Ahad, 1 Januari 2012

Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjung malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.. Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku..


Pada malam tadi, kami sekeluarga makan di Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, dekat Batu 8, Lekir, Perak.. Kami pergi ke sana dengan menaiki tiga buah kereta..

Sewaktu pulang daripada restoran tersebut, adik ipar saya yang memandu sebuah Myvi tidak turut sama pulang disebabkan beliau menemui dua orang rakan beliau yang kebetulan turut sama makan di restoran tersebut.. Jadi daripada tiga kereta, dua kereta sahaja yang pulang terlebih dahulu kira-kira pada jam 11.00 malam tadi..

Semasa kereta saya dan kereta ayah mertua saya melalui kilometer 6 jalan lekir (tempat kejadian) keadaan jalan dalam keadaan baik.. Tiada sebarang kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.. Tetapi semasa adik ipar saya pulang kira-kira 20 minit selepas kami pulang, berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut..

Adik ipar saya yang kebimbangan, terus menelefon ayah mertua saya untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat... Syukur Alhamdulillah pada ketika tersebut, kami telah pun berada di Sitiawan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan tragedi tersebut...

Menurut adik ipar saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut.. Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang.. Mujur ada kawan beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang...

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman (bagi yang beragama Islam).. Amin...

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra