Alhamdulillah, saya telahpun menghadiri mesyuarat lembaga di Quality Hotel Shah Alam bersama pegawai dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.. Kami berada di sana selama 4 hari dari 9 Februari hingga 12 Februari 2010
Shah Alam merupakan sebuah bandar yang mempunyai pembangunan yang terancang.. Saya dapat menyaksikan pemandangan struktur pembangunan yang cantik dan terancang di Shah Alam dari bilik saya di tingkat 20.
Pemandangan Shah Alam dari Tingkat 20,Quality Hotel
Setelah selesai menghadiri Mesyuarat Lembaga kami membuat lawatan sambil bekerja di Politeknik Shah Alam.. Semasa lawatan di PSA banyak perkara baru yang dapat saya pelajari untuk memperbaiki sistem pentadbiran unit peperiksaan PMU..
Kemudian kami bertolak balik ke Ipoh pada 12 Februari 2010 pada jam 12.00 tengahari.. Kami tiba di PUO pada jam 4.00 petang.. Alhamdulillah, selesai sudah misi saya di Shah Alam pada kali ini..
0 comments:
Catat Ulasan