Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada hari Sabtu baru-baru ini (28 May 2011), kami (Staf JKE, PMU) mengadakan aktiviti perkelahan di Pantai Kg. Penat, Oya..
Aktiviti seumpama ini, sememangnya menarik.. Sangat sesuai untuk aktiviti "family day" supaya dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain bersama ahli keluarga masing-masing..
Tapi sayangnya aktiviti pada kali ini kurang mendapat sambutan.. Ini adalah disebabkan, kebanyakan staf JKE telah pun memohon cuti sempena perayaan Hari Gawai..
Pada hari tersebut, ramai staf yang pulang ke kampung atau bercuti ke destinasi pilihan masing-masing..
Walaubagaimanapun, aktiviti ini terus dijalankan seperti yang telah dirancang..
Dan ianya merupakan satu peluang terbaik bagi saya dan keluarga untuk bersantai di Bumi Mukah Sarawak pada saat-saat terakhir.. sebelum berangkat pulang ke semenanjung..
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika berada di Pantai Kg. Penat, Oya..
Adam dan Ibu..
Haikal, Adam dan Ibu.. menikmati suasana indah di tepi pantai..
Inilah sahaja yang berkesempatan untuk hadir..
Geng panggang memanggang..
Seronoknya panggang udang ni..
Pantai Kg Penat, Oya... Di sini jugalah tempat kami mengadakan Explorasi Kayak pada tahun 2008
Haikal sibuk mencari kulit siput..
Walaupun sedikit.. Tapi kemeriahan tetap di rasai...
Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi mengnjurkan aktiviti ini.. Terutamanya di saat-saat terakhir kami berada di sini..
Aktiviti perkelahan ini akan terpahat sebagai salah satu memori indah sepanjang kami berada di bumi Mukah Sarawak..
Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
BalasPadamhttp://www.zuwairiaiman.com
Terima kasih.. Insya Allah sekiranya ada kelapangan masa saya akan singgah di blog awak..
Padam