Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru..

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hampir terlupa saya, bahawa hari ni (16 Mei) merupakan Hari Guru.. Setelah mendapat SMS daripada seorang (mungkin bekas pelajar saya), baru saya terperasan bahawa hari ni merupakan hari guru.. Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi menghantar SMS kepada saya.. dan juga yang sudi menghantar mesej kepada saya di Facebook..


Di antara banyak-banyak SMS dan mesej yang saya terima, satu SMS yang paling saya minati.. SMS ini datangnya daripada Marini, seorang sahabat di tempat saya bertugas..
"Cantik seorang guru kerana kejernihan wajah,
Manis seorang guru kerana senyuman indah,
Ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebatnya seorang guru kerana kesabaran hakiki,
dan Mulia seorang guru kerana keikhlasannya yang indah..
Selamat hari Guru.. ;)"
Terima kasih diucapkan kepada Marini.. Begitu indah susunan kata-kata dalam ucapan selamat hari guru tersebut.. 

Saya rasa semua guru di Malaysia tentu tersenyum ceria pada hari ini.. Lebih-lebih lagi setelah menerima ucapan demi ucapan daripada para pelajar mereka.. Seronokkan jadi guru..

Semasa saya berada di Sarawak dahulu, pergi mana-mana pun orang respek dekat kita.. Orang dekat Sarawak sangat menghormati guru.. Kalau pergi dekat pasar untuk beli ikan/sayur, mana-mana peniaga yang peramah pasti akan menegur kita..

"Singgah cikgu, beli ikan", 
"Beli ikan ni cikgu, nyaman rasanya" 
"Assalamualaikum cikgu, pergi pasar ker?"

Seronok juga bila mengingati saat-saat tersebut.. Glamour juga rasanya, jadi seorang pendidik ni (Syok sendiri nampak)... Walaupun ada kalanya saya terfikir bahawa "Betulkah saya ni seorang guru?"

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua rakyat Malaysia yang bertugas sebagai seorang pendidik.. Terutamanya isteri dan ayah mertua saya.. Antara guru yang saya hormati dan saya sayangi..

Jasa seorang guru begitu besar kepada diri kita...  Walaupun guru tersebut hanya mengajar  kita A,B,C dan mengira 1,2,3.. Tanpa ilmu yang di ajar oleh mereka, belum tentu kita dapat mencapai apa yang ada pada diri kita sekarang ini.. Cuba kita sama-sama renungkan..

Disebabkan itu, kita harus mengucapkan terima kasih kepada mereka... Terima kasih Cikgu.. Tanpamu siapalah aku.. ;)

2 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra