Khamis, 7 Jun 2012

RM12,000 untuk dimenangi di Kejohanan "16th Grand Asian Chess Challenge"

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekiranya anda seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang suka bermain catur, anda dijemput untuk menyertai "16th Grand Asian Chess Challenge" yang akan diadakan pada University Malaya pada 5-10 Julai 2012..

Apa yang menarik di GACC ni??

GACC merupakan antara pertandingan catur yang terkenal di rantau Asia.. Para peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada para pemain catur dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti dari dalam dan luar negara..

Melalui pertandingan ini.. Secara tidak langsung anda akan berpeluang untuk bersua muka dengan pemain-pemain catur dari luar negara seperti Sri lanka, Brunei, Indonesia, China, Jepun, Rusia, Iran dan sebagainya..
Hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini memang lumayan.. Johan untuk kategori Individu ialah wang tunai RM1500 berserta Piala.. Manakala Johan untuk kategori berkumpulan akan membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta 6 medals dan Piala Royal Selangor Challenge.. Sila klik di sini untuk mengetahui senarai hadiah hadiah keseluruhan bagi kejohanan ini..

image

Tarikh tutup Pendaftaran pertandingan ini ialah pada 25 JUN 2012.. Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila hubungi Encik Chua Chun Kwang (Pengarah GACC) di talian 012-7466554 atau layari laman web gacc dengan klik di sini  

Saya pernah menyertai pertandingan ini sebanyak 2 kali semasa masih belajar di Universiti pada tahun 2004 dan 2005.. Walaupun masa tu saya bukannya seorang pemain catur yang handal.. kehadiran saya pada ketika itu sekadar untuk memeriahkan pertandingan.. Tapi yang paling penting sekali.. saya berpuas hati kerana mendapat pengalaman bermain dengan pemain-pemain catur dari luar negara.. 


Tahniah saya ucapkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan begitu cemerlang sekali..


Sebenarnya teringin juga nak join GACC pada kali ini.. Tapi apakan daya saya tidak layak untuk menyertainya... Hanya kerana saya bukan seorang pelajar IPTA... :(


7 ulasan:

  1. wah menarik hadiah tu..tp mmg malang saya bukan student dan tak pandai main chess :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadiah memang menarik.. Tapi senasib lah kita ni bro.. Tak boleh nak join..

      Padam
  2. Balasan
    1. Jemputlah masuk.. Kalau ada rakan-rakan tengah belajar Master atau PHD pun boleh main.. Senang cerita siapa ada kad pelajar Mahasiswa IPT, boleh daftar untuk menyertai pertandingan ini..

      Padam
  3. Mereka yang layak tu patut ambil peluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Peluang untuk menjadi pelajar IPTA bukanyya lama pun.. Paling lama pun dalam 5 tahun bagi seorang pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra