Selasa, 5 Julai 2011

Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak).. (Pulau Memutik)

with 3 comments
Selepas bersantai selama 2 jam di Pulau Sapi, kami pergi pula ke Pulau Mamutik.. Untuk pengetahuan anda Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi ini terletak dalam Kawasan Tunku Abdul Rahman Marine Park..

Kos untuk pergi ke tiga-tiga pulau ini agak murah.. Dalam lingkungan RM40 seorang.. Kos ini hanya untuk mengunjugi 3 pulau tersebut disamping kos-kos sampingan yang tidak termasuk kos untuk snokling atau Scuba..

Bagi anda yang berminat untuk snokling, saya syorkan anda sewa peralatan snokling pada pemilik bot dengan harga sekitar RM20 sahaja.. Anda boleh gunakan peralatan tersebut untuk bersnokling di ketiga-tiga buah pulau.. Sekali sewa, 3 kali boleh guna tanpa ada had masa..

Ianya lebih menjimatkan berbanding anda menyewa peralatan snokling apabila berada di pulau.. satu pulau anda akan dikenakan sewa RM20.. 3 pulau anda perlu membayar RM60.00..

Gambar para penumpang bot yang tak sabar nak pergi ke pulau Mamutik..

Tiba di Pulau Mamutik..

Keindahan Pulau mamutik..

Haikal dengan kerjanya.. memberi makan ikan..

Ikan-ikan ini berebut makanan yang diberikan Haikal..

Pulau ini agak kecil berbanding Pulau Sapi dan Pulau Manukan..

Sesuai untuk aktiviti beriadah..

Bergambar beramai-ramai (bersama para penumpang bot)


Haikal yang masih ketakutan bermain Pasir..

Masih takut dengan pasir walaupun dah dipaksa berkali-kali..hehehe

Para pengunjung yang Bersantai di tepi pantai..


haikal dan isteri hanya berehat manikmati pemandangan pantai..



Kami berada di Pulau Mamutik selama satu jam sahaja.. Ini kerana kami disyorkan supaya berada selama 3 jam di Pulau Manukan yang dikatakan lebih menarik berbanding pulau Sapi dan Pulau Mamutik..

Disebabkan kami merupakan kumpulan manoriti, jadi kami menuruti perancangan kumpulan lain yang lebih ramai bilangannya..

Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk coretan pada kali ini.. jumpa lagi untuk perkongsian seterusnya untuk mengikuti pemandangan indah di Pulau Manukan..

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini)
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra