Ahad, 29 April 2012

Dekorasi Kamar Tidur Multifungsi

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat bercuti hujung minggu.. Waktu hujung minggu macam ni sememangnya menyeronokkan.. Tentu ada sahaja aktiviti yang telah dirancang.. Bagi yang sudah berkeluarga, masa ini merupakan masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.. Bagi yang masih bujang waktu ini mungkin sesuai untuk meluangkan masa bersama ibu bapa tercinta.. Atau mungkin juga pergi melawat Si Dia pujaan hati.. Tak kisahlah apa sahaja aktiviti anda.. Yang penting anda bahagia.. ;)


Sekiranya anda tiada sebarang aktiviti menarik untuk dilakukan pada hujung minggu ini.. Mungkin anda agak kebosanan tinggal di rumah.. Jadi saya syorkan supaya
menghilangkan kebosanan tersebut dengan mendekorasi bilik/kamar tidur anda supaya ianya lebih ceria atau lebih indah.. ;)


Kamar tidur yang indah dapat membuatkan hidup anda lebih ceria pada masa-masa akan datang.. Kamar tidur yang indah dapat menjanjikan kesegaran saat terjaga dari lena keesokan pagi dan juga setelah seharian penat bekerja di siang hari. Jadi, tidak ada salahnya jika menata kamar tidur lebih manis berbanding ruang rumah yang lain. Kamar tidur multifungsi tetap memberikan keselesaan seisi rumah tidak kira apa jua suasana pilihan dekorasi kerana di ruang tersebutlah dijadikan ruang tidur malah untuk membaca dan bermain bermain bersama si buah hati...

Antara idea dekorasi kamar tidur multifungsi yang menjadi pilihan saya untuk dikongsikan dengan anda semua dalam entry kali ini adalah ruang berona ungu atau purple berkonsepkan moden dan abstrak. Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah terfikir untuk menghias kamar tidur anda dengan warna purple! Dan mungkin juga entry kali ini membuka minda anda dan mengilhamkan idea untuk membuat sedikit perubahan bagi mengecapi suasana tidur yang lebih nyaman dan moden.

Kertas Dinding
Hiasan wallcover turut menjadi nilai seni yang menarik bagi mengisi seluruh elemen dinding kamar sekaligus menambah kualiti visual ruang. Lapisan kertas dinding bercorak bunga kombinasi warna putih membangkitkan kecantikan ruang yang lebih dinamik.


Langsir
Langsir bertona pastel pasti membuatkan ruangan ini terasa semakin nyaman. Manfaatkan warna tirai purple kerana tona warna ini memberi kesan yang kuat pada suasana nyaman di seluruh ruang.

Rak


Gandakan fungsi yang ada dengan penempatan rak yang cukup tinggi untuk menampung ratusan judul buku. Ini bonus buat anda yang memiliki ratusan koleksi buku dan majalah mahu mengadakan perpustakaan di kediaman.

Sofa


Sofa yang ringkas di ruangan ini pasti memberikan keselesaan kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, penempatan daybed yang nyaman juga boleh menggantikan sofa. Agar lebih menawan, ruang ini dilengkapi dengan bantal-bantal yang empuk.

Bagaimana dengan info yang diberikan? Diharapkan idea ni dapat mengilhamkan beratusan lagi idea kepada anda untuk Makeover kamar anda! Semoga berjaya...


P/S: Warna ungu merupakan antara warna kegemaran saya.. Jadi terpulang kepada anda untuk mendekorasi kamar tidur anda mengikut citarasa dan warna kegemaran masing-masing.. ;) 


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra