Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ada berita baik untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan.
PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M7
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
- KUMPULAN PELAKSANA : IJAZAH SARJANA MUDA/ SARJANA/ DOKTOR FALSAFAH
- KEKOSONGAN : 160
- SIMPANAN : 30
- Nama Jawatan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9
- Klasifikasi Perkhidmatan : Tadbir dan Diplomatik
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
- Jadual Gaji :
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau
Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau
Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00); atau
dan
- lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
- hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA :
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN :
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M10 :
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M12 :
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M13 :
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M14 :
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI :
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Maklumat lanjut berkaitan dengan syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan boleh dicapai melalui portal rasmi SPA di pautan:
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2026 (Ahad), jam 11.59 malam
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan :
Info berkaitan :
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDUAN) - PELBAGAI KEMENTERIAN (SEMENANJUNG)
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV1 (PEMBUATAN PERABOT) - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (SEMENANJUNG)
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV1 (PENYEMBURAN CAT AUTOMOTIF) - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (SEMENANJUNG)
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP1 KEMENTERIAN DALAM NEGERI – JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (SABAH DAN SARAWAK)
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1 - JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (SEMENANJUNG)
- Peluang Kerjaya Lepasan SPM : PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S1 - PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
- Senarai Penjadualan Penilaian (PSEE) SPA bagi Bulan April 2026
- Senarai Penjadualan Temuduga SPA Bagi Bulan April 2026
- Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
- Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD

0 Ulasan