Sabtu, 12 Mei 2012

Strategi Pemasaran Yang Efektif Sepanjang Zaman

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Bertemu lagi pada kali ini untuk membincangkan ilmu pemasaran dalam perniagaan.. Sebenarnya saya dalam proses mempelajari ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk mengajar kursus keusahawanan pada semester hadapan.. Insya Allah jika diizinkan tuhan.. 

Jadi, sambil saya membaca, saya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang saya pelajari melalui penulisan blog.. Dengan cara ini, memudahkan saya untuk memahami perkara yang saya pelajari dan dalam masa yang sama dapat berkongsi informasi dengan para pembaca blog saya..

Artikel sebelum ini kita ada membincangkan kepentingan penjenamaan perniagaan kita sebagai salah satu faktor penyumbang kepada pemasaran.. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsikan tentang beberapa strategi yang berkesan dalam pemasaran, walaupun masa terus silih berganti.

Cari Mereka Yang Memerlukan Anda

Ini adalah salah satu daripada prinsip mudah yang jarang difahami oleh kebanyakan jurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda harus menumpukan kepada pelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih dahulu.

Didalam pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik sasaran (targeted traffic)

Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk meyakinkan para pelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak jualan.

Perhatikan prinsip ini ketika anda berurusan dengan pelanggan anda:

Jangan cuba menjual sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut!

Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang betul.

Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek / List

Mencari prospek / list adalah sangat penting. Ini disebabkan orang ramai tidak akan membeli produk anda apabila pertama kali melihatnya. Statistik menunjukkan bahawa orang ramai hanya akan mula serius memikirkan untuk mendapatkan produk anda setelah mereka melihatnya, atau mengenalinya lebih dari 7 kali. Dalam perniagaan online, ianya berlaku sekurang – kurangnya selepas 7 emel follow up dilancarkan.

Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan anda ataupun senarai list.

Ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda berpeluang untuk menghantar informasi follow up sehingga 7 kali atau lebih, sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan – iklan yang lain.

Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya…


Bina Perhubungan Yang Kukuh

Jualan baru ataupun jualan yang berulang – ulang biasanya di akibatkan oleh perhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli produk anda, anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda. Untuk memastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak langsung (pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala perkataan ‘jaminan’ sahaja sudah cukup untuk ‘menyentuh’ seseorang).

Jangan biarkan prospek anda beralih arah! Ambillah masa bersama mereka dan layanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika anda menghabiskan masa melayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut prospek atau tidak – anda bakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus!

Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh dengan prospek anda dan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.

Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan

Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.

Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang datang.

Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.

Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.

Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada didalam bidang sasaran pasaran anda.

Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasib dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peniaga.

Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadi peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selok belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan.

Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakat atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategi yang digunapakai.

Dengan maklumat yang dikongsikan didalam ebook ini, walaupun nampak ringkas tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.

Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang dan menjadikan anda seorang jutawan nanti.

Salam hormat.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra