Sabtu, 26 Mei 2012

Tips Diet ke 61 hingga 65

with 3 comments
Bertemu lagi untuk tips diet yang seterusnya iaitu Tips diet yang ke 61 hingga 65.. Tips diet pada kali ini masih berkisarkan tentang aktiviti senaman dan pergerakan badan.. Selamat membaca..
Tip Diet ke 61.

Pilihlah gaya senanam yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda.

Setiap kita mempunyai gaya hidup dan pekerjaan yang berlainan, dan dengan itu tidak munasabah seandainya kita meniru secara terus apa yang dinyatakan dalam buku.

Cuba ikuti rutin senaman yang sesuai untuk anda.

Anda harus faham bahawa apa yang sangat penting berbanding dengan bersenam itu sendiri, ialah bagaimana kita boleh menjadikan ia sebagai satu amalan.

Tip Diet ke 62.

Jangan berdiri sahaja, tetapi cuba berjalan. Kalau anda ingin berjalan ke sekeliling, lakukannya.

Jangan berdiri di suatu tempat sahaja.

Mundar-mandir adalah suatu benda yang baik untuk dilakukan.

Jika anda berfikir tentang sesuatu, cubalah mundar-mandir. Ia akan menolong anda untuk melapangkan fikiran anda.



Tip Diet ke 63.

Jangan duduk, cubalah berdiri.

Jika anda telah berdiri, jangan duduk semula.

Kaedah yang terbaik adalah cuba pilih satu kedudukan yang menyebabkan anda rasa kurang selesa.  



Berikut merupakan sedikit fakta yang menakutkan buat mereka yang menghabiskan sebahagian masa dengan duduk, menurut kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society:
  • Wanita yang menghabiskan masa 6 jam sehari dengan duduk, mempunyai risiko sebanyak 37% untuk mati lebih awal daripada wanita yang duduk kurang daripada 3 jam sehari;
  • Bagi lelaki pula, risiko nya adalah sebanyak 17%
  • Bagi wanita yang hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan (seperti bersenam), kebarangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelakik pula 48%;

Jelas, mereka yang banyak bekerja sambil duduk akan menghadapi risiko penyakit seperti:
  • Sakit jantung;
  • Obesiti (kegemukan);
  • Diabetes;
  • Kanser;
  • Dan kematian lebih awal.

Jadi, jika anda tergolong dalam salah seorang yang bekerja sambil duduk lebih daripada 6 jam sehari, adalah digalakkan untuk anda mengubah cara kerja daripada duduk kepada berdiri.

Tip Diet ke 64.

Jangan habiskan banyak masa cuti anda dengan berbaring.. Walaupun anda ingin menghabiskan masa beristirehat di rumah, tetapi cubalah duduk. ataupun sekali sekala melakukan senaman "duduk dan baring" selama 10 kali untuk setiap sesi..


pix_topright
Sumber : Harian Metro

Dengan melakukan kaedah senaman yang melibatkan pergerakan baring, duduk dan bangun akan dapat meregangkan otot-otot tertentu seperti otot perut, belakang, paha dan pinggul. 

Tip Diet ke 65.

Jangan amalkan sentiasa duduk di sofa.

Ia memang sesuatu yang sangat selesa, apabila anda suka duduk di sofa.

Jika anda tidak suka untuk menjadi gemuk, tukarkanlah tabiat anda dengan mengubah gaya hidup anda.

Anda ingin tahu apakah cara terbaik untuk melaksanakannya?

Alihkan kerusi yang anda suka.

Sebenarnya, ianya adalah satu idea yang baik jika anda dapat meletakkan kerusi yang kurang menarik di depan televisyen.

Ini akan mengurangkan kecenderungan untuk anda menjadi gemuk dan suka duduk di sofa sambil menonton televisyen.

3 ulasan:

  1. berdiri pun di kire diet jugak ek?
    kalo camtu ari2 la saya berdiet.. tapi lepas bersalin susah plak nak turunkan berat badan.. dush..1

    BalasPadam
  2. tip 65, jgn amalkan duduk kat sofa.. haah, kalau asyik duk kt sofa, nanti mesti jadi malas. mula2 duduk, pastu baring then tidur la terus..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra