Jumaat, 25 Februari 2011

Mungkinkah Ini Penamatnya..

with 0 Comment

Pagi tadi sambil mengemas meja dan fail-fail lama terjumpa sijil-sijil yang mampu menggamit nostalgia kisah suka duka saya sebagai seorang pemain catur..

Bukan senang untuk menjadi seorang pemain catur yang berjaya.. Saya mula menceburkan diri dalam bidang permainan catur ini semenjak umur 11 tahun.. masa tue saya berjaya menjadi johan pertandingan catur untuk sukan asrama SKPPU, Kampung Gajah, Perak.. Dan seterusnya saya berjaya menjadi johan pertandingan catur peringkat Daerah Perak tengah.. Sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya masa tu saya boleh menang semua game.. hehehe..

Bermula daripada detik itu, catur menjadikan permainan utama yang saya minati selain beberapa sukan dan permainan yang lain.. Saya sukan permainan ini disebabkan kita adalah raja atau manager terhadap sebuah organisasi.. Kita mengawal kesemua operasi organisasi.. Kiranya merasa jadi boslah... hehehe..

Saya bergiat aktif dan tak aktif dalam permainan catur ini kira-kira 15 tahun.. Fuh! lama juga rupanya...

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat saya Marzuki dan Shuib kerana telah memberi perangsang dan dorongan untuk saya bergiat aktif dalam permainan ini.. (Tanpa dorongan korang mungkin sukan ini telah terkubur dari hidup saya suatu masa dahulu..)

Banyak suka duka, rintangan dan halangan yang kami tempuhi bersama semata-mata untuk menyertai beberapa kejohanan catur.. Bila diingat-ingatkan balik rasa seronok melalui pengalaman tersebut.. hehehe..

Tapi itu semua cerita lama.. Sebenarnya kalau ada kesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan, memang saya nak turut serta.. Lebih-lebih lagi pertandingan di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia..

Gambarajah sijil di bawah merupakan pertandingan terakhir peringkat antarabangsa yang saya sertai..

World Inter-Varsity Chess Championship 2004

Setelah bekerja di Mukah Sarawak, saya dah tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan.. ialah nak pergi ke semenanjung bukannya dekat.. Kos perjalanan pun sekurang-kurangnya habis juga seribu ringgit..

Memang tidak berbaloi.. Jadi sehingga hari ini pejam celik, pejam celik dah hampir 7 tahun saya tidak menyertai kejohanan catur yang sebenar..

Main sekadar suka-suka kadang tu adalah.. Tapi dia punya 'fill' tak sama dengan bermain semasa pertandingan.. ;)

Sekarang ini kalau orang tanya saya pasal "opening".. saya tahu sebut jer.. Nama-nama "opening" yang saya masih ingat lagi adalah France, King Indian, Queen Indian, English, Duth, Benoni, Nimzo-Indian dan Scillian Dragon..

Tapi kalau orang suruh saya tunjukkan pergerakan untuk opening-opening yang saya sebutkan diatas.. Minta maaf saya memang dah tak ingat...

Bila difikirkan balik... Mungkinkah World Intervarsity Chess Championship pada tahun 2004 tersebut merupakan penamat "Career" saya dalam permainan catur... Mungkin Ya dan mungkin tidak.. Hanya Allah sahaja yang tahu....


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra