Pada post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menaiki pesawat kecil dari Mukah ke Kuching yang dikenali sebagai Twin Otter. Pengalaman ini pernah saya kongsikan kira-kira 4 bulan yang lalu.
Naik Twin Otter merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Ianya hanya mempunyai tidak lebih daripada 20 tempat duduk,dan anda berada dekat dengan juruterbang. Dengan meniki Twin Otter anda akan dapat merasai kenikmatan sebenar menaiki kapal terbang. Kalau angin kuat, goyang pun kuat..
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa berada di perkarangan udara Kuching sebelum pesawat yang saya naiki mendarat di lapangan Terbang Kuching. Pada ketika ini cuaca agak baik, jadi kita dapat menikmati keseronokan menaiki Twin Otter..
Alhamdulillah, selamat mendarat di Lapangan terbang Kuching..
Semasa turun dari lapangan terbang Kuching saya terlihat sebuah Foker sedang parking berhampiran dengan tempat pesawat yang saya naiki mendarat. Dalam hati saya terdetik bila lah Forker ni nak mendarat di Mukah. Kalau Foker ni dapat mendarat di Mukah, tentu semua orang yang bekerja atau tinggal di Mukah akan berasa gembira.
Pesawat Foker mempunyai bilangan tempat duduk melebihi 2 kali ganda berbanding bilangan tempat duduk Twin Otter. Sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, kapasiti tempat duduk akan bertambah. Jadi masyarakat Mukah Tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan tiket kapal terbang seperti sekarang.
Semoga dalam masa terdekat ini Foker akan dapat mendarat di Mukah.. Saya percaya, sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, akan dapat menarik lebih ramai orang luar untuk datang dan seterusnya berkhidmat di Mukah. Ianya secara tidak langsung akan dapat membantu membangunkan bandar Mukah untuk mencapai matlamat pembangunan SCORE dengan lebih lancar lagi.
0 comments:
Catat Ulasan