Rabu, 23 November 2011

Tips SEO dan Pengiklanan Nuffnang..

with 0 Comment

Sepanjang saya menulis blog ini merupakan kali pertama saya berkongsi info tentang SEO (Search Engine Optimization) dan Pengiklanan Nuffnang di blog Sembang Hari2...

Sebenarnya saya sedang dalam proses mempelajari SEO dan dalam masa yang sama saya juga bukan seorang blogger yang berjaya meraih pendapatan beribu-ribu ringgit dengan nuffnang.. Tetapi alhamdulillah setakat ini blog Sembang Hari2 masih mendapat BE secara berterusan daripada pihak nuffnang...

Tetapi disebabkan ada pengunjung blog Sembang Hari2 yang bertanyakan kepada saya berkenaan dengan SEO dan yang terbaru tentang BE Nuffnang... Jadi izinkan saya untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman saya tentang SEO dan pengiklanan Nuffnang...


Pertama sekali saya nak memberi respon berkenaan komen yang di berikan oleh saudara Rahman tentang pengiklanan nuffnang...


Untuk makluman saudara Rahman Pendapatan melalui pengiklanan nuffnang boleh diperolehi dengan tiga cara iaitu:
  1. Klik yang dilakukan oleh pengunjung blog kita terhadap iklan yang tersiar di blog kita
  2. Setiap kali ada pengunjung yang datang ke blog kita (Sekiranya kita mendapat Buffered Earning)
  3. Menyertai dan menangi Contest yang diadakan oleh pihak nuffnang
Antara ketiga-tiga cara di atas, cara yang paling mudah untuk memperolehi pendapatan dengan pengiklanan nuffnang adalah melalui cara yang ke 2.. Melalui cara ini kita boleh memperolehi pendapatan secara terus sebaik sahaja terdapat pengunjung Unik datang ke blog kita.. Untuk memperolehi kejayaan dalam cara yang kedua ini, kita perlu memperolehi BE (Bufferes Earning) terlebih dahulu dan seterusnya memastikan blog kita mempunyai trafik...

Syarat utama yang ditetapkan oleh pihak nuffnang untuk memperolehi BE ini adalah kita perlu mempunyai status keahlian Glitterati.. Status keahlian Glitterati boleh diperolehi dengan mudah sahaja.. Dalam tempoh 4 hari selepas anda mendaftar keahlian nuffnang, pihak nuffnang akan membuat semakan ke blog anda... samada blog anda mempunyai sebarang bentuk pengiklanan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian peesaing nuffnang yang lain... Sekiranya tiada, secara automatik blog anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang...

Ingat status keahlian Glitterati ini boleh ditarik pada bila-bila masa oleh pihak nuffnang sekiranya kita didapati melanggar syarat-sayarat yang ditetapkan... Ianya juga akan dilakukan dalam tempoh 4 hari sebaik sahaja pihak nuffnang mengesan pelanggaran syarat-syarat tersebut... Jadi kena berhati-hati sebelum menyertai mana-mana jenis syarikat pengiklanan seperti nuffnang...

Berdasarkan pengalaman saya, tanpa BE agak sukar untuk kita memperolehi pendapatan dengan nuffnang.. Pendapatan nuffnang yang saya perolehi dari Bulan Disember 2009 sehingga Disember 2010 adalah sebanyak RM5.00 sahaja...

Masa tu saya berasa agak hairan, bagaimana blogger lain boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu ringgit sebulan sedangkan blog Sembang Hari2 sekadar mendapat RM5.00 setahun???.. Pada ketika itu trafik blog Sembang Hari2 telah pun melebihi 10 ribu pengunjung..

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui internet, pengalaman ini turut dialami oleh rakan-rakan blogger yang lain.. Mereka juga sukar untuk memperolehi pendapatan daripada nuffnang dengan mengharapkan pengunjung melakukan klik terhadap iklan di blog kita... Jadi, sekiranya kita benar-benar serius untuk memperolehi pendapatan dengan nuffnang, kita tiada pilihan lain selain daripada mendapatkan BE...

Bermula dari saat itu, saya mula mempelajari cara untuk mendapatkan BE melalui pencarian di internet dan juga maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang lain... Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memperolehi BE blog Sembang Hari2 yang pertama pada bulan April 2011...

Antara Tips yang saya boleh kongsikan untuk mendapatkan BE daripada nuffnang adalah:
  1. Kerap update Blog (Update blog sekurang-kurangnya seminggu 2 kali)
  2. Sebaik-baiknya isi kandungan blog kita fokus kepada satu bidang sahaja
  3. Update profile peribadi kita pada akaun nuffnang sebulan sekali (terutamanya jika terdapat perubahan pada isi kandungan blog kita. Contohnya sukan kepada masakan)
  4. Sekali sekala buat entri tentang nuffnang (untuk mencuri perhatian pihak nuffnang)
  5. Kunjungi blog yang sedang mendapat BE dan kenal pasti isi kandungan BE yang mereka perolehi. Kemudian buat beberapa entri berkenaan BE tersebut. Contohnya BE MILO sedang Running di blog Sembang Hari2.. Jadi untuk mendapatkan BE MILO, cuba buat beberapa entri tentang MILO di blog anda...
  6. Seandainya anda masih gagal mendapatkan BE setelah melakukan lima perkara di atas, sila hantar email kepada pihak nuffnang untuk memaklumkan perkara tersebut..
Insya Allah selepas anda mengikuti tips di atas, anda akan berjaya memperolehi BE daripada nuffnang... Tapi bila dah dapat BE ni, kita kena mencari trafik pula... Sekiranya trafik blog kita sedikit, BE yang berjaya kita perolehi akan datang dan pergi begitu sahaja tanpa dapat menyumbangkan hasil yang lumayan...

Sehingga ke hari ini Blog sembang hari2 telah berjaya mendapat 13 BE daripada nuffnang... Rekod pendapatan tertinggi yang pernah blog Sembang Hari2 perolehi untuk satu BE adalah sebanyak RM12.50 sahaja...


Nilai ini sememangnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi oleh blogger-blogger terkenal seperti Red Mummy, Hanis Zalikha, Cek Epal, Denai Hati.com, anastasyea.com, mia liana dan lain-lain lagi...

Sebenarnya tentang cara pengagihan BE ini masih menjadi persoalan sehingga ke hari ini dalam kalangan rakan-rakan blogger.. Contohnya, saya ada dua buah blog yang didaftarkan dalam satu akaun nuffnang iaitu blog Sembang Hari2 dan blog Coretan Anuar...

Pertandingan Anugerah Blog Popular

Blog coretan Anuar mempunyai trafik yang jauh lebih tinggi daripada blog Sembang Hari2... Tetapi blog Coretan Anuar gagal mendapatkan sebarang BE daripada nuffnang sehingga sekarang... Bab ini saya tak berani nak ulas dengan lebih lanjut.. Sekiranya anda nak tahu jawapan yang setepatnya, saya syorkan anda bertanya sendiri kepada pihak nuffnang...

Bagaimana cara untuk mendapatkan banyak trafik?

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan banyak trafik.. Antaranya adalah dengan menggunakan  teknik SEO, Blog walking, penghantaran email (sistem auto responder), menempah iklan di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi, menempah iklan di televisyen, akhbar atau majalah, dan penggunaan laman web jaringan sosial seperti Facebook, You tube, Twitter, My Space dan sebagainya...

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan cara memperolehi trafik melalui teknik SEO sahaja... Bagi saya teknik SEO ini nampak seakan mudah, tetapi tidak ramai orang yang benar-benar berjaya mempraktikkannya..

Sekiranya kita dapat menjadikan blog kita mesra SEO, trafik akan datang ke blog kita melalui enjin-enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya secara percuma...

Trafik ini akan datang ke blog kita melalui pencarian kata kunci (key word) yang dilakukan oleh pengguna-pengguna internet di laman web engine-engine pencarian...

Contohnya seorang pengguna internet menaip perkataan Reader's Digest di laman web Google..


Sebaik sahaja butang Search ditekan, anda akan mendapati Blog Sembang Hari2 berada di kedudukan ke 5 pada page pertama laman web google.. Jadi kebarangkalian untuk pengguna internet mengunjungi blog Sembang Hari2 sebaik sahaja mencari maklumat tentang Reader's Digest adalah tinggi...

Hasilnya seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah... Trafik yang datang ke blogSembang Hari2  melalui laman web google.com.my adalah sebanyak 701 trafik seminggu.. Ianya jauh mengatasi trafik yang datang dari lain-lain sumber seperti Facebook.com (95 trafik), Southmix.com(45 trafik), ww5.Southmix.com (42 trafik), google.com(25 trafik) dan sebagainya...



Ini merupakan trafik yang diperolehi untuk satu key word berkualiti sahaja.. bagaimana dengan trafik yang diperolehi oleh blog-blog yang mempunyai lebih daripada satu keyword berkualiti?? Tentu blog-blog tersebut boleh memperolehi beribu trafik sehari... .Inilah kekuatan sebuah blog yang mesra kepada SEO...

Di sini saya ingin berkongsikan Tips asas SEO yang telah saya pelajari daripada ikon jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi dalam Program Kebolehpasaran Graduan di Politeknik Sultan Idris Shah pada 14 September 2011..


Untuk membolehkan blog kita berada pada page pertama engine pencarian google, kita perlu mematuhi 4 Teknik asas SEO berikut setiap kali kita menulis entri (post)

  1. Keyword (perkataan) perlu ada pada setiap tajuk entri (post) kita..
  2. Keyword (perkataan) perlu ada dalam ayat pertama, pada perenggan pertama entri (post) kita
  3. Keyword (perkataan) perlu ada pada baris terakhir  entri (post) kita
  4. Key word (perkataan) perlu ada pada mana-mana bahagian tengah entri (post) kita...

Inilah rahsia Irfan Khairi yang telah menyebabkan blog beliau sentiasa berada di muka surat pertama engine pencarian google...

Teknik ini nampak macam simple sahaja... tetapi agak sukar untuk kita mendisiplinkan diri mengikuti teknik tersebut.. Setakat ini entri-entri blog Sembang Hari2 ditaip mengikut mana-mana perkara yang terlintas di kepala sahaja.. Disebabkan itulah blog Sembang Hari2 tidak mesra SEO...

Irfan Khairi bergambar dengan para peserta..

Mulai daripada hari ini, mari kita sama-sama cuba mendisiplinkan diri untuk menghasilkan entri mengikut 4 teknik asas SEO yang dipraktikkan oleh Irfan Khairi.. Insya Allah anda akan dapat menjadikan blog anda mesra SEO... dan seterusnya berjaya memperolehi pendapatan yang agak lumayan melalui pengiklanan Nuffnang...

Semoga Tips SEO dan Pengiklanan Nuffnang ini bermanfaat kepada anda, dan membantu anda menjadi seorang blogger yang berjaya.

Admin blog

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra