Sabtu, 28 April 2012

Adakah kita perlu memberi Tip kepada pekerja hotel???

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya rasa anda juga tentu pernah menginap di hotel samada untuk bercuti berbulan madu, bercuti bersama keluarga, atas urusan rasmi seperti meghadiri mesyuarat, berkursus dan sebagainya..


Biasanya kalau kita melihat di televisyen, terutamanya tentang cerita dari luar negara.. Pekerja hotel diberi tip untuk perkhidmatan tambahan yang mereka berikan seperti membawa beg ke bilik, menghantar makanan ke bilik, menghantar penyewa hotel hingga ke kereta, dan sebagainya..


Tapi kebanyakan cerita yang saya tengok melibatkan golongan atasan.. Saya belum
pernah melihat lagi situasi bagi golongan pertengahan atau golongan bawahan seperti saya...


Jadi setiap kali saya mengungjungi hotel (biasanya atas urusan kerja), dalam hati saya selalu tertanya-tanya " Adakah saya perlu memberikan tip kepada mereka setelah meminta bantuan mereka untuk mengangkat beg ke bilik??" 


"Sekiranya perlu  berapa tip yang wajar saya berikan kepada mereka di atas perkhidmatan tambahan tersebut???" 



Kebetulan pula semasa saya sedang menjaga peperiksaan pada minggu lepas, saya terbaca satu artikel yang tertampal berhampiran dengan bilik peperiksaan tentang perkara ini..



Artikel tersebut merupakan keratan akhbar harian metro yang ditulis oleh Syah Rul Aswari Abdullah..Menarik juga artikel tersebut. Saya syorkan kita mengikuti panduan tersebut kerana ia mungkin membantu membuat keputusan ketika berhadapan dengan situasi yang sedang kita bincangkan. 


Berdasarkan artikel tersebut, saya dapat memberikan satu rumusan.. Apabila cas perkhidmatan telah dikenakan ke atas bil kita oleh pihak hotel, kita tidak perlu lagi memberi tip di atas perkhidmatan tambahan yang diberikan.. Tapi kalau kita nak bagi, ianya tidaklah menjadi satu kesalahan.. kata orang kalau ada rezeki lebih, apa salahnya bagi menghulurjan sedekah.. 


Disebabkan itu, kalau kita melihat kebanyakan pengunjung hotel di Malaysia jarang memberikan tip kepada para pekerja hotel.. Ini disebabkan sebahagian hotel di Malaysia telah mengenakan cas perkhidmatan kepada para penyewa bilik mereka..


Itu cerita di Malaysia.. bagaimana pula dengan situasi di negara-negara lain??


Jadi untuk mengetahui kisah selanjutnya, mari saya kongsikan isi kandungan keratan akhbar harian metro tersebut:


JAKARTA
  • Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus dikenakan di kebanyakan restoran atau kafe. Di restoran biasa, anda boleh meninggalkan Rp5,000 atau lebih Rp1,000 jika servisnya lebih bagus.
  • Pembawa beg : Beberapa ratus rupiah untuk satu beg sudah memadai.
  • Teksi : Kebanyakan pemandu membundarkan tambang kepada 500 rupiah terhampir. Jangan layan tambahan lebih Rp 1,000.

MANILA
Tip adalah kelaziman dengan nilai kurang daripada 10 peratus akan menyebabkan anda boleh kehilangan layanan istimewa.

  • Restoran : Walaupun caj perkhidmatan sudah dikenakan, anda boleh meninggalkan antara 5 dan 10 peratus bersama dengan bil.
  • Pembawa beg : Perkhidmatan di hotel utama adalah amat baik dan perlu diberikan 20 peso untuk setiap beg.
  • Teksi : Majoriti teksi menggunakan meter tetapi anda boleh membundarkan tambang kepada lima peso terdekat.

SEOUL
Tip bukan budaya Korea kerana lazimnya caj perkhidmatan sudah dimasukkan ke dalam bil keseluruhan.

  • Restoran : Jika anda berada di restoran Korea, tidak perlu membuat bayaran tambahan. Bagaimanapun, restoran Itali mungkin memerlukan 10 peratus tambahan daripada bil sebagai nilai tip.
  • Pembawa beg : Kadar antara 500 dan 1,000 won untuk setiap beg adalah kadar standard di penginapan antarabangsa.
  • Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tiada halangan untuk memberi.

SINGAPURA
Pemberian tip tidak dibenarkan dan sama sekali tidak digalakkan di Singapura.

  • Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus sudah dimasukkan ke dalam bil.
  • Pembawa beg : Pekerja hotel bagaimanapun boleh diberikan tip. Sebagai panduan umum, SD$1 layak diberikan untuk pembawa beg.
  • Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tidak menolak jika diberikan lebih.

TAIPEI
Seperti Jepun atau China, Taiwan tidak mengamalkan pemberian tip.

  • Restoran : Tip tidak diharapkan, namun boleh diberi di beberapa restoran makanan Barat.
  • Pembawa beg : NT50 memadai, tetapi pekerjanya tidak terasa jika tidak menerima tip.
  • Teksi : Tiada tip juga tetapi, anda boleh membundarkan tambang kepada NT5 terhampir untuk mengelak baki duit kecil


Jadi, selepas ini kalau kita menginap di hotel atas urusan tertentu.. Mungkin kita telah mempunyai jawapan kepada persoalan yang sedang kita bincangkan.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra