Jumaat, 15 Jun 2012

Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Graduan 2012

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya menjemput semua pembaca blog ini supaya beramai-ramai memeriahkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012 (K3G2012).. yang akan diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 di PWTC..

K3G2012  merupakan karnival kerjaya dan keusahawanan paling komprehensif di Malaysia.. Pengunjung karnival ini alan berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan kerjaya, demonstrasi secara langsung, latihan dan juga peluang pekerjaan.

Karnival ini sesuai dihadiri oleh lepasan sekolah, graduan,  bakal graduan atau mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan.. K3G2012 diharapkan dapat membantu anda untuk memperolehi  kerjaya seperti yang diharapkan.


Terdapat beberapa kekosongan jawatan yang akan ditawarkan oleh "bakal" Majikan anda di karnival tersebut.. 

Jadi semasa  anda menghadiri karnival ini, jangan lupa untuk membawa bersama salinan CV anda.. dan juga berpakaian kemas seolah-olah anda akan menghadiri sesi temuduga.. Manalah tahu ada rezeki anda semasa berada di sana nanti.. Tiba-tiba terus ada majikan yang menawarkan pekerjaan kepada anda.. ;)


Antara Syarikat yang turut mengambil bahagian dalam Karnival kerjaya ini ialah:
  • ALRAJHI Bangking & Investment Corporation
  • Redquattro Sdn. Bhd.
  • Konica Minolta Glass Tech (M) Sdn. Bhd.
  • 2 Team Production
  • Media Prima Berhad
  • GEMS Malaysia Sdn. Bhd
  • Prudential Services Asia Sdn. Bhd.
  • Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. (Mazda)
  • Dan Beberapa Syarikat lain lagi..

Jom datang.. jangan tak datang... Terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi di K3G2012 nanti.. Antara hadiah yang disediakan ialah Apple iPAD3, iPhone 4s, iPod Touch dan juga iPod Shuffle. Nak tahu dengan lebih lanjut, cara untuk memenangi hadiah-hadiah ini.. Sila klik di sini

15 ulasan:

  1. Pegi jangan tak pegi. Untuk cari masa depan.. Tak gitu?

    BalasPadam
  2. lepasan graduan jangan lepaskan peluang baik macam ni, siap ada hadiah mantap lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah rugi kalau tak datang.. Jangan lupa war-warkan info ini kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sedang mencari pekerjaan.. mana tahu ada rezeki mereka semasa berada di sana nanti..

      Padam
  3. kompom ramai yg dtg...

    SEBB ramai sgt yg menganggur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya golongan yang masih menganggur dapatlah datang beramai-ramai.. ;)

      Padam
    2. Bagus tu.. Pergi jangan tak pergi..

      Padam
  4. Assalamualaikum....info baik ni..peluang kpd graduan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... Karnival kerjaya seperti ini lah yang para graduan perlu hadiri.. Untuk memasarkan diri masing-masing kepada bakal majikan.. Kalau kita tidak menonjolkan diri kita di hadapan bakal majikan.. siapa lagi yang dapat bantu kita mencari pekerjaan..

      Padam
  5. Balasan
    1. Jom ajak rakan-rakan, saudara mara dan jiran tetangga..Terutamanya Mana yang belum ada kerja tu.. Dekat sini lah tempat terbaik untuk mencari kerja..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra