Selasa, 21 Jun 2011

Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak)

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang pernah saya maklumkan dalam entri terdahulu, saya berhasrat untuk merealisasikan salah satu impian saya sebelum berpindah dari Mukah Sarawak ke Semenanjung..

Impian tersebut adalah menjelajah bumi Borneo (Klik Di sini) dari Kuching sampai ke kawasan-kawasan menarik di Sabah seperti Kota Kinabalu, Tawau, Samporna, Kudat dan lain-lain.. Ini merupakan misi saya sepanjang tahun 2011.. dari awal tahun sehingga ke akhir tahun...

Syukur Alhamdulillah saya hampir mencapai misi tersebut.. Berikut merupakan Jurnal perjalanan saya setakat ini.. Aktiviti Bersama Pelajar ke Bintulu pada bulan Januari (Klik Di Sini).. Bercuti Ke Kuching bersama keluarga pada Bulan Februari (Klik Di sini).. Pergi Ke Kem Alapong, Kuching bersama kelab KKE (Klik Di Sini)..

Dan seterusnya kami sudah merancang percutian untuk ke Miri-Kota Kinabalu-Tawau bermula pada 20 Jun sehingga 29 Jun.. Tiket Kapal Terbang telah pun dibeli melalui syarikat tambang murah Air Asia.. Penginapan Hotel 3 malam di Kota Kinabalu juga telah ditempah melalui internet..

Perancangnnya kami akan memandu melalui jalan Balingian-Selangau (Klik Di Sini).. Kemudian Bintulu-Miri (Klik Di Sini).. Selepas itu menaiki kapal terbang dari Miri-Kota Kinabalu pada 21 Jun.. Kota Kinabalu tawau pada 24 Jun.. Tawau-Kota Kinabalu pada 27 Jun.. Kota Kinabalu-Miri pada 28 Jun.. Dan memandu pulang dari Miri ke Mukah pada 29 Jun...

Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan segalanya.. Kami menerima surat Arahan Berpindah pada 27 Mei untuk melapor diri ke PSIS Sabak Bernam pada 1 Jun.. Jadi kami minta tangguh selama sebulan.. Untuk menyelesaikan beberapa urusan di Mukah.. Disamping untuk merealisasikan sebahagian impian menjelajah Borneo pada tahun 2011..

Terdapat sedikit perubahan pada rancangan kami sebelum ini.. Dan beberapa tiket kapal terbang terpaksa dilupakan.. Seperti:
  1. Tambang mengunjungi wilayah asal kami sekeluarga (Pergi balik semenanjung)..
  2. Tambang mengunjungi wilayah asal untuk seorang (pergi balik semenanjung)..
  3. Penerbangan Kota Kinabalu-Tawau (Pergi dan Balik)..
  4. Tambang Berpindah ke Semenanjung (sekeluarga)..
Dah lah rugi beberapa tiket kapal terbang.. Lepas tu terpaksa pula beli tiket tambahan dari Mukah Ke Miri.. Dan dari Kota Kinabalu ke semenanjung..

Inilah yang dikatakan takdir.. Kalau tak teruskan perancangan kami.. Rasa terkilan juga.. Sebabnya ini kali pertama saya merasa menjejakkan kaki ke lapangan terbang miri.. Dan kali pertama dapat peluang membawa anak-anak melancong ke Sabah.. Jadi keputusnya kami meneruskan sahaja seperti yang telah dirancang..

Tapi kali ni dari Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak-Sabak Bernam, Selangor..

Jangan lupa baca entri selanjutnya tentang perjalanan cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga..

Disamping itu, jangan lupa untuk mengundi blog pilihan anda dalam senarai berikut..

Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 1-50)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 51-100)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 101-150)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 151-200)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 201-250)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 251-300)

Untuk Cabaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular pada Minggu ke 2 (20 hingga 25 Jun 2011).. Cara nak undi mudah sahaja.. Anda hanya perlu menulis nombor pendaftaran dan URL blog pilihan anda pada entri yang terpapar sebaik sahaja anda klik pada banner Pertandingan di atas..

Selain itu, Anda juga boleh mengundi di Facebook dengan klik pada icon di bawah:


Anda boleh klik "like" di facebook pada mana-mana blog yang anda minati..

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini)
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni) Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

2 ulasan:

  1. wah..alhamdullilah...syukur..dpt dh transfer balik semenanjung je bro..

    xpe la..burn tiket..janji..balik semenanjung..=)

    BalasPadam
  2. Memang sedih juga bila kena burn beberapa tiket... Kalau dikirakan nilainya lebih RM6,000..

    1) Tiket mengunjungi wailayah asal untuk sekeluarga pergi-balik(Min RM3,000)
    2) Tiket mengunjungi wilayah asal salah seorang daripada suami isteri (Anggaran RM1000)
    3) Tiket pindah sekeluarga (Min RM1500)
    4) Tiket sekeluarga pergi Kota Kinabalu-Tawau (RM600)

    Walaubagaimanapun Syukur Alhamdulillah.. Dapat pindah balik semenanjung...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra