Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya menjemput semua pembaca blog ini supaya beramai-ramai memeriahkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012 (K3G2012).. yang akan diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 di PWTC..

K3G2012  merupakan karnival kerjaya dan keusahawanan paling komprehensif di Malaysia.. Pengunjung karnival ini alan berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan kerjaya, demonstrasi secara langsung, latihan dan juga peluang pekerjaan.

Karnival ini sesuai dihadiri oleh lepasan sekolah, graduan,  bakal graduan atau mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan.. K3G2012 diharapkan dapat membantu anda untuk memperolehi  kerjaya seperti yang diharapkan.


Terdapat beberapa kekosongan jawatan yang akan ditawarkan oleh "bakal" Majikan anda di karnival tersebut.. 

Jadi semasa  anda menghadiri karnival ini, jangan lupa untuk membawa bersama salinan CV anda.. dan juga berpakaian kemas seolah-olah anda akan menghadiri sesi temuduga.. Manalah tahu ada rezeki anda semasa berada di sana nanti.. Tiba-tiba terus ada majikan yang menawarkan pekerjaan kepada anda.. ;)


Antara Syarikat yang turut mengambil bahagian dalam Karnival kerjaya ini ialah:
  • ALRAJHI Bangking & Investment Corporation
  • Redquattro Sdn. Bhd.
  • Konica Minolta Glass Tech (M) Sdn. Bhd.
  • 2 Team Production
  • Media Prima Berhad
  • GEMS Malaysia Sdn. Bhd
  • Prudential Services Asia Sdn. Bhd.
  • Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. (Mazda)
  • Dan Beberapa Syarikat lain lagi..

Jom datang.. jangan tak datang... Terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi di K3G2012 nanti.. Antara hadiah yang disediakan ialah Apple iPAD3, iPhone 4s, iPod Touch dan juga iPod Shuffle. Nak tahu dengan lebih lanjut, cara untuk memenangi hadiah-hadiah ini.. Sila klik di sini