Ahad, 13 Mac 2011

Karnival Mesra Belia 1 Sarawak..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera pada pagi Ahad yang indah ini bersama ahli keluarga dan sahabat handai..

Pada entri kali ini, saya nak berkongsikan sedikit tentang satu event yang diadakan di Mukah pada minggu ini.. Event ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Mac..Kebetulan kami singgah di pasar pada petang semalam.. Jadi sempatlah kami cuci-cuci mata ke kawasan event ini..

Event ini diberi nama Karnival Mesra Belia 1 Sarawak.. Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di sepanjang berlangsungnya event ini.. Antaranya pameran dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta, pertandingan karaoke, pertandingan Futsal, gerai-gerai jualan, pameran motor, kereta dan sebagainya..

Kain rentang event Karnival Mesra Belia 1 Malaysia..

Haikal di khemah WARISMU


Gerai Mukah Arena Club..

Dalam banyak-banyak aktiviti yang diadakan sempena Karnival Mesra Belia 1 Sarawak ini, saya berminat kepada pameran basikal, motor, motor besar dan kereta yang di adakan berhampiran dengan gerai Mukah Arena club.. Seronok cuci-cuci melihat kreativiti dan inovasi pemilik-pemilik kenderaan masing-masing..





Beberapa buah basikal yang turut serta dalam pameran ini..
Di antara semua basikal di atas, mana satu yang paling menarik?
















Beberapa buah motorsikal yang turut serta dalam pameran ini..
Di antara semua motorsikal di atas, mana satu yang paling menarik?

Selain daripada basikal dan motorsikal, motor berkuasa besar juga turut dipamerkan bagi memeriahkan lagi kawasan pameran ini.. 


ZX-6R berwarna hijau..



Motor-motor besar lain yang turut di pamerkan..





Pameran kereta..

Selain daripada pameran kenderaan-kenderaan di atas sebenarnya turut dipertandingkan.. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan.. Namun begitu, saya tidak sempat untuk mengikuti keputusan pertandingan ini disebabkan cuaca yang agak panas pada ketika itu.. Menyebabkan kami empat beranak terpaksa pulang awal... Maklumlah anak-anak masih kecil..

Sampai di rumah.. Adam dan Haikal tak habis-habis bermain dengan "rumah baru" mereka.. Sehingga Adam tertidur akhirnya.. ;)

"Rumah baru" Adam dan Haikal.. mak ayah mereka pun tumpang sekaki.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra