Sabtu, 12 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 21-25)

with 2 comments
Bertemu lagi pada kali ini untuk perkongsian info 101 Tips Diet “Setiap hari” untuk menghilangkan 5 kg.. Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi 5 tips pada setiap artikel/setiap hari.. Jadi pada kali ini, saya akan konbgsikan 5 Tips diet seterusnya (tips 21-25) untuk mengurangkan berat badan.. Semoga kesemua tip yang tidak seberapa yang dikongsikan pada kali ini bermanfaat kepada anda..



Tip ke 21.

Kira kandungan kalori apabila anda makan.

Ia adalah satu idea yang baik untuk mengetahui kandungan kalori bagi kebanyakan makanan.
Jika ia makanan yang berbungkus, maka sudah pasti akan ada data mengenai kandungan kalori yang ada pada makanan berkenaan.  

Tip ke 22.

Pastikan anda akan dapat membakar semua kandungan kalori sepanjang minggu berkenaan. Jika anda rasa anda telah mengambil banyak kalori daripada yang sepatutnya dalam minggu berkenaan, pastikan anda berusaha lebih untuk menghilangkan kalori yang berlebihan itu.

Tip ke 23.

Jauhkan diri daripada makanan yang digoreng.

Makanan bergoreng adalah makanan yang digoreng dengan minyak atau lemak.

Walaupun selepas digoreng dan dikeringkan, makanan tersebut tetap mengandungi minyak atau lemak.

Tip ke 24.

Jangan tidak makan.

Tindakan yang paling buruk yang anda lakukan untuk berdiet adalah dengan tidak makan. Anda akan mendapat kesan yang bertentangan dengan apa yang anda inginkan. Anda harus makan empat kali dalam sehari. 

Tip ke 25.

Sayur-saruran segar adalah lebih baik daripada sayur-sayuran yang yang telah dimasak atau ditinkan. Cubalah makan sayur-sayuran tanpa dimasak. Apabila anda memasaknya, anda sebenarnya telah membuang hampir 50% daripada kandungan vitaminnya.

Sayur-sayuran yang ditinkan juga telah diproses dan tidak sebaik sayur-sayuran segar. Jika anda membeli sayur-sayuran, pilihlah sayur yang berlabel ‘bebas pestisid’.


P/s: Sekiranya tip-tip ini bermanfaat kepada anda, sila vote saya dalam DiGi WWWOW Awards dengan klik pada salah satu banner di bawah. Kemudian jangan lupa klik button vote pada laman web DiGI WWWOW Awards.. Terima Kasih ;)  

2 ulasan:

  1. Wah banyak tu tips diet! Terima kasih tuan Anuar sebab kongsi, saya suka! :)

    BalasPadam
  2. Tips nya sangat bermanfaat, tapi susah sekali menghindari hala-hal yang dilarang seperti makan gorengan.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra