Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sepanjang bulan April 2026 ini, terdapat lebih 20 Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik dilaksanakan melibatkan pelbagai jawatan.
Untuk maklumat lanjut, Boleh baca di sini -> Senarai Penjadualan Penilaian (PSEE) SPA bagi Bulan April 2026
Ini menunjukkan penguasaan atau persediaan untuk menduduki Ujian Psikometrik ini sangat penting! Di mana ia merupakan salah satu tapisan yang telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk calon-calon melangkah ke peringkat yang seterusnya.
Jadi, untuk itu saya kongsikan 10 Tip Penting untuk calon Ujian Psikometrik.
1) Jawapan anda membina Profil. Sistem membaca CORAK, bukan niat.
- ✔️ Pastikan anda dapat mengekalkan konsistensi jawapan dari awal hingga akhir
- ❌ Jangan cuba jadi orang lain di setiap halaman soalan
2) Yang lulus bukan paling yakin, Tapi yang paling TEPAT.
- ✔️ Pastikan anda Jawab ikut Kriteria dan nilai teras.
- ❌ Jangan jawab ikut instuisi semata-mata. Main agak
3) Soalan ringkas menyembunyikan nilai BESAR.
- ✔️ Pastikan anda Faham apa sebenarnya diuji.
- ❌ Jangan anggap semua soalan pendapat peribadi
4) Bila masa singkat, strategi kalah tanpa SISTEM.
- ✔️ Pastikan anda Jawab guna template nilai teras.
- ❌ Jangan baca nota merata-rata.
5) Peperiksaan menilai siapa anda ketika TERTEKAN.
- ✔️ Pastikan anda kekal Profesional.
- ❌ Jangan jawab secara impulsif (mengikut gerak hati)
6) Skor tinggi tak bermakna jika profil BERCANGGAH.
- ✔️ Pastikan anda membuat latihan secara konsisten.
- ❌ Jangan jawab ikut mood.
7) Integriti bukan pilihan. Itu SYARAT.
- ✔️ Pastikan anda Jawab secara tegas dan manah.
- ❌ Jangan kompromi (bertolak ansur) pada prosedur.
8) Jawapan yang nampak baik boleh jadi PERANGKAP.
- ✔️ Pastikan anda jaga konsistesi.
- ❌ Jangan kejar nampak paling baik
9) Psikometrik tak cari manusia sempurna. ia cari manusia STABIL dan boleh dipercayai
- ✔️ Pastikan anda Jawab konsisten dan terkawal.
- ❌ Jangan jawab terlalu ekstrem.
10) Ramai calon gagal bukan sebab tak pandai, tapi sebab jawab ikut RASA. Bukan ikut apa yang dinilai
- ✔️ Pastikan anda faham nilai teras sistem.
- ❌ Jangan jawab ikut emosi atau cerita kawan.
Semoga 10 Tips ringkas dan Penting untuk calon Ujian Psikometrik ini dapat memberi manfaat, terutamanya kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Psikometrik pada bulan April ini.
Rujukan yang diperlukan oleh Calon yang akan menduduki sesi penilaian online (Ujian Psikometrik) SPA
Sumber : Klik Di Sini
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan :
Info berkaitan :
- Senarai Penjadualan Penilaian (PSEE) SPA bagi Bulan April 2026
- Senarai Penjadualan Temuduga SPA Bagi Bulan April 2026
- Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
- Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD
- Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
- Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan (2011-2014)
- 50 Sebab kenapa anda gagal dalam Temuduga
- Download 2 Panduan Temuduga Kerja secara PERCUMA!














0 Ulasan