Jumaat, 27 April 2012

Tanda-tanda & Faktor Penuaan Kulit..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semenjak dua menjak ni saya dan isteri begitu sibuk dengan urusan di tempat kerja.. Orang kata kalau kita terlalu sibuk memikirkan hal kerja sehingga tiada masa untuk berehat, boleh menyebabkan kita menjadi lekas tua..Betul ker??


Bagi orang lelaki macam saya ni, mungkin takder masalah sangat bila kelihatan lekas tua.. Kata orang, bila orang lelaki semakin tua.. semakin dihormati, dan semakin disenangi.. Ialah semakin tua semakin banyak pengalaman.. dan yang penting semakin sabar berbanding orang muda.. Betul ker ni??


Oklah.. berbalik kepada tajuk artikel saya pada kali ini iaitu "Tanda-tanda & Faktor Penuaan Kulit".. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang artikel ini, jomle sama-sama kita baca.. 

Apa itu PENUAAN?


Penuaan adalah proses semulajadi yang berlaku pada setiap manusia, baik wanita mahupun lelaki. Walau bagaimanapun, kulit bertindak balas terhadap proses penuaan ini berbeza mengikut seseorang individu. Di awal usia 20-an, kulit akan mula melambatkan penghasilan kolagen dan elastin yang menyebabkan kulit kurang anjal.

Tanda-tanda PENUAAN?


Tanda-tanda jelas penuaan yang biasa ditunjukkan ialah:

  • kedutan
  • penipisan kulit
  • kulit menggelebeh
  • kulit kering dan gatal
  • garis-garis halus terutamanya jelas kelihatan di bahagian dahi dan mata


Apakah faktor-faktor PENUAAN?

Pendedahan terhadap cahaya matahari
Sebahagian besar kulit manusia terdedah kepada cahaya matahari. Sinar UVB dan UVA boleh menyebabkan kulit berkedut dan penghasilan bintik-bintik hitam pada kulit wajah khasnya serta boleh membawa kepada kanser kulit. Semakin lama kulit kita terdedah dengan persekitaran luar, semakin cepat kulit akan rosak. Akan tetapi, pada masa kini terdapat berbagai-bagai jenis krim dari pelbagai jenama bagi melindungi kulit akibat cahaya matahari ada dijual di pasaran. Terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kulit kita!

Cuaca sejuk
Cuaca dan suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit kering dan sekali gus mempercepatkan proses penuaan. Persekitaran sejuk menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Oleh itu, gunakanlah pelembap dan pakaian bersesuaian apabila menghadapi cuaca sejuk.

Merokok
Merokok membahayakan kesihatan dan mempercepatkan proses penuaan berikutan perubahan kimia dalam tubuh perokok. Vitamin C yang merupakan bahan penting dalam memastikan kulit lembap dan bertenaga akan berkurangan dan mengurangkan oksigen dalam sel tubuh badan.

Kurang bersenam
Kita perlu mengambil berat dalam mengamalkan cara hidup sihat dengan membuat senaman sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Bersenam mampu menguatkan kulit, otot dan peredaran darah yang lancar. Bersenam memberi tenaga kepada tubuh di samping membuatkan kita gembira, ceria dan nampak muda!

Pengambilan alkohol
Pengambilan alkohol adalah amalan yang negatif yang akan memberi impak besar kepada kulit dan tubuh badan khasnya. Alkohol mampu merosakkan salur darah secara kekal dan menyebabkan penyakit kulit yang teruk yang dipanggil sebagai "Akne Rosacea".

Tekanan
Keadan stress menyebabkan kita mudah risau dan gelisah. Dalam masa yang sama dahi akan mengerut dan otot-otot muka akan berterusan melakukan pergerakan yang sama. Jadi dengan itu, cubalah kawal tahap tekanan di samping memberi ketenangan kepada tubuh dan minda.

Tidur yang tidak mencukupi
Tidur malam yang tidak cukup boleh kelihatan di wajah pada keesokan harinya. Lingkaran gelap di bawah mata, kedutan dan kulit menggelebeh adalah tanda-tanda kurang tidur dan rehat yang secukupnya. Faktor ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kulit malah meningkatkan faktor hilang ingatan, pemikiran negatif dan kemurungan.

Amalan pemakanan kurang sihat
Salah satu faktor penting dalam penjagaan kulit adalah mengamalkan pemakanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang merupakan penyumbang utama vitamin dan air dalam tubuh di samping menghalang tubuh daripada pelbagai penyakit. Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah perlu bagi mengekalkan kandungan air di dalam badan sekali gus mencantikkan kulit.

Semoga artikel ini berguna kepada kita semua supaya dapat megekalkan keremajaan kulit kita.. ;)





0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra