Rabu, 28 September 2011

4 Unit Fridge Magnet Dari Denmark Dah Sampai..

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Akhirnya 4 Fridge Magnet dari Denmark yang merupakan antara Hadiah untuk pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular telah pun sampai ke tangan saya..

4 Fridge Magnet berserta sampul surat..

Gambar belakang 4 Fridge Magnet (Maaf gambar tak cantik)

Hadiah-hadiah ini telah selamat sampai di atas meja saya di office pada hari Isnin ini bersamaan 26 Sept 2011.. Sebenarnya hadiah-hadiah tersebut telah lama sampai di tempat kerja lama saya di Mukah Sarawak...


Memandangkan saya telah berpindah ke Sabak Bernam, Selangor.. jadi tempoh penghantaran hadiah tersebut dari Mukah Ke Sabak Bernam memakan masa agak lama... Tapi tak kisahlah yang penting hadiah tersebut telah sampai dan hanya menunggu siapakah blogger-blogger yang bertuah memenangi hadiah-hadiah ini...

Hadiah-hadiah ini dihantar oleh saudara Muhammad Imran.. Beliau merupakan orang Kelantan dan kini sedang menyambung pelajaran di Technical University of Denmark Copenhagen, Denmark.. Nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman hidup beliau di Denmark anda boleh layari blog beliau  Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini)

Nampak macam seronok jer hidup di perantauan ni... Tapi ada masa tu rasa sedih jugalah, terutamanya masa menyambut hari raya aidilfitri... Beliau terpaksa beraya di perantauan bersama rakan-rakan seperjuangan di sana.. 

Sabar jelah Encik Imran yer..Anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk menggenggam segulung kertas berharga yang bakal mencorak masa hadapan anda...

Sebut pasal raya ni.. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara Imran dari Denmark.. Kirimkan juga salam saya kepada rakan-rakan perantau di sana yer.. ;)

Seperti yang kita semua sedia maklum Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di Bulan Syawal (30 Syawal)..  dan hari raya Aidilfitri yang terakhir untuk tahun ini...   Jadi bagi anda yang tak puas lagi beraya... Raya puas-puaslah hari ni yer.. ;) 

Dalam sampul bungkusan yang di hantar kepada saya terdapat satu warkah daripada Encik Imran untuk saya...

Warkah dari Saudara Imran kepada saya..

Nampak gayanya hanya tiga sahaja Fridge Magnet yang diberikan sabagai hadiah pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular.. Satu lagi dihadiahkan kepada saya... Terima kasih Encik Imran.. Nanti saya suruh wife saya pilih mana satu yang beliau berkenan...

Cantik-cantik Fridge Magnet yang diberikan ini... Saya cuba dahulu lekat dekat peti ais rumah saya...

Fridge Magnet untuk hiasan Peti Sejuk...

Macamana cantik tak??? Tapi saya pinjam sekejap jeryer.. Tumpang tangkap gambar.. Nanti saya simpan balik  dalam sampul.. Ini amanah yang diberikan oleh saudara Imran pemilik blog Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini) selaku salah seorang penaja pertandingan ini...

Hadiah-hadiah ini akan dipertandingkan pada Cabaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular untuk Minggu ke 17 sehingga minggu ke 19... Satu minggu untuk satu hadiah...

Pemandangan di Kobenhavn (Berbelit lidah menyebutnya)

Cantik pemandangan ini.. Bila agaknya dapat berpeluang pergi ke sana...

Pemandangan Di Danmark...

Sekiranya anda berminat untuk memenangi hadiah-hadiah ini, jadilah salah seorang pemenang hadiah mingguan dalam tempoh tersebut.. Nak menang tiga-tiga sekali pun boleh.. Tapi dengan syarat anda berjaya memperolehi undian tertinggi pada ketiga-tiga minggu tersebut....

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Imran dari blog Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini) kerana sudi menjadi salah seorang penaja Pertandingan ini.. Semoga tuan murah rezeki selalu dan berjaya mencapai apa yang diimpikan.. Walaupun kita tak pernah bersua muka, tapi saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan...

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua peserta Pertandingan ABPP dan juga para pengunjung blog ini kerana terus memberi sokongan berharga untuk saya mengendalikan pertandingan ini sambil menulis blog..

Semoga anda berjaya menjadi salah seorang Pemenang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular yang menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi....



15 ulasan:

  1. Cantikkan.. Tapi saya simpan buat sementara jer.. Lepas ni akan menjadi milik pemenang... Takpelah merasa pegang sekejap..

    Jemput akak untuk memeriahkan Pertandingan Anugerah Blog Pling Popular... Mana tahu ada peluang memenangi hadiah ini.. Akak kan antara blogger perempuan yang dikenali...

    BalasPadam
  2. wah...sgt cantik la bro!untungnya sape yg dapat nie..dr denmark tue..

    aah bro..ssh btol nak dpt BE skrg nie..ifa pun ada 2 je nie..sob2..

    BalasPadam
  3. cantiknya FM tu, pemandangan kat Denmark pun cantik sangat, bila lah dapat ke sana...

    BalasPadam
  4. minta buat pop up window. sebab byk entry panjang2

    BalasPadam
  5. wa bestnya..jauh fridge magnet tu datang

    BalasPadam
  6. terima kasih sudi ke blog saya yang biasa2 aje tu. Mcmna nak join?malu lah plak hehe...

    BalasPadam
  7. BESTNYERRR, MEMANG CANTIK..
    bERTUAH SAPA YANG DAPAT TU :)

    BalasPadam
  8. mcm mana nak joint contest blog popular ni.. apa perlu buat ajar sikit..

    BalasPadam
  9. santeknye fridge magnet tuh...heee....thanks sudi singgah teratak einz....tp einz tak fofular pun....hehehe...neway thanks again ^_^

    BalasPadam
  10. Sama2 Bro Anuar.
    Kalau bgtau awal2 tak yah hntr ke Mukah, terus ke Sabak Bernam. Tp, x pe la, janji sampai.
    FM tu memang spesel. Kat belakang ada label dan penerangan.. Tak nampak mcm buatan dari China..haha
    So, sape2 yg berkenan FM tu, jgn lupa utk join utk jd pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di blog Bro Anuar ni..

    BalasPadam
  11. Salam, sye bukan x nk join tp blog sye dlm English n x ramai yg dtg n nk bc blog english......so boleh popular ke?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra