Sabtu, 14 Mei 2011

Apakah sumbangan atau kebaikan Pertandingan ini kepada rakyat Malaysia

with 3 comments
Seperti yang anda semua sedia maklum Objektif Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular adalah untuk:

"Menanamkan minat suka membaca dan menulis di kalangan Rakyat Malaysia melalui bidang Penulisan Blog" 

Melalui objektif pertandingan ini secara tidak langsung akan menarik minat orang ramai untuk turut menjadi seorang penulis blog.. Ini adalah harapan saya..

Supaya kebanyakan rakyat Malaysia ini dapat berkongsi segala ilmu yang mereka ada samada dalam bidang teknologi, agama, masakan, hobi, minat, serta lain-lain kepakaran dalam bidang tertentu di internet menerusi medium percuma iaitu Menulis Blog..

Pada masa sekarang ini, saya berasa agak terkilan bila saya melayari internet untuk mencari sesuatu perkara terutamanya dalam bidang teknologi.. Dalam masa yang sama saya ada memberi tugasan kepada pelajar saya tentang teknologi tertentu dan menyuruh mereka melayari internet untuk mencari maklumat tentang tugasan tersebut..

Hasil pencarian yang saya dan pelajar saya perolehi adalah.. kebanyakan ilmu tersebut diperolehi dari blog-blog luar negara seperti US, UK, Indonesia dan sebagainya..

Sedangkan di Malaysia ini ramai golongan yang mempunyai pendidikan tinggi... Ramai rakyat Malaysia pada hari ini mempuyai Ijazah, Master dan PHD..

Kebanyakan ilmu golongan-golongan profesional ini terdapat pada Tesis, Jurnal atau buku yang tidak dapat untuk dikongsikan kepada hampir 30 juta rakyat Malaysia.. Hanya segelintir sahaja yang berminat untuk berkongsikan ilmu mereka menerusi internet untuk tatapan seluruh dunia amnya dan seluruh rakyat Malaysia khususnya..

Zaman sekarang ni zaman globalisasi.. zaman IT.. Semua maklumat dihujung jari.. Kebanyakan orang di luar negara lebih cepat mendapatkan maklumat menerusi internet berbanding mendapatkan maklumat di perpustakaan.. Disebabkan itu mereka jauh lebih maju daripada kita dalam beberapa perkara..

Ini bukan bermaksud saya nak mengagung-agungkan mereka.. Dan memperkecilkan rakyat negara kita.. Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah supaya kita melakukan sedikit anjakan Paradigma..

Kalau sebelum ini kebanyakan daripada kita melayari internet sekadar untuk bersosial di Facebook, Twitter, My Space, baca dan hantar email, main game, Download movie itu dan ini.. Apa kata dalam masa yang sama kita gunakan internet untuk sesuatu yang lebih berfaedah buat diri kita dan orang lain.. iaitu dengan menulis sesuatu ilmu yang kita tahu.. Dan berkongsikan ilmu tersebut kepada orang lain.. Menerusi Blog..

Jadi pada pendapat saya adalah wajar setiap ahli akademik mempunyai blog perkongsian ilmu masing-masing supaya dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.. Melalui perkongsian ilmu daripada golongan profesional di Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia... menerusi Blog..



3 ulasan:

  1. erm..btol la pe yg bro ckp nie..

    BalasPadam
  2. di harap juga dapat memupuk penulis blog membaca buku agar dapat menghasilkan penulisan blog yang baik...

    BalasPadam
  3. di atas tu penaja pertandingan ke @ affiliate saudara punya?...kalau affiliate kenapa perlu tulis penaja pertandingan?...nanti orang percaya pulak dan berharap dapat kereta tu...hehehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra