Isnin, 21 Mac 2011

Seperti Baru semalam sampai Di Mukah.. Rupa-rupanya..

with 0 Comment
Assalamualikum dan Salam Sejahtera..

Begitu cepat masa berlalu.. Saya rasa baru semalam tiba di Mukah.. Rupa-rupanya dah hampir 5 tahun saya berada di sini.. ;)

Banyak pengalaman berharga yang saya timba sepanjang bertugas di sini.. Pengalaman ini mungkin agak tipis peluangnya untuk saya timba di politeknik-politeknik lama yang terdapat disemenanjung.. Syukur Alhamdulillah di atas setiap pengalaman berharga yang Allah berikan kepada saya sepanjang berada di sini..

Politeknik Mukah merupakan satu medan terbaik untuk kita menimba pengalaman.. Ini kerana kebanyakan staf di sini muda-muda belaka.. Dan setiap staf berpeluang untuk "out station" mewakili politeknik atas pelbagai urusan rasmi.. ;)

Gambar di bawah menunjukkan "Pasport" (Dokumen Perjalanan Terhad) kepunyaan saya yang akan tamat pada 23 Mac 2012.. Sedar tak sedar 5 tahun sudah saya di Mukah bah.. ;)..



Masakan tidak.. Dulu masa datang ke Mukah bujang.. Sekarang dah ada anak pak mertua dan tambahan 2 orang anak ;).. Umur pun dah masuk 3 dekad.. Dah tua rupanya saya ni.. ;)

Disebabkan "passport" ini dah nak luput tempohnya, maka ianya perlu diperbaharui untuk membolehkan saya keluar dan masuk dari Sarawak.. Urusan yang sebegini agak leceh, disebabkan ianya tidak dapat dilakukan di Mukah..

Kenalah pergi Sibu yang memakan masa perjalanan hampir 3 jam.. Jadi pada pagi ni saya, anak pak mertua dan seorang rakan akan balik ke semenanjung pergi ke imigresen Sibu untuk perbaharui "Passport"..

Jadi kalau ada pelajar atau sesiapa sahaja yang mencari saya dan anak pak mertua saya, minta tolong bagi tahu saya balik ke semenanjung pergi ke imigresen Sibu untuk memperbaharui passport.. hehehe ;)

Sebenarnya "passport" saya ni belum habis digunakan.. Baru sampai di muka surat 26 bersamaan dengan 83 kali keluar dan masuk Sarawak..

Kali terakhir menggunakan "passport" ini pada 16 Dis 2010


Ini bermakna saya telah masuk ke negeri Sarawak sebanyak 42 kali, dan keluar dari negeri Sarawak sebanyak 41 kali.. Tapi itu semua berlaku di antara tahun 2006 sehingga tahun 2010..

Pada tahun 2011 ini Alhamdulillah, setakat ini saya belum lagi melintasi Laut China Selatan dengan kapal terbang.. hehehe ;)

Jadi bagi anda yang berada di luar sana yang berminat untuk datang ke Mukah, saya syorkan anda datang ke Mukah pada bulan April ini..

Ini kerana di Mukah ada satu "event" besar yang dipanggil sebagai Pesta Kaul.. Pesta Kalu di Mukah di antara Pesta Kaul yang paling meriah di Sarawak disebabkan sebahagian besar masyarakat Mukah terdiri daripada kaum Melanau..

Ramai orang dari bandar-bandar lain seperti Sibu, Bintulu, Miri, Kuching dan sebagainya juga akan datang ke Mukah untuk memeriahkan pesta ini.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Kaul, anda boleh mencari maklumat tersebut di blog ini..

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu... Salam persahabatan dari saya.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia
Isu Halal Atau Haram dalam perniagaan Internet
Laman Web Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2012?
Kenali Ammar Zahar dan jana pendapatan dengan Click Bank
Betul ke boleh buat duit dengan Adwords?
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra