku ini dekat dua tahun.. Tapi sampai sekarang saya baru sempat membaca buku ini sampai muka surat yang ke 20 sahaja.... Melalut pula saya ni.. Hehehe..

Ok.. Kita berbalik kepada topik perbincangan kita tentang buku hasil tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad.. 


Pagi tadi semasa saya membawa isteri dan anak-anak pergi ke pasar raya TESCO, Batu Gajah, saya ternampak buku A Doctor In The House ini ditulis dalam Versi Bahasa Melayu.. Berjudul "Doktor Umum - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad"


Buku ini dijual pada harga pengenalan iaitu sebanyak RM 45.90.. iaitu separuh daripada harga buku A Doctor In The House.. Tanpa berfikir panjang saya terus meletakkan buku ini ke dalam Troli untuk dibayar..

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga saya membeli buku tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam versi Bahasa Melayu ini.. memang dah lama saya nantikan kewujudan buku ini..  Walaupun sebenarnya saya kurang pasti, bilakah masa yang paling sesuai untu saya membacanya.. maklumlah masa bulan Ramadhan ni banyak perkara yang lebih bermanfaat, yang perlu saya lakukan..  

Tetapi saya tidak kisah.. Sebab saya suka membeli dan mengumpul buku.. Setakat ini memang banyak pun buku yang pernah saya beli, tapi tak sempat nak baca.. ;)



Buku setebal 982 muka surat ini mengandungi 1001 kisah mengenai Malaysia pada pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad.. Dan terdapat juga kisah peribadi beliau sekeluarga.. 


Berikut merupakan isi kandungan buku ini.. Maaflah sebab tak sempat saya nak menaipnya.. Diharap anda boleh membacanya melalui gambar-gambar berikut:



Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Sebelum saya mengundur diri, terdapat sebuah kata hikmah yang dapat saya kongsikan pada kali ini sebagai pembakar semangat untuk diri anda ..
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"
- Abdulah Mansur M.H

2 ulasan:

  1. saya macam berminat nak baca tapi belum berkesempatan utk membeli lagi

    BalasPadam
  2. Sekarang ni Rich Dad Poor Dad pun dah ada dalam bahasa Malaysia. :D

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra