Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya percaya tentu ramai orang pernah mendengar khabar berita yang mengatakan plat kereta WWW 1 mungkin akan menjadi plat kereta termahal di Malaysia berdasarkan petikan dalam akhbar KOSMO 8 April 2012 (Ahad).
Sekiranya anda tidak berkesempatan membaca keratan akhbar tersebut, di sini saya ada kongsikan kisahnya yang bertajuk “Plat Termahal Malaysia”.
KUALA LUMPUR – Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.
“Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Dan di bawah ini pula adalah sebahagian gambar muka depan akhbar KOSMO tersebut.
30 April yang dinantikan telah beberapa hari berlalu.. Tetapi sehingga sekarang saya masih ternanti-nanti, siapakah orang bertuah yang berjaya memenangi bidaan tersebut? Adakah beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia seperti Robert Kuok (Raja Gula), Ananda Krishnan (Bos Telekomunikasi), Lee Shin Cheng (Billionare sektor perladangan) dan sebagainya..
Atau mungkin juga mereka dalam golongan artis, bintang sukan ternama Malaysia, atau ahli-ahli politik yang memiliki aset sehingga beratus juta ringgit.. Bagi pendapat saya, golongan-golongan ini sahaja yang berkemampuan untuk membeli nombor plat kereta WWWW 1 yang dianggarkan bernilai antara RM400,000 hingga RM500,000.. Jadi sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal memiliki nombor plat tersebut, yang dikatakan menjadi rebutan para pembida pada ketika ini..
Dahsyat betul harga plat kereta WWW 1 ni.. Kalau setakat pemilik kereta buatan Malaysia atau kereta keluaran berjenama Kia macam saya ni, usah mimpilah nak beli plat kereta bernilai RM 10K ke atas.. Inikan pula 400k-500k.. Dengan nilai sebesar ini, membolehkan saya membeli 10 biji kereta yang saya ada sekarang.. hehehe ;)
Tapi itu kata orang yang kerja biasa-biasa seperti saya.. Bagi mereka yang mempunyai harta sehingga bernilai ratusan juta ringgit, mereka pun tak tahu nak buat apa dengan duit mereka.. Jadi mereka sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan sesuatu bagi memuaskan hati mereka..
Menurut keratan akhbar kosmo tersebut, plat kereta WWW 1 akan mencatat rekod sebagai nombor plat kereta termahal di Malaysia mengatasi plat kereta termahal pada ketika ini iaitu MCA1 yang dibeli pada harga RM300,100 oleh sebuah syarikat dari Johor iaitu ASSET NUSA SDN BHD. dan juga TAY 1 yang dibeli pada harga RM242,000.
Untuk nombor plat kenderaan yang termahal di dunia pula, mengikut rekod yang diketahui, adalah untuk nombor plat ’1′, yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.
P/s: Plat kereta WWW 1 yang bernilai setengah juta ringgit ni sesuai untuk kereta jenis apa yer??
membazir duit jer klu gitu gayanyer
BalasPadamsop pun nak masuk tander no plate www1
BalasPadamcomfirm x menang sbb bid RM2 jer.. hehehe