Rabu, 4 April 2012

Asia eUniversity menyediakan "peluang pekerjaan" kepada pelajar setelah Tamat Pengajian

with 0 Comment
Asia eUniversity menyediakan peluang pekerjaan sebagai seorang usahawan kepada para peserta setelah menamatkan pengajian di universiti tersebut nanti..

Tempoh masa pengajian di Asia eUniversiti ini adalah selama 9 bulan. Dalam tempoh tersebut para peserta akan didedahkan dengan kaedah memulakan perniagaan internet dan mengembangkan perniagaan menggunakan internet dan media sosial..   

Modul pembelajaran di Asia eUniversity ini dihasilkan oleh Irfan Khairi iaitu jutawan internet terkenal di Malaysia.. Modul-modul tersebut dihasilkan melalui

pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang keusahawanan internet sehingga membolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya..

Kursus yang ditawarkan di Asia eUniversity ini dikenali sebagai "Executive Diploma In Internet And Sosial Media Marketing".  Modul ini dibangunkan berdasarkan "Business Based Learning" yang bermaksud selain memperolehi Sijil tamat pengajian, para peserta juga akan dapat menghasilkan perniagaan sendiri yang berjaya setelah "graduat" dari Universiti tersebut.



Antara modul yang akan disampaikan dalam kursus ini adalah:
  1. Cara membina laman web
  2. Kaedah Pengiklanan dan grafik internet
  3. Blog Dan Hubungan Awam dalam Perniagaan
  4. Pemasaran Video Online
  5. Fcebook dan Media Sosial
  6. Menganalisa dan menjejak pelawat laman web
  7. Pengoptimum enjin pencari
  8. Pemasaran Affiliate

Setelah tamat pengajian peserta akan memiliki perniaagaan online mereka sendiri nanti..

Kaedah pembelajaran di Universiti ini juga berbeza dengan kaedah pembelajaran di Universiti-Universiti lain yang pernah kita dengar sebelum ini. Di University ini tiada peperiksaan Akhir dan para "pelajar" juga tidak perlu bertungkus lumus menyiapkan Thesis.. Sebaliknya peserta hanya diberikan tugasan dan hasil kerja adalah perniagaan internet yang dibina sendiri sepanjang 9 bulan mengikuti modul ini..

Para peserta akan mengikuti masa pembelajaran secara flexible di mana kelas diadakan sebulan sekali (pada setiap hujung minggu sahaja).. Masa selebihnya peserta akan belajar secara online melalui e-seminar dan perbincangan online mengikut kesesuaian masa..

Jadi sesiapa sahaja berpeluang untuk mengikuti program ini, samada anda seorang pekerja, pelajar, peniaga atau suri rumah tangga sepenuh masa.. 

Anda boleh mengeluarkan EPF/KWSP untuk membiayai pengajian bagi program ini kerana ianya sebuah program yang diiktiraf..

Sekirnya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web berikut: http://www.aeu.edu.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra