Ahad, 29 April 2012

Diet untuk kurus??

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


"Saya nak berpuasa penuh hari ni, supaya dapat menguruskan badan"


"Saya takut nak makan, sebab berat badan saya dah naik 30kg dalam tempoh 3 bulan"


"Saya kena makan pil ini, ini dan ini sebab nak mengurangkan berat badan"


Dialog-dialog berikut mungkin biasa kita dengar daripada rakan-rakan atau saudara mara disekeliling kita.. Pada hari ini semakin ramai orang rungsing dengan berat badan mereka..  Terutamnya golongan kaum perempuan..  Macam-macam teknik berdiet telah
dilakukan untuk meguruskan badan.. Ada tu sampai taknak makan sehingga beberapa hari, asal boleh kurus.. Hmmm...




Sebenarnya diet bukanlah sekadar untuk kelihatan langsing semata-mata. Apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum di samping berat badan yang ideal agar anda kekal cergas dan aktif! Entry kali ini akan menyingkap enam rahsia tentang diet yang dipetik daripada Majalah Nona Keluaran Januari 2012...
  • Turunkan berat badan jika perlu. Berat badan menjadi faktor utama kepada kesihatan manusia. Setiap kilogram yang mendorong peningkatan berat badan meningkatkan risiko serangan penyakit seperti kanser, strok, diabetes, radang sendi, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penelitian Obesiti New York, pengambilan bubur gandum dapat membantu mengawal selera makan dengan kalori yang rendah sebanyak 30%.
  • Jangan hanya duduk dan berdiam diri. Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Langkah ini bukan sekadar dapat mengurangkan berat badan malah dapat mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Banyak makan buah-buahan dan sayuran segar. Anda disarankan untuk mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam program diet anda setiap hari kerana khasiatnya yang amat banyak untuk kesihatan.
  • Dapatkan lebih banyak "lemak baik". Ini boleh didapati di dalam minyak zaitun dan kekacang. Selain itu, lemak Omega-3 yang terkandung di dalam minyak jagung dan ikan juga baik untuk tubuh.
  • Kurangkan pengambilan gula. Anda boleh menggantikan gula dengan madu sebagai permulaan dalam program diet anda!
  • Pilih roti gandum berbanding roti putih. Kajian ada menunjukkan bahawa kanser payudara dan diabetes lebih banyak ditemui di kalangan wanita yang banyak mengambil roti putih berbanding roti gandum. Jadi, amalkan pengambilan roti gandum berbanding roti putih!


Jadi selepas ini, kalau nak berdiet juga.. Berdietlah dengan cara yang betul, selamat dan tidak memudaratkan.. 



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra