Rabu, 6 Julai 2011

Selamat Tinggal Borneo

with 2 comments
"Selamat Tinggal Romeo Borneo"..

Itulah kata-kata dalam hati saya sebaik sahaja kapal terbang Fire Fly, yang kami naiki mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA)..

Masa tu macam-macam persaan ada dalam hati saya.. Sedih pun ada.. gembira pun ada..

Saya rasa sedih.. sebab lepas ni tak tahu bila dapat merasa naik kapal terbang lagi.. Sepanjang berkhidmat Mukah, saya rasa ada dekat 100 kali saya menaiki kapal terbang.. Melihat wajah "bunga-bunga penghias belon" silih berganti.. yang terus tekun melayan para penumpang.. dan tak jemu-jemu memberi isyarat menggunakan peralatan kecemasan sebelum penerbangan.. 

Rasa sedih juga.. disebabkan meninggalkan kenangan demi kenangan sepanjang berada di sana.. Daripada budak mentah yang tak tahu apa-apa.. Diberi amanah dan kepercayaan untuk membuka sebuah jabatan, memegang beberapa jawatan, dan menerajui unit.. 


Bila difikirkan balik.. Terlalu mahal harganya bagi semua pengalaman tersebut..  Dan belum tentu saya merasai pengalaman tersebut, sekiranya saya tidak bekerja di Mukah Sarawak.. Terima kasih saya ucapkan kepada semua bos-bos saya di Mukah dan juga kepada rakan sekerja yang banyak membantu saya... Anda semua rakan sekerja yang baik.. Jasa kalian akan kukenang sampai bila-bila..

Rasa sedih juga.. Meninggalkan orang-orang yang baik dengan saya sekeluarga.. Meninggalkan orang-orang yang menyayangi anak-anak saya terutamanya Kak Ani sekeluarga.. Mereka dah anggap kami macam keluarga.. Insya Allah kalau ada kelapangan masa, dan ada rezeki.. Kami akan menjejakkan kaki ke Mukah juga pada suatu hari nantai..

Rasa sedih juga.. Meninggalkan pengalaman pergi ke pasar setiap hujung minggu.. melihat kelibat udang galah yang masih bergerak di atas meja, menunggu pembeli.. ;)

Haikal bersama troli dan barang-barang di KLIA..

Perjalanan kami dari KLIA ke Stesyen Bas Gopeng seperti biasa menaiki bas di Lavel 2, KLIA.. Biasanya kami menaiki bas TRITON atau Star Shuttle.. Tapi kali ni buat pertama kali kami menaiki Bas Yoyo.. Yoyo pun Yoyolah janji boleh sampai..

Harga tiket bagi setiap seat adalah RM42.. Memandangkan anak-anak kami kecil lagi.. kami hanya mengambil dua seat sahaja..

kaunter Bas Yoyo..

Gambar Bas Yoyo 2 tingkat Yang kami naiki..


Haikal dan Adam begitu seronok menaiki bas ini.. Ini disebabkan kami dapat duduk di tingkat atas dan dihadapan sekali.. Sebenarnya ini pengalaman pertama kami sekeluarga menaiki bas dua tinggkat.. Tak sangka pula dapat duduk di seat paling hadapan.. Terasa seperti seorang pemandu bas pula..

Excitednya Haikal

Skrin televisyen di hadapan mata..

Kena tengok lama-lama sikit pintu ni.. Tak tahu bila lagi dapat lepak-lepak dekat sini menunggu bas..

Bas pun mula bergerak.. Selamat tinggal KLIA.. Selamat tinggal semua kenangan ku di Mukah Sarawak.. Bila agaknya kami dapat menjejakkan kami ke Mukah semula?? .. Tempat yang meninggalkan seribu satu kenangan.. Mempunyai masyarakat yang ramah tamah dan baik hati.. 

Teringat sewaktu kali pertama saya menjejakkan kaki di KLIA untuk melapor diri di Mukah.. Itulah kali pertama saya dan Suzana menaiki kapal terbang.. Bersama seorang lagi rakan bernama Syikin..

Pada waktu itu saya adalah saya.. dan Suzana juga adalah Suzana.. Menjejakkan kaki ke bumi yang agak asing bagi kami dengan ikatan pertunangan.. Sehinggalah akhirnya dua hati menjadi satu.. dan kini kami sudah mempunyai 2 orang putera yang cute.. ;)


Apa yang bakal menanti saya pada esok hari tidak pula saya ketahui.. Bagaimana rupa tempat kerja saya yang baru pun tidak juga saya ketahui.. Tapi yang pasti saya telah menjejakkan kaki ke bumi semenanjung.. Dan akan menabur khidmat bakti di sini.. Di bumi sendiri..


Apabila melihat kelangit terlihat kelibat "belon" yang membawa ratusan penumpang.. Tentu ada "Bunga-bunga penghias belon di dalamnya" yang sentiasa mengukir senyuman.. Tentu ada jejaka-jejaka Macho memakai seragam putih yang begitu tekun melihat pemandangan langit, tekanan udara, cuaca dan sekali-sekala memaklumkan sesuatu kepada para penumpang..


Sebelum ini masa saya banyak dihabiskan dengan menunggu dan terus menunggu di lapangan terbang.. Selepas ini masa saya akan banyak dihabiskan di jalan raya.. Kini saya akan berpijak di bumi yang nyata.. Di mana tempat saya dilahirkan.. Tidak lagi terawang-awang menikmati pemandangan udara.. Sambil sekali sekala menjeling "bung-bunga penghias belon"..

2 ulasan:

  1. Saya cuba membayangkan diri di tempat anda... dah 3 tahun setengah di Kuching. dan hampir 4 tahun setengah tinggal berjauhan dgn isteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mungkin lebih bernasib baik daripada awak sebab isteri saya bertugas bersama dengan saya di Mukah sarawak.. Walaupaun begitu, saya tetap nak berpindah di Semenanjung atas tuntutan keluarga..

      Nampaknya kita senasib.. Harap awak dapat bersabar.. Sekarang ni pihak JPP sedang dalam proses memindahkan staf semenanjung yang naik pangkat ke Sabah dan Sarawak..

      Jadi Insya Allah tak lama lagi sampai peluang awak untuk pindah ke semenanjung.. Yang penting awak kena teruskan usaha dan jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra