PERATURAN
PERTANDINGAN TARIK TALI
UNDANG - UNDANG PERMAINAN
·
Peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa pertandingan.
· Peserta-peserta yang berdaftar di dalam borang penyertaa
n sahaja dibenarkan bertanding dan setiap pasukan akan disemak mengikut pendaftaran.
n sahaja dibenarkan bertanding dan setiap pasukan akan disemak mengikut pendaftaran.
·
Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.
· Tiap-tiap pasukan hendaklah melapor diri sepuluh (10) minit
sebelum pertandingan dimulakan, jika mana-mana pasukan gagal melapor diri
sepuluh (10) minit selepas masa pertandingan sepatutnya dimulakan akan dikira
kalah tanpa bertanding (walk over).
·
Pemilihan tempat akan dibuat secara undian.
·
Acara akan dimulakan pada masa yang ditetapkan.
·
Semua tarikan adalah tarikan panjang (long pull).
·
Tiap-tiap tarikan akan diadili oleh tiga (3) orang hakim dan
keputusan hakim adalah muktamad.
·
Pertandingan akan bermula dengan arahan hakim seperti berikut
:
- Angkat tali
- Tegangkan tali
- Sedia
- Tiupan wisel menandakan permulaan pertandingan.
- Tiupan wisel kedua menandakan pertandingan selesai.
- Tiupan wisel 2 kali menandakan batal.
- Angkat tali
- Tegangkan tali
- Sedia
- Tiupan wisel menandakan permulaan pertandingan.
- Tiupan wisel kedua menandakan pertandingan selesai.
- Tiupan wisel 2 kali menandakan batal.
· Tekong (Anchor) tidak boleh melilit badannya dengan tali
tetapi boleh melilit tali melalui bawah ketiak dan meletakkan di atas bahu dan
hujung tali dilepaskan.
·
Jumlah tarikan maksimum adalah tiga (3) kali. Pemenang dua
(2) tarikan, akan dikira sebagai pemenang.
· Sekiranya dua (2) pasukan seri selepas dua (2) tarikan, rehat
lima (5) minit akan diberi, tarikan ke 3 akan dimulakan selepas hakim
menentukkan tempat dengan undian.
· Peserta - peserta yang jatuh hendaklah bangun dengan serta
merta. Tidak boleh terus menarik tali sambil duduk di atas padang, amaran akan
diberi sebanyak tiga (3) kali berulang-ulang. Jika amaran tidak dipatuhi
pasukan ini akan dikira kalah (disqualified). Kemenangan akan diberi kepada
pihak lawan.
· Penggantian tidak boleh dibuat setelah perlawanan dijalankan.
Penggantian hanya boleh dibuat dengan peserta yang didaftarkan sahaja.
·
Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum tarikan
selesai/ tamat , ini tidak akan dikira.
·
Pasukan - pasukan yang melanggar peraturan ini akan
dibatalkan tanpa amaran.
·
Gelanggang pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan, gelanggang akan mengandungi tiga (3) garisan, jarak
antara garisan adalah empat (4) meter.
·
Tali pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan.
PENYERTAAN DAN HADIAH-HADIAH
Penyertaan bagi satu pasukan sebanyak RM 30.00 Sahaja.
Johan Wang Tunai
: RM 300 + Medal
Naib Johan Wang Tunai : RM 200 + Medal
Ketiga : RM 100 + Medal
BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
Setiap
pasukan dibenarkan mendaftar seramai 12 orang peserta (8 orang menarik dan 4
orang simpanan). Pendaftaran hendaklah
dibuat dengan menggunakan Borang yang telah disediakan. Pemain yang tidak
didaftarkan tidak dibenarkan mengambil
bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya
yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:
0 comments:
Catat Ulasan