Rabu, 22 Mei 2019

Program Wakaf Al-Quran 2019

with 3 comments
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada di hari yang ke 15 Ramadhan 1440 H.. 

Ini bermaksud, tinggal lebih kurang 15 hari lagi, sebelum bulan Ramadhan melabuhkan tiranya..

In Shaa Allah, semoga kita dipanjangkan umur supaya berpeluang menunaikan Rukun islam ke 3 ini dengan sebaiknya di sepanjang bulan Ramadhan ini... Ameen..


Pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk rakan-rakan, kenalan, saudara mara kita atau saudara seislam kita di seluruh dunia yang tidak dapat turut serta bersama kita berpuasa di bulan Ramadhan kali ini... Termasuk juga sahabat-sahabat seagama kita yang terkorban di Syiria, Palestin, Mesir dan sebagainya... Al-Fatihah... 

Ternyata Allah lebih menyayangi mereka.. Mari kita sama-sama berdoa semoga mereka bitempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan Solleh.. In Shaa Allah..Ameen.

Satu hari nanti, akan sampai juga masanya untuk kita mengikut jejak langkah mereka.. Dan pastinya kita juga berharap agar ada anak-anak, saudara mara, atau sahabat handai kita yang sudi mendoakan kesejahteraan kita semasa berada di alam Barzah nanti.


Program Waqaf Al-Quran 2019

Oklah.. berbalik kepada cerita tentang Program Waqaf Al-Quran 2019 yang dianjurkan oleh BookCafe.com. Program ini diadakan bertujuan untuk membekalkan Al-Quran  ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.

Sumber : Klik Di Sini

Banner di bawah menunjukkan kadar harga Naskah Al-Quran dan bilangan Naskah Al-Quran yang masih diperlukan.
Sumber : Klik Di Sini


Info Wakaf Al-Quran Bookcafe 2014-2019

Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 20,367 Al-Quran telah dihantar kepada 235 pihak  penerima wakaf sepanjang kempen 2014 - 2019.

STATISTIK PERLAKSAAN PROJEK WAKAF Al-QURAN BOOKCAFE 2014-2019
  • Tahun 2014 sebanyak 680 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 12 tempat
  • Tahun 2015 sebanyak 2,692 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 27 tempat
  • Tahun 2016 sebanyak 8,085 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 72 tempat
  • Tahun 2017 sebanyak 5,975 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 82 tempat
  • Tahun 2018 sebanyak 1,370 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 24 tempat
  • Tahun 2019 sebanyak 1,565 naskah al-Quran telah disampaikan kepada 18 tempat setakat ini..

Jumlah keseluruhan Al-Quran yang telah diwakafkan dalam 6 tahun tersebut ialah sebanyak 20,367 naskah kepada 235 lokasi penerima

Sumber : Senarai Penerima Waqaf Al-Quran 2014-2019




Syukur Alhamdulillah, sambutan program Waqaf al-Quran pada tahun-tahun sebelum ini cukup menggalakkan. Terlalu ramai hamba-hamba Allah yang sangat bermurah hati, sudi menghulurkan 'sumbangan' untuk menjayakan program ini. 


Cara-cara menyertai Program Wakaf Al-Quran Bookcafe 2019

Sekiranya anda juga ingin turut serta seperti mereka.. Berminat untuk menyalurkan sumbangan wakaf anda. Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Layari Laman web www.BookCafe.com (Klik Di Sini)

2. Cari dan klik pada banner Wakaf Al-Quran BookCafe 2019. (Seperti dalam gambar di bawah)

Sumber : Klik Di Sini

3. Pilih kuantiti Al-Quran yang mahu diwakafkan.

4. Klik pada butang beli "Add to Cart"

5. Klik pada "Checkout" untuk membuat bayaran.
6. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran.


"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
-Hadis Sohih-

Jom sama-sama kita berwakaf.. Semoga amal ibadah dan sedekah jariah anda di dunia ini akan diterima di sisi Allah S.W.T.. In Shaa Allah.. Ameen..

Info Berkaitan : 

3 ulasan:

  1. Bagus program wakaf Al Quran ni..pahala mengalir sepanjang zaman

    BalasPadam
  2. Silakan dicoba deposit hoki nya bosku^^
    Saat ini ada promo bonus deposit yah bosku
    Dengan minimal deposit 20ribu saja bosku sudah bisa mendapatkan bonus deposit yah bosku^^

    BalasPadam
  3. masya Allah... semoga di berkahi selalu... aamiin..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra