Selasa, 29 Mei 2012

Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tiga hari lepas saya pergi ke pasaraya TF Batu Gajah.. Berhampiran dengan pintu masuk pasaraya TF tersebut terdapat satu kaunter yang menjual rumah..  Kaunter tersebut dijaga oleh dua orang amoi yang sibuk mempromosikan unit-unit perumahan baru yang sedang dijual pada ketika ini di sekitar Batu Gajah-Ipoh..

Sambil lalu di kawasan tersebut, saya juga turut berkesempatan mendengar maklumat yang disampaikan, sambil mendapatkan "Brochure" yang diedarkan.. Saya membawa pulang 2 "Brochure" untuk simpanan.. Manalah tahu, tiba-tiba ada ahli keluarga saya yang berminat untuk membeli rumah.. Atau ada kawan-kawan saya yang sedang mencari rumah di sekitar kawasan Ipoh dan batu Gajah..


Saya tertarik dengan salah satu "Brochure" yang diperolehi disebabkan ianya memberikan peluang kerjaya kepada sesiapa yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan.. Anda tidak perlu mengeluarkan modal.. Anda hanya perlu memperkenalkan seorang pembeli.. dan anda akan mendapat komisyen sebanyak RM1,000 untuk setiap pembeli yang bersetuju untuk membeli rumah tersebut..

Dalam "Brochure" tersebut mengandungi maklumat tentang penjualan 35 unit Rumah Teres 2 Tingkat di Bandar Pulai Jaya..  Di sini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat tentang rumah yang sedang kita bincangkan.. 

Sekiranya ada kenalan anda yang sedang mencari rumah, cuba anda promosikan rumah tersebut kepada rakan anda.. Dan sekiranya rakan anda berminat, cuba anda bawa/hubungkan rakan anda kepada pemaju/pengurus projek.. Manalah tahu ada rezeki anda.. Tiba-tiba rakan anda berminat untuk membeli seunit rumah tersebut.. Dapatlah tambah duit Poket.. RM1,000 banyak juga tu.. Bukannya senang nak dapat RM1,000 free macam tu sahaja..



Tempat         : Bandar Pulai Jaya
Jumlah          : 35 Unit 
Jenis Rumah : Rumah Teres 2 Tingkat
Saiz Lot        : 20' X 70'
Harga            : RM211,800 (Min)  RM450,000 (Maks)  
                       *5% diskaun untuk lot Bumiputra
Pemaju         : Kay Synergy Sdn Bhd (178032-U)
Pengurus Projek : Total Investment Sdn. Bhd. (259443-M)
Tel : 05-2536 555 / 012-5218 330
Tarikh Di Jangka Siap : Jun 2015
Pajakan Tanah           : 99 Tahun



- 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi
- Dilengkapi Sistem penggera
- Dilengkapi sistem pendawaian dan pintu automatik
- Anjung kereta yang penuh lengkap dengan jubin seramik



- 45 minit ke Cameron Hinghland
- 20 minit ke AEON (JJ) / Tesco Pengkalan
- 25 minit ke Pusat Bandar
- 15 Minit ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
- Berada di kilometer 10km Ipoh - Gopeng
- vBertentangan Toll Plaza Simpang Pulai

Ciri-Ciri Keistimewaan

  • Bandar bersepadu yang merangkumi 790 unit rumah teres, rumah berkembar, banglo dan kedai
  • Ciri-ciri rumah yang lebih baik dengan rekabentuk praktikal dan unik
  • Kawasan binaan yang luas dengan rekabentuk moden
  • Kualiti kemasan yang lebih baik
  • Harga dan nilai yang tiada bandingan

Promosi

  • Pembayaran pendahuluan serendah RM500
  • Percuma bayaran guaman untuk pindahmilik sehingga RM2,000
  • RM1,000 "skim memperkenalkan pembeli"
  • Pinjaman perumahan sehingga 90%
  • Bantuan pengeluaran KWSP

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


Jadi, cubalah berkongsi cerita dengan rakan-rakan anda samada menerusi Facebook, email, blog dan sebagainya.. Manalah tahu ada rezeki anda, boleh dapat RM1,000.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 05-2536 555 atau 012-5218 330


P/s : Memperkenalkan pembeli dan memberikan komisyen dengan setiap rumah yang terjual merupakan teknik yang paling efektif untuk menjual rumah.. Teknik ini juga turut digunakan oleh syarikat  Al Ansar Properties ...


7 ulasan:

  1. Setiap kali balik kerumah ibu mertua rasanya itulah pasaraya yang kami singgah untuk membeli keperluan dapur sebelum sampai ke kampung suami di Bota. Waaupun kami akan melalui Tesco di Sri Iskandar kami lebih selesa singgah kat situ.

    Boleh tahan jugak harga rumah kat Ipoh sekarang ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga rumah dekat Ipoh memang semakin naik.. dahulu pada tahun 2005, kami dapat membeli rumah 2 tingkat, 4 bilik mandi, 3 bilik air pada harga RM116,000..

      Sekarang ni rumah dua tingkat yang dibangunkan di kawasan yang sama dengan spesifikasi yang sama, dijual pada harga melebihi RM200,000..

      Nasib baiklah kami dah beli rumah masa mula-mula bekerja dulu.. kalau tak berputih mata juga dibuatnya..

      Padam
    2. Maaf yer.. Tersalah tulis.. Bukannya 4 bilik mandi.. Tapi 4 Bilik.. hehehe..

      Harga rumah dekat Ipoh memang semakin naik.. dahulu pada tahun 2005, kami dapat membeli rumah 2 tingkat, 4 bilik, 3 bilik air pada harga RM116,000..

      Sekarang ni rumah dua tingkat yang dibangunkan di kawasan yang sama dengan spesifikasi yang sama, dijual pada harga melebihi RM200,000..

      Nasib baiklah kami dah beli rumah masa mula-mula bekerja dulu.. kalau tak berputih mata juga dibuatnya..

      Padam
  2. sekarang harga rumah kat pekan kecil pun naik harga tinggi, bandar besar jangan cakaplah,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Dekat kawasan yang sedang membangun memang cepat harga rumah naik..

      Padam
  3. Harga rumah mmg makin naik, mana ada turunnya. emas pun ada turun naiknya, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu saya setuju.. Sebab itu kita kena mempelbagaikan bidang pelaburan.. Terutamanya pelaburan Hartanah..

      Saya teringat lagi info daripada Azizi Ali (Jurulatih jutawan Malaysia) sewaktu sesi perjumpaan diantara Usahawan Internet pada bulan Disember 2010... Beliau berkata tahun 2011 adalah tahun pelaburan emas..

      Sememangnya betul kata beliau pada ketika itu.. Kesannya kita lihat harga emas melonjak naik sehingga RM200 segram pada tahun 2011.. Tetapi pada ketika itu beliau masih menyuruh orang melabur dalam pelaburan hartanah..

      Untuk tahun 2012, saya tidak mendapat sebarang info daripada mana-mana usahawan Internet atau Azizi Ali tentang pelaburan emas.. Jadi saya jangka harga emas pada tahun 2012 tidak sebaik tahun 2011..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra