Sabtu, 12 Mei 2012

Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran

with 2 comments
Sebelum ini kita telah membincangkan tentang mitos – mitos yang popular dalam pemasaran. Sekarang, mari kita lihat apakah aspek yang paling penting sebagai faktor penyumbang di dalam pemasaran.

Jenamakan Diri Anda Sebagai Pakar

Penjenamaan adalah sangat – sangat penting. Hari ini, rata – rata pengguna bijak memilih dan hanya yang terbaik akan menjadi pilihan. Sekarang, anda mungkin tidak memiliki produk yang terbaik di dunia, dan belum lagi menempatkan diri anda sebagai yang terbaik dalam strategi pemasaran.


Apakah yang membezakan diri anda dengan yang lain? Untuk berjaya dalam mana – mana
bidang, tahukah anda bahawa anda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi pakar dalam produk atau servis yang anda sediakan?

Para pelanggan sekarang agak cerewet dan terlalu memilih, disebabkan terdapat banyak jenama lain di luar sana. Ianya memang susah untuk mendapatkan seorang pelanggan baru berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.

Jika anda dikenali sebagai pakar, orang ramai akan lebih senang menganggap anda sebagai seorang yang berwibawa dan mendengar setiap patah perkataan yang anda sampaikan daripada mendengar seorang penjual yang cuba menghabiskan duit mereka.

Menjenamakan diri anda juga mampu menaikkan keyakinan diri anda. Apabila orang ramai mula mendengar anda, anda tahu bahawa peluang telah tiba!

Membina Kredibiliti

Kredibiliti seakan – akan sama dengan penjenamaan. Penjenamaan mungkin membantu anda untuk mendapatkan jualan pertama, tetapi kredibiliti akan membuatkan orang ramai sentiasa mengikuti anda selalu. Jika anda telah membina kredibiliti didalam perniagaan anda dan menjadi jenama yang dipercayai, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan tempahan yang berulang – ulang dari pelanggan sedia ada dan rakan – rakan mereka berbanding untuk meyakinkan mereka dari mula.

Janganlah memandang rendah kepada pelanggan yang melabur hanya sedikit amaun sahaja. Pelanggan yang melaburkan amaun yang sedikit ini dalam tempoh 2 tahun, sudah tentu menghasilkan pulangan yang besar buat anda. Tambahan pula, mereka biasanya akan mencadangkan pelanggan lain juga untuk menjadi pelanggan anda.

Terdapat satu cerita dimana seorang penjual susu yang tidak mahu memberikan perkhidmatan kepada seorang remaja kerana merasakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada remaja tersebut tidak berbaloi. Namun, dia tidak menyedari bahawa remaja tersebut akan berkahwin dan mempunyai 5 – 6 orang anak serta menjadi seorang yang memerlukan susu dengan banyak untuk anak – anaknya. Jadi, jangan sesekali mengabaikan pelanggan anda.

Bukan itu sahaja, apabila anda memiliki kredibiliti, anda akan menjadi ‘sasaran’ apabila orang ramai memerlukan produk atau servis yang anda tawarkan (dengan itu, anda menjimatkan masa untuk mencari pelanggan baru).

Adakah Perniagaan Anda Dapat Bertahan?

Ketahanan sesebuah perniagaan amat penting. Anda tidak mungkin dapat melakukannya seorang diri kerana anda hanya memiliki 24 jam sahaja sehari. Bolehkah anda mengagihkan tugasan anda?

Di dalam mana – mana model perniagaan, anda harus mampu mencari sebuah model perniagaan yang sentiasa meningkat dari hari ke hari. Dengan kata lain, model yang dimaksudkan ialah model perniagaan yang semakin menguntungkan semakin lama anda berada disana.

Jika perniagaan tersebut memerlukan anda untuk bekerja dengan lebih lama lagi tetapi memberikan keuntungan yang sama sahaja, samada anda perlu lebih inovatif lagi dari segi idea ataupun tinggalkan sahaja perniagaan tersebut.

Bina Perniagaan Yang Fleksibel

Tidak ada yang berkekalan pada zaman ini. Ianya bukan tentang siapa yang kuat untuk terus bertahan, tetapi siapa yang mampu menyesuaikan diri.

Anda harus cepat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran seperti kenaikan kos dan perubahan terhadap permintaan pelanggan. Jika anda tidak dapat menyesuaikan diri, anda akan kehilangan banyak peluang.

Janganlah hanya mula berubah apabila anda mengalami kesusahan atau tunggu sehingga semua pelanggan anda beralih kepada pesaing anda. Ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.


Diharap info yang dikongsikan ini bermanfaat kepada anda, terutama kepada anda yang serius untuk berjaya dalam bidang perniagaan.. Insya Allah ada lagi tentang teknik pemasaran dan pengiklanan yang akan saya kongsikan dari masa ke semasa di blog ini.. 

2 ulasan:

  1. Tips yang bagus.. i like it... :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Coretan Anuar..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra