Sabtu, 19 November 2011

Ada apa dengan Banana (Pisang) sehingga ianya menjadi rebutan?

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada pagi ini saya ingin mengajak anda untuk menonton sebuah video pendek sebagai satu hiburan.. Diharapkan dengan menonton video pendek ini akan dapat menyegarkan minda anda pada pagi Sabtu ini...

Bagi pendapat saya orang yang menghasilkan video ini sememangnya seorang yang kreatif... Hanya bermotifkan banana (pisang) telah menjadikan ianya sebuah cerita yang ringkas yang menarik...

Jom sama-sama kita saksikannya...


Pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita ringkas ini ialah jangan bersikap tamak...

Disebabkan tamak, maka Banana yang sepatutnya boleh dikongsikan secara sama rata dengan dua orang menjadi rebutan semua orang... Sehingga akhirnya tiada seorang pun yang berpeluang merasai keenakan banana tersebut...

Seandainya mereka berkongsi banana tersebut sejak dari mula lagi, tentu banana tersebut telah selamat berada dalam perut mereka...

Ini yang dikatakan orang... rezeki belum tentu menjadi kepunyaan kita walaupun ianya telah berada dihadapan mata dan dalam pegangan kita.. Ianya hanya akan sah menjadi rezeki kita bila telah berada di dalam perut kita... Wallahualam...

Jadi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya pada pagi Sabtu ini... Semoga anda ceria-ceria selalu dalam menjalani kehidupan anda seharian di samping insan tersayang..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra