Jumaat, 4 Februari 2011

Jalan-jalan : Sibu-Kuching-Sibu-Mukah (Episod Ke 2)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah pada pagi buta ini sempat juga saya mencuri masa untuk menulis blog sembang hari2 ini setelah sehari suntuk berjalan sambil melawat pintu-pintu kedai di beberapa buah pasaraya di Bandar Kuching.. ;)


Untuk makluman anda semua, hampir 95% kedai-kedai ditutup pada tahun Baru Cina ini.. Jadi sebagai pengajaran buat diri saya dan anda semua: jangan bercita-cita untuk window shopping ke bandar Kuching pada perayaan tahun Baru Cina... ;)


Menurut rakan saya, masyarakat Cina di Sarawak (terutamanya Kuching) turut membuat "rumah terbuka" pada tahun Baru Cina. Mereka turut menjemput rakan-rakan dan kenalan dari pelbagai bangsa untuk hadir ke rumah mereka bagi menyambut Tahun Baru Cina.


Kiranya sambutan Tahun Baru Cina di sini disambut dengan meriah sekali.. Patutlah saya banyak terjumpa pintu kedai sahaja sepanjang saya bersiar-siar di Bandar Kuching pada hari ini..


Paling menyedihkan sekali, pada masa ini kami sedang mencari kedai membaiki telefon dan kedai kamera.. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas skrin LCD Hand Phone rosak. Nak guna Garment pun tak boleh, terpaksa drive tanpa teknologi.. Jadi kami pun terpaksa jalan-jalan di Kuching main redah jer, tanpa arah tuju sambil mencari kedai-kedai yang buka..


Dalam masa yang sama pula, kami perlu membeli kamera disebabkan kamera sebelum ini dirosakkan oleh hero2 ku ;).. Tak seronok rasanya menikmati percutian keluarga tanpa kehadiran kamera.
Tapi apakan daya.. Sebahagian besar kedai-kedai ditutup.. Jadi hari ni memang betul-betul makan angin dalam kereta.. ;)


Nampak gayanya terpaksalah merakamkan gambar-gambar percutian kami dengan menggunaan kamera telefon bimbit lama ku yang hanya 2.0 megapixels ini.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra