Jumaat, 24 Jun 2011

Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak).. Bah. 7

with 1 comment
Jalan-Jalan Cari Makanan Di Kota Kinabalu..

Aktiviti pertama kami sebaik berada di Kota Kinabalu adalah jalan-jalan sambil mencari makanan.. Isteri saya dah tak sabar untuk menikmati keenakan makanan di sini..

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah kedai makan di Wisma Merdeka.. Kedai Chilli Padi.. Makanan dekat sini semuanya nampak sedap-sedap belaka..


Chilli Padi..

Aneka jenis lauk yang terhidang.. Tinggal pilih sahaja..

Rambang mata.. Rasa nak makan semua jenis lauk..

Kesudahannya inilah hidangan yang kami pilih..


AIr Jus tembikai dan Jus Limau..

Memang sedap makanan dekat kedai ini.. Harga keseluruhan makanan dan minuman yang kami bayar dalam RM30.00.. Tapi berbaloi dengan keenakan makanan dan syukur alhamdulilah perut kenyang..

Seterusnya kami pergi pula di deretan warung makan di sekitar Pasar tepi Laut di bandar Kota Kinabalu.. Nampak makanan seafood yang menyelerakan.. Tapi perut masih lagi kenyang.. Jadi kami cuci-cuci mata melihat makanan jer.. hehehe..

Ikan, SOtong, Udang segar yang dipanggang..

Misi pada petang tersebut telah pun selesai.. Disebelah malamnya pula saya di bawa oleh seorang sahabat bernama Dicky makan sea food di Anjung Selera..

Terdapat puluhan kedai seafood di sini.. Tak tahu nak pilih yang mana satu.. Disebabkan kami membawa 4 orang anak kecil, jadi kami memilih sebuah kedai yang terletak di kawasan yang agak lengang..

Mitra Seafood & Catering kedai yang kami pilih..
  

Ketam, Udang, Sotong dan ikan Fresh..

Timbang dahulu sebelum masak..

Steam Boat..

Ketam dan sayur yang telah siap sedia untuk dimakan..

Ikan Kerapu telah berada di dalam pinggan..

Sotong goreng tepung..


Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Jumpa lagi di episod seterusnya...

Jangan lupa untuk mengundi blog yang anda minati dalam senarai berikut:
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 1-50)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 51-100)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 101-150)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 151-200)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 201-250)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 251-300)

Cara nak mengundi mudah sahaja.. Taipkan nombor pendaftaran dan url blog pilihan anda di ruangan komen bagi entri tempat undian minggu ke 2 (klik Di SIni)

Anda juga boleh mengundi di Facebook dengan klik pada icon di bawah:


Anda boleh klik "like" di facebook pada mana-mana blog yang anda minati..

Anda Juga Mungkin Meminati:

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra