Selasa, 15 Mei 2012

Pesta Konvo PSIS : Pertandingan Nasyid

with 0 Comment


PERATURAN PERTANDINGAN NASYID

UNDANG-UNDANG PENYERTAAN

  • Setiap penyertaan peserta terdiri daripada secara individu (solo) atau pasukan.
  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.
  • Loceng pertama akan dibunyikan bagi menandakan pertandingan dimulakan. Sebelum 5 minit berakhir loceng akan dibunyikan sekali lagi.
  • Lagu mestilah direka mengikut tema majlis
  • Pakaian bagi perempuan iaitu berbaju kurung dan bagi lelaki iaitu berbaju melayu dan bersongkok
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya pendaftaran lewat 15 minit sebelum pertandingan dijalankan.   
  • Penilaian dilihat dari segi pemilihan lagu, gaya persembahan, kesesuaian pakaian, keseragaman, dan kepatuhan pada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
  • Ia dinilai oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak urusetia pertandingan. Keputusan panel adalah muktamad.
                             
HADIAH DAN CENDERAMATA

  • Hadiah pemenang adalah berbentuk piala, wang tunai dan sijil penyertaan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
  • Manakala saguhati adalah wang tunai dan sijil penyertaan. 
  • Keputusan akan diumumkan pada hari pertandingan. Upacara penyampaian hadiah akan dijalankan bersama Majlis Perasmian Penutup di akhir Pesta Konvo.
  • Penyertaan bagi satu pasukan sebanyak RM 20.00 sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari :

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra