Sabtu, 12 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 16-20)

with 2 comments
Pada kali ini saya kongsikan tips diet yang ke 16 hingga ke 20.. Semoga info ini dapat membantu anda untuk berdiet dengan betul.. dan dalam keadaan yang sihat dan selamat.. 





Tips ke 16.


Makanlah apabila anda berasa lapar.

Ada antara kita mempunyai kecenderungan untuk makan apabila melihat makanan.

Kita menggunakan istilah parti sebagai alasan untuk makan.

Fahamilah bahawa kesan daripada diet yang anda lakukan dalam seminggu akan terbazir begitu sahaja hanya kerana satu parti makanan yang anda sertai.

Bila mana anda dipelawa mencuba sesuatu untuk dimakan, jangan terus menolaknya, cubalah ambil sedikit supaya anda dilihat sebagai orang yang menjaga budi pekerti dan pada masa yang sama anda dapat menjaga diet anda.

Tips ke 17.

Hentikanlah makan makanan ringan pada waktu makan.

Ia berlaku kepada mereka yang selalu berjalan atau mengembara.

Mereka rasa masa yang ada untuk mereka makan adalah dengan makan makanan ringan.

Masalah utama yang ada pada makanan ringan adalah kebanyakkannya tidak berkhasiat dan mengandungi banyak lemak serta kalori.

Cuba fikirkan kentang goreng sebagai contoh…menyelerakan tetapi mengandungi banyak lemak.

Tips ke 18.

Makanlah sayur-sayuran.

Anda mungkin akan merasa sangat lapar diantara masa makan.

Atau lebih baik, cubalah makan lobak merah. Ia adalah cara terbaik untuk anda menghilangkan rasa lapar dan juga ianya baik untuk mata dan gigi anda. Benar, anda akan digelar si arnab, tetapi ia jauh lebih baik daripada digelar si gemuk.

Tips ke 19.

Minumlah teh dan kopi.

Teh dan kopi tidak membahayakan. Apabila anda menambahkan krim dan gula kepadanya, barulah ia boleh menjadikan kita gemuk.

Adakah anda tahu bahawa dengan meminum secawan teh atau kopi yang ditambah krim dan dua kiub gula adalah sama buruknya dengan memakan sepotong kek coklat?

Tips ke 20.

Cuba amalkan dengan hanya minum teh O atau kopi O sahaja. Teh O atau kopi O sebenarnya baik untuk badan anda.

Tetapi secara individu, saya syorkan teh berbanding dengan kopi.

Kafein dalam kopi tidak baik untuk anda kerana ia adalah alkaloid dan boleh memberi kesan kepada fungsi badan anda yang lain seperti metabolisma.    

Selamat Berdiet.. ;)


2 ulasan:

  1. coffe boleh memberi dorongan sementara untuk meningkatkan metabolisme..Dengan bantuan kefein dalam kopi, tubuh akan mencerna makanan untuk menghasilkan tenaga lebih cepat dari biasanya. Proses ini dikenal sebagai thermogenesis.

    Kesan kafein akan membuat kita tahan daripada mengantuk dan dapat membakar kalori lebih banyak melalui thermogenesis..

    Namun, begitu kafein pada thermogenesis boleh memberi tindak balas yang berbeza pada setiap orang. Tindak balas negatif yang disebabkan oleh kafein adalah seperti berasa gelisah, tidur tak lena, kurang bertenaga, dan boleh menyebabkan kesakitan otot.

    BalasPadam
  2. bila sampai tips ke 18 tu yg lemah tu..boringnye makan sayur ganti snack..hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra