Pengalaman Merentasi 14 Buah Negara Dengan Basikal....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Dalam keadaan kita di Malaysia masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri, saya rasa terpanggil untuk kongsikan pengalaman Ustazah Adilah dan suaminya yang telah merentasi 14 buah negara dengan menaiki basikal.

Basikal yang telah digunakan untuk merentasi 13 buah negara
Basikal yang telah digunakan untuk merentasi 13 buah negara


Dalam tempoh ber "Honeymoon" selama 15 bulan, Ustazah Adilah dan suaminya Ahmad BMI telah berjaya menjejakkan kaki ke 14 buah negara iaitu:

🇲🇾 -
Malaysia ke Thailand, 1473km
🇹🇭 - Thailand ke Myanmar, 1360km
🇲🇲 - Myanmar ke India, 2991km
🇮🇳 - India ke Nepal
🇳🇵 - Nepal ke India
🇮🇳 - India ke Pakistan
🇵🇰 - Pakistan ke China
🇨🇳 - China ke Kyrgyzstan
🇰🇬 - Kyrgyzstan ke Kazakhstan, 1,618km
🇰🇿 - Kazakhstan ke Uzbekistan, 1,587km
🇺🇿 - Uzbekistan ke Afghanistan
🇦🇫 - Afghanistan ke Iran
🇮🇷 - Iran ke UAE, Dubai, 2,215km
🇦🇪 - UAE, Dubai ke Arab Saudi, 1,022km
🇸🇦 - Arab Saudi ke Eropah


Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal
Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal


Sangat luar biasa! 
Kisah ini ternyata sangat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar pemandangan menarik yang telah dikongsikan sepanjang pengembaraan mereka

Subhan Allah.. Cantiknya pemandangan ini..


Suami isteri menghadapi susah senang bersama sepanjang tempoh ber"honeymoon"
Suami isteri menghadapi susah senang bersama sepanjang tempoh ber"honeymoon"


Pengalaman Ustazah Adilah mengayuh basikal di Kaki Gunung Tertinggi di Dunia pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan
Pengalaman Ustazah Adilah mengayuh basikal di Kaki Gunung Tertinggi di Dunia pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan


Cabaran dan pengalaman mengayuh basikal di negara orang
Cabaran dan pengalaman mengayuh basikal di negara orang



Subhan Allah... Cantiknya kebesaran Allah S.W.T





Kesemua kisah dan pengalaman tersebut ada diceriatakan dalam novel bersiri bertajuk : Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini) 

Video Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan menaiki basikal


Kali pertama mendengar kisah pengembaraan mereka, Saya rasa "gila betul diorang nie".


"YA GILA!!"

"Isteri yang tidak pernah berbasikal dibawa keliling dunia untuk sampai ke Mekah. Seorang Ustazah pula tu! Kalau Ustazah Adilah merupakan seorang atlet, mungkin saya masih boleh terima lagi"


Istimewanya, kisah pengembaraan ini ialah tuhan sentiasa bersama mereka. Bila niat mereka betul, Allah S.W.T permudahkan segala urusan mereka. 


Dalam tempoh pengembaraan tersebut, telah memberi peluang untuk melihat sendiri setiap keagunggan dan keindahan alam semester ciptaan Allah S.W.T.  Pastinya lebih nikmat untuk dihayati dalam setiap kayuhan basikal berbanding sekiranya mereka menaiki kenderaan lain seperti motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya.


Kisah ini secara tidak langsung telah dapat memberi motivasi kepada diri saya dan juga pembaca semua. Ia merupakan sebuah kisah yang dapat memberi inspirasi kasih sayang seorang lelaki kepada isteri dan juga pengorbanan seorang isteri untuk bersama-sama mencapai impian seorang suami.


Nak tahu dengan lebih mendalam tentang kisah perjalanan mereka, boleh klik pada gambar buku di bawah:

Sumber : Klik Di Sini


Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat. Terutamanya bagi mereka yang gemar mengayuh basikal dan belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Kisah Viral Yang pernah Mendapat liputan media sekitar Tahun 2019 Kisah pengembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya mengayuh basikal dan hanya berbekalkan wang tunai sebanyak RM1,900 sebagai permulaan. Sangat menakjubkan! Dengan kos sebanyak itu, suami isteri dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah bersama-sama. Siap dengan pakej "Honeymoon" selama 15 bulan melalui 13 buah negara sehingga sampai ke Mekah. Antara negara-negara yang telah mereka lawati semasa perjalanan ialah : Bermula dari Malaysia ke Thailand, Thailand ke Myanmar, Myanmar ke India, India ke Nepal, Nepal ke India, India ke Pakistan, Pakistan ke China, China ke Kyrgyzstan, Kyrgyzstan ke Kazakhstan, Kazakhstan ke Uzbekistan, Uzbekistan ke Afghanistan, Afghanistan ke Iran, Iran ke UAE, Dubai, UAE, Dubai ke Arab Saudi Arab Saudi ke Eropah Kisah Adilah, seorang ustazah yang dijodohkan dengan seorang arkitek bernama Ahmad melalui pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra syarat untuk Ahmad mengelilingi dunia dengan basikal. Niat asal Ahmad mengembara solo ke Eropah bertukar menjadi pengembaraan ‘berbulan madu’ bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing dan ke Mekah, sebelum ke Eropah. Adilah memutuskan untuk mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai arkitek, keluar dari rumah sewa, menjual kereta dan memulakan pengembaraan. Sepanjang 15 bulan itu, banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Antaranya Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari, Ahmad menerima 5 jahitan di mata, manakala di Iran, mereka ditahan oleh tentera selama 3 hari Di Pakistan, Mereka hampir diculik di Afghanistan dan lain-lain. Apabila saya mula-mula mendengar kisah pengembaraan mereka, saya fikir "lelaki ini benar-benar gila." YA GILA!! Isteri yang tidak pernah berbasikal dibawa keliling dunia untuk ke Mekah. Kalaulah Ustazah Adilah seorang atlet, mungkin saya masih boleh terima Istimewanya pengembaraan ini ialah Allah itu sentiasa bersama mereka. Apabila niat mereka betul, Allah S.W.T permudahkan segala urusan mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, mereka berpeluang untuk melihat sendiri setiap keagungan dan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Pastinya lebih menyeronokkan untuk merasai pengalaman dalam setiap kayuhan berbanding mereka menaiki kenderaan lain seperti motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya. Jika mereka menaiki kenderaan sedemikian, mereka mungkin tidak dapat menghargai sepenuhnya pengalaman luar biasa ini semasa mereka menunggang basikal. Kisah ini secara tidak langsung telah dapat memotivasikan diri saya dan semua pembaca. Ia merupakan kisah yang boleh menyemarakkan rasa cinta seorang lelaki terhadap isteri dan juga pengorbanan seorang isteri untuk mencapai impian Bersama suami. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kisah perjalanan mereka, anda boleh klik pada beg Kuning. Semoga bermanfaat! #ustazahbasikal #Basikal #KeMekahNaikBasikal #naikbasikal #NaikBasikalKeMekah #mekah ♬ Inspirational - Kidmada

Catat Ulasan

0 Ulasan