Rabu, 6 Julai 2011

Hari Ketiga di Kota Kinabalu..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Bertemu lagi pada Artikel yang seterusnya... Iaitu sambungan cerita saya semasa berada Di Kota Kinabalu.. Kali ni saya nak kongsi cerita tentang hari ketiga sewaktu kami sekeluarga berada di sana..

Pada hari sebelumnya kami ada membuat survey tentang kadar harga sewaan kereta dan juga teksi untuk pergi ke Kundasang.. Harga teksi sememangnya mahal.. Driver teksi letak harga RM250 untuk tambang pergi balik.. Termasuk masa dia menunggu di sana..

Sewa kereta pula sekitar RM100-RM200 sehari mengikut jenis kereta.. Hasil perbincangan saya dan isteri, kami bersetuju untuk menyewa kereta selama satu hari.. Tapi tak confirm lagi nak naik kereta apa.. Dan tak confirm lagi samada nak naik ke Kundasang ataupun tidak..

Jadi pada pagi tu sebelum bergerak ke mana-mana kami bersarapan terlebih dahulu di Gaya Centre Hotel.. Tempat di mana kami menginap..

Seronok juga makan dekat sini.. Sebab dapat menikmati pandangan pulau dan laut yang indah.. Sambil tu dapat menikmati tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.. 

Pemandangan laut yang indah..

Pemandangan laut dari sudut yang lain..

Kebetulan masa kami turun minum tu dah agak lewat.. Jadi dah mula rasa kepanasan matahari.. Maklumlah dekat sini Subuh pun awal.. Pukul 8 dah panas.. Jadi tak dapatlah kami nak minum di bahagian luar tempat makan... 

Makan dekat dalam pun jadilah..

 Sambil makan sempat juga saya snap beberapa gambar kenangan pemandangan dari situ..



Sajian untuk Haikal dan Adam..

Telur goreng merupakan makanan kegemaran anak-anak saya..

Bila dah selesai makan, kami pun pergi mencari sebuah kereta sewa.. Tempat nak sewa kereta ada dekat belakang Gaya Centre Hotel jer.. Melangkah beberapa tapak dah sampai.. Agak susah juga untuk mendapatkan kereta sewa masa tu.. Kebanyakan kereta telah habis disewa.. 

Kami terpaksa menunggu hampir setengah jam sementara egen penyewa kereta menghubungi rakan-rakan beliau yang berminat untuk menyewakan kereta.. Syukur Alhamdulillah dapat juga akhirnya..

Sebuah kereta MyVi automatik berwarna putih yang masih baru.. Disebabkan kereta tersebut, kereta member-member (bukan kereta syarikat) jadi kami dapat menyewanya dengan harga yang agak murah.. Cuma sekitar RM100 jer satu hari.. ;)..

Tapi disebabkan dah agak lewat, kami terpaksa membatalkan hasrat kami untuk pergi ke Kundasang.. Kami menggunakan kereta tersebut untuk meronda-ronda di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.. Tempat yang betul-betul kami singgah adalah Lok Kawi Wildlife Park dan Hyper Market yang paling femes di Kota Kinabalu iaitu One Borneo.. 

One Borneo..

One Borneo ni memang boleh tahan jugalah besarnya.. Naik letih juga dibuatnya.. Paling seronok berada di sana tentulah kedua-dua anak lelaki saya.. Dekat situ ada pusat permainan video game yang besar.. Macam-macam jenis permainan Video game ada.. Kalau tak silap saya ada tiga tingkat, tempat permainan video game tersebut..

Sementara isteri saya Window shopping, saya melayan kerenah anak-anak saya di pusat permainan video game tersebut..



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra