Minum air dengan kerap dapat menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat
Tips 1.
Minumlah
banyak air. Badan kita memerlukan banyak air.
Air
bukan sahaja akan bertindak untuk menyingkirkan toksin dari badan tetapi jika
kandungan air banyak dalam badan anda, secara umumnya anda akan berasa lebih
segar dan sihat.
Apa
yang baik tentang air ialah ia tidak mengandungi kalori.
Mulakan
hari anda dengan segelas air.
Sebaik
sahaja anda bangun dari tidur, minumlah segelas air. Ia adalah cara terbaik
untuk memulakan hari anda dan selepas itu anda hanya memerlukan sedikit minuman
untuk sarapan pagi.
Segelas
air akan mengeluarkan semua jus penghadaman dan menjadi pelincir dalam badan
anda. Anda boleh mengambil segelas teh, tetapi biarlah selepas minum segelas
air. Ianya sangat baik untuk anda.
Tips 3.
Minumlah
segelas air sebelum dan selepas makan.
Air
secara amnya akan mengisi ruang didalam perut anda, jadi secara tidak langsung
anda akan berasa kenyang walapun sebelumnya tidak memakan apa-apa.
Tips 4.
Dapatkan
segelas lagi air semasa anda makan.
Sebenarnya
ini adalah satu cara lagi untuk menjadikan anda kenyang supaya anda akan
beredar dari meja makan dengan hanya makan sedikit sahaja tetapi merasa kenyang
seperti anda telah makan dengan banyak.
Selain
daripada minum sekaligus, minumlah sedikit demi sedikit selepas setiap suapan.
Ia
akan menolong makanan untuk mendap dengan cepat dalam perut dan seterusnya akan
menyebabkan anda berasa kenyang.
Nota : Air merupakan anugerah Tuhan yang tiada tolok
bandingannya, tetapi kita jarang memanfaatkan anugerah Yang Maha Esa ini.
Adakah
anda tahu bahawa sebahagian dari berat badan anda sebenarnya adalah 66% terdiri
daripada air?
Menakjubkan
bukan! Air
memainkan peranan yang sangat penting dalam pengawalan berat badan.
Tips 5.
Jauhkan
diri anda daripada minuman berbotol yang manis terutamanya minuman bersoda.
Semua
air Cola dan juga Fizzi adalah manis kerana mengandungi banyak gula dan gula juga
dikaitkan dengan kalori.
Semakin
anda menjauhkan diri daripada minuman yang manis, semakin baik ianya untuk
kesihatan anda.
0 comments:
Catat Ulasan