Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengunjungi blog ini dan sekaligus menyertai "Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular"..
Disebabkan kesibukan mengadakan promosi disamping menguruskan pendaftaran para peserta.. saya tak sempat nak update blog Coretan Anuar.. Jadi pada hari ini.. Saya mencuri sedikit masa berkerja untuk menulis 2 entri untuk blog ini..
Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana Pertandingan yang saya anjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.. Sehingga ke hari ini bilangan peserta yang mendaftar adalah seramai 247 orang...
Ini semua berkat sokongan rakan-rakan blogger disamping usaha yang berterusan mempromosikan pertandingan ini dari sebuah blog ke sebuah blog..
Diharap bilangan peserta terus betambah.. Supaya lebih ramai rakan blogger mendapat manfaat daripada pertandingan ini.. Dan dapat menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk menulis Blog..
Dalam masa saya melawat blog rakan-rakan... Ada diantara blog tersebut begitu lambat untuk dipaparkan.. Kata orang putih "Page Load" slow..
Bila saya tengok blog orang macam tu.. Terdetik di hati saya.. Bagaimana pula dengan "Page Load" blog saya?? Adakah ianya juga lambat seperti "Page Load" blog XXXXX..
Kalau "Page Load" blog saya lambat, kesian dekat pengunjung-pengunjung blog saya.. Mesti mereka berasa geram setiap kali berkunjung ke blog saya..
Untuk memuaskan hati saya.. Saya pun membuat lawatan ke blog saya sendiri.. Sementara menunggu "Page Load" blog yang saya maksudkan selesai dipaparkan... Syukur Alhamdulillah.. "Page Load" blog saya tak terlalu lambat..
Tapi itu kata saya.. Bagaimana pula dengan kata pengunjung blog saya.. Jadi untuk memuaskan hati saya.. Saya pun membuat pencarian di laman web Goggle.. Cara untuk mengetahui tempoh masa yang diperlukan untuk memaparkan blog kita..
Hasil pencarian tersebut.. saya terjumpa beberapa laman web.. yang boleh membantu kita mengetahui kelajuan "page load" sesebuah Blog/laman web..
Salah satu daripadanya adalah http://internetsupervision.com
Anda hanya perlu berkunjung ke laman web tersebut dan memasukkan URL blog anda.. Selepas itu akan keluar paparan seperti berikut:
Masa yang diambil untuk "Page Load" blog saya tidaklah terlalu lambat.. Syukur Alhamdulillah..
Tapi kenapa dalam paparan ini, ada yang berwarna merah??? Paparan yang berwarna merah adalah dari Beijing, China..
Berdasarkan sumber yang saya boleh percayai.. negara China menggunakan enjin pencarian negara mereka sendiri.. Dan kemungkinan besar negara China juga turut menyekat sesetengah blog/laman web daripada di "access" oleh penduduk negara mereka.. Jadi tak hairanlah seandainya blog saya tidak dikunjungi oleh penduduk dari negara China..
Jadi saya syorkan anda untuk kerap memeriksan "page Load" blog anda setiap kali selepas anda update blog.. Seandainya "Page Load" blog anda lambat.. saya syorkan anda menukar/mengurangkan penggunaan "Widget", "Background", Grafik, gambar-gambar entri, "Header" dan sebagainya..
Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Semoga jumpa lagi di lain waktu..
Pakej Percutian ke Sky Mirror Kuala Selangor
2 minggu yang lalu
tips berguna...
BalasPadamehhehhe
salam persahabatan, terima kasih sudah mengundang saye untuk mengikuti kontes..... akan saye pertimbangkan sambil membace aturannye bang.
BalasPadamSemoge jalannye kontes lancar dan sukses, amiin
salam bro..
BalasPadameh..bkn selasa malam ke bro ada msg bgtau dah bank in..
sbb td ptg ada ifa cek kat atm je la..
kalu xsilap pandangan mata ifa la..
alhamdullilah ada dh tambah rm40 nie..=)
tp kalu bro nak ifa konpem btol2..mybe lmbt sikit la baru leh update buku akaun..sbb xde kenderaan nk g bdr nie..maaf ye bro..klu myusahkan..
tp ifa rasa btol dh tue bro yg bank in..
ifa percaya bro..tq ye bro..=)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamoppss..smlm petang ifa cek kat atm..
BalasPadamsori kalu lambat inform bro..
ingat mmg nak bgtau hari nie..
sebab xelok lak msg bro malam2..
bro...kalu bro tgk transaction bro ada je masuk ke bank ifa..btol la tue..
sbb kalu cm haritue mmg xde kan..
ifa pun cek kat atm ada nie..
i trust u..mana tahu ifa lambat dapat g update akaun..sebab agak bz sbb ada kenduri kat kg nie..
so bro pun xtertanya2 dh..=)
singgah jap, tak tahu la dari mana datang nih.
BalasPadamhehe.. sedap gak baca.
Semoga Blog saya tidak membuat pengunjung marah
BalasPadamwahhhh.. info yang amat berguna ni. sekurangnya2 kita tahu loading page kita di luar negara...
BalasPadam