Sabtu, 5 Ogos 2017

Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS

with 20 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari Sabtu dan Ahad (29 dan 30 Julai 2017), saya berpeluang untuk mengikuti Program Be $MART anjuran CIMB Foundation yang diadakan di Dewan Syarahan Utama, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

Program Be $MART anjuran CIMB Foundation di PSIS
Bergambar kenangan bersama wakil dari CIMB Foundation, sebahagian peserta dan fasilitator Program Be $MART anjuran CIMB Foundation di PSIS

Bagi saya, program ni memang best... Tak rugi para peserta yang join program ni... Terutamanya kepada bakal-bakal graduan di IPT yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi dan seterusnya bakal menempuhi alam pekerjaan.

Selepas menamatkan pengajian samada di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah/Master/PHD dan sebagainya anda akan mula bekerja.

Bila dah bekerja, tentu anda akan dapat gaji.. Mungkin anda akan dapat gaji sikit, sederhana atau banyak bergantung kepada tahap kelayakan dan rezeki masing-masing.

TAPI... Yang penting sekali!! 

Anda perlu tahu cara nak menguruskan duit gaji anda dengan bijak.. kena ada perancangan mengurus wang dengan betul... Kena ada ilmu celik wang... kata orang kampung saya... ;)
Sebagai contoh, Abang Ensem. Walaupun gaji beliau semasa mula-mula bekerja tidaklah sebanyak mana, tetapi dengan ilmu pengurusan kewangan yang beliau miliki, beliau telah memulakan pelaburan hartanah. Tak kisah orang nak kata apa pun dengan kereta terpakai buatan Malaysia yang beliau miliki. Berkat kesabarannya, sehingga hari ini beliau telah berjaya memiliki 14 buah hartanah dan merupakan salah seorang ikon pelaburan hartanah berjaya di Malaysia.


Bagi saya, kejayaan Abang Ensem pada hari ni boleh dijadikan satu contoh kepada generasi muda untuk merencanakan masa hadapan bermula ketika mendapat gaji pertama lagi.. Sementara rekod kewangan masih lagi bersih, suci, dan murni. Belum tercalar dengan pelbagai komitemen kewangan, eloklah belajar cara mengurus wang dengan betul.. Bak kata orang-orang tua, biar bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.

Statistik : 53 rakyat Malaysia di isytiharkan Bankrup pada setiap hari


Sekiranya anda gagal menguruskan duit gaji dengan baik, gaji banyak macam mana sekalipun belum tentu cukup. Tapi, sekiranya anda dapat menguruskan gaji dengan baik, In Shaa Allah gaji sikit sekali pun boleh jadi cukup.

Malah dengan gaji yang ada, sekiranya kita bijak menguruskannya dengan baik akan dapat memberikan kesenangan kepada diri anda dan keluarga anda pada kemudian hari..  

Boleh lihat Statistik dalam gambar di bawah.. Inilah salah satu akibatnya sekiranya kita gagal menguruskan wang dengan baik..

Statistik : 53 rakyat Malaysia di isytiharkan Bankrup pada setiap hari kerana gagal menguruskan wang gaji dengan baik

53 rakyat Malaysia di isytiharkan Bankrup pada setiap hari. Seseorang boleh diisytiharkan Bankrup atau muflis apabila membuat pinjaman melebihi RM30,001 dan kemudian gagal membayar pinjaman tersebut.

Hasil survey yang telah dilakukan mendapati  84% rakyat Malaysia bankrup disebabkan gagal membayar pinjaman kereta, 10% disebabkan jadi penjamin kepada peminjam dan 5% lagi disebabkan oleh gagal membayar pinjaman Kad Kredit.

Jadi, peringatan untuk bakal graduan juga diri saya. Jangan terlalu ikutkan perasaan untuk membeli kereta baru atau kereta yang mempunyai harga di luar kemampuan kita. Terutamanya bagi mereka yang baru bmula bekerja dan belum confirm lagi boleh kekal bekerja di tempat sedia ada dalam tempoh yang lama. 

Kena beringat yer! sekiranya nasib tidak menyebelahi anda, bagaimana cara untuk membayar hutang pinjaman kereta pada setiap bulan?


Statistik : 84% rakyat Malaysia bankrup Disebabkan pinjaman kereta, 10% disebabkan jadi penjamin dan 5% disebabkan oleh Credit Card 


Disebabkan statistik-statistik di atas yang cukup membimbangkan, CIMB Foundation terpanggil untuk menganjurkan program berupa Khidmat Masyarakat (CSR) kepada golongan muda yang bakal menamatkan pengajian di IPT dengan menganjurkan program Be $MART. Dengan harapan supaya, melalui program ini dapat membantu golongan muda menguruskan wang mereka dengan baik, supaya dapat mengurangkan kadar Bankrup yang membabitkan golongan muda dan belia di Malaysia.

Segala maklumat yang disampaikan dalam program ini ada terkandung dalam buku Money Quotient tulisan Raymond Gabriel.

Alhamdulillah... Saya rasa bersyukur sebab dapat buku fizikal ini secara percuma semasa menghadiri program tersebut..


buku fizikal Money Quotient tulisan Raymond Gabriel

Berminat nak dapatkan buku ni secara Percuma?
Baca artikel ini sehingga habis.. Nanti saya kongsikan cara untuk mendapatkan buku ini (versi ebook) secara Percuma..

Belajar Urus Wang dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS - Bengkel 2 hari

Saya berasa kagum dengan pendekatan yang digunakan oleh fasilitator program ini, sehingga mampu menarik perhatian dan berjaya mengekalkan tumpuan para peserta sepanjang program ini berlangsung.

Setiap kali fasilitator bertanya soalan dihadapan, berebut-rebut para peserta mengangkat tangan untuk menjawab soalan demi soalan yang diajukan...



Bersemangat betul masing2 nak jawab soalan ;)

Kalau dekat kelas sebenar macam ni kan bagus... hehehe...
Lepas ni bolehlah tiru teknik yang digunakan oleh para fasilitator dalam program ini...

Caranya mudah sahaja iaitu dengan memberi ganjaran kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul...

Ganjaran yang disediakan berupa duit kertas (bukan duit betul) antara 10,000 - 20,000 berdasarkan kepada ketepatan soalan yang di jawab.
Siapa dapat jawab soalan dengan tepat dapat 20,000... Siapa yang dapat jawab soalan hampir tepat dapat 10,000..



Hebat para peserta ni.. Tahniah!!


Apa yang menyebabkan mereka bersemangat sangat nak menjawab soalan ni?

Dalam program ni aktiviti menjawab soalan umpama kerja yang di bayar upah/ganjaran. Lagi banyak ganjaran (wang) yang mereka dapat lagi bagus. Sebab mereka boleh gunakan duit tersebut untuk buat pelaburan dalam aktiviti-aktiviti yang seterusnya.

Di akhir kursus ini, kumpulan mana yang berjaya mengumpul nilai aset dan duit terbanyak akan memenangi wang tunai (sebenar) berjumlah RM100 seorang yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelaburan Private Retirement Scheme (PRS) masing-masing.

Nak tahu apa itu akaun pelaburan Private Retirement Scheme (PRS)?
Boleh google.. Atau pun boleh baca artikel ini sehingga habis.


Point 1 : Buffer dan Delayed Gratification


Buffer dan Delayed Gratification

Point pertama yang ditekankan oleh fasilitator kepada para peserta bila mereka dapat kerja nanti ialah dengan menyediakan Buffer (penampan) untuk keperluan 6 bulan. 

Sebelum tu terlebih dahulu, anda perlu mengenalpasti perbelanjaan anda dalam masa sebulan. Contoh, perbelanjaan anda dalam masa sebulan ialah RM1300. Seboleh-bolehnya segerakan untuk menyimpan wang sehingga 6 bulan daripada perbelanjaan bulanan tersebut.

Tujuan menyediakan Buffer adalah untuk Simpanan kecemasan. Sekiranya kita menghadapi masalah atau kesulitan di kemudian hari seperti sakit sehingga tidak lalu bekerja, kena diberhentikan kerja, kes kecemasan dan sebagainya, buffer ini lah yang akan digunakan untuk membantu kita sementara mendapat "bantuan" dari pihak-pihak lain.

Kemudian, kita juga perlu ada Delayed Gratification yang melibatkan 6 perkara iaitu:
  1. Lifestyle (Gaya hidup)
  2. Habit (Amalan/Tabiat)
  3. Savings (Simpanan)
  4. Capital (Modal)
  5. Investment (Pelaburan)
  6. Wealth (Senang)

  1. Lifestyle - Amalkan gaya hidup sederhana. Pakai kereta murah atau kereta terpakai. Elakkan membeli barang-barang berjenama mewah. Tidak makan di tempat-tempat mewah
  2. Habit - Elakkan Tabiat boros ketika berbelanja/ Berjimat cermat/ Berbelanja mana yang perlu sahaja
  3. Saving - Berusaha untuk membuat lebih banyak simpanan. Lagi banyak kita boleh berjimat lagi bagus, supaya kita boleh banyak menyimpan. 
  4. Capital - Dengan simpanan yang ada boleh gunakan untuk buat modal pelaburan atau perniagaan
  5. Investment - Laburkan modal yang ada ke beberapa cabang pelaburan seperti Hartanah, Saham, Unit Trust, Tabung Haji, emas dan sebagainya. Cuba pelbagaikan bidang pelaburan supaya kita tak jatuh terduduk sekiranya salah satu pelaburan mengalami kerugian.
  6. Wealth - Hidup akan jadi Senang sekiranya kita dapat amalkan 5 perkara di atas secara konsisten dan berterusan.
Kitaran dalam Delayed Gratification perlu diteruskan sepanjang masa untuk membantu kita membina kesenangan demi kesenangan pada kemudian hari.

Dalam delayed gratification kita disyorkan untuk menangguhkan terlebih dahulu pembelian sesuatu barang supaya kita tidak berhutang.

Sebagai contoh kita nak beli sebuah notebook dan sebuah televisyen. Katakan harga notebook RM2000 dan harga televisyen RM1000. 

Tangguhkan dulu pembelian kedua-kedua barang tersebut supaya kita tidak berhutang. Sebaliknya kita kumpul duit sedikit demi sedikit pada setiap bulan sehingga duit yang terkumpul mencukupi untuk membeli barang-barang tersebut.

Sebagai contoh kita kumpul RM300 sebulan. Cukup sepuluh bulan ada RM3000. Mencukupi untuk membeli kedua-dua barang tersebut.

Gunakan cara yang sama juga sekiranya kita nak beli smartphone, nak kahwin, beli beg tangan wanita (berjenama) dan sebagainya.

Aktiviti 2 : Goal Setting With Finantial IQ

Dalam aktiviti ini fasilitator membuat Survey terhadap semua peserta.
bagi saya, Servey yang simple tetapi sangat efektif.

Para peserta dikehendaki menulis nama dan menampal stick note yang dibekalkan kepada mereka pada poster-poster yang ditampal pada dinding berdasarkan kepada perbelanjaan yang telah mereka lakukan dalam tempoh 6 bulan ke belakang.

Ramai juga yang beli Handphone baru
Ini antara yang ramai peserta buat..
Make Up... Opppsss orang perempuan memang confirm dah ni...

kasut... kasut raya ni... hehehe
Dekat mana aku nak tampal ni? 
Fasilitator memberi ulasan terhadap corak perbelanjaan para peserta

Hasil survey mendapati, ramai dalam kalangan peserta cenderung membeli barang-barang keperluan yang lekas susut nilai. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa peserta yang telah mula membuat pelaburan dalam ASB, Insurance, Pelaburan Saham dan memiliki perniagaan. TAHNIAH! muda-muda lagi dah ada kesedaran untuk membuat pelaburan.

Inilah rumusannya... 

Perbelanjaan yang baik ialah sekiranya kita menggunakan wang untuk membeli rumah, saham, Unit Trust, Bangunkan Syarikat, Pelaburan, Insurance dan sebagainya.

Perbelanjaan yang tak baik... Boleh baca sendiri dalam slide di atas..

Bukan nak kata beli baju, kasut, make up, phones tu tak baik.. tapi nilainya akan susut sebaik sahaja kita membeli barang-barang tersebut... Itu yang dimaksudkan sebagai Trash.. bukannya sampah.. jangan salah faham yer..


PENGAGIHAN KUMPULAN UNTUK BERMAIN GAME-GAME YANG SETERUSNYA 

Selepas dah tahu cara menguruskan kewangan, para peserta diagihkan kepada 7 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta.

Aktiviti Berkumpulan

Kemudian, setiap kumpulan perlu lantik ketua kumpulan (leader), Bendahari (treasure) dan Auditor
Setiap peserta perlu menyerahkan duit yang mereka miliki kepada bendahari kumpulan masing-masing untuk dikumpulkan bagi membuat pelaburan dalam game-game yang seterusnya. 



Mereka berpeluang bermain dengan game-game pelaburan seperti:

Game Pelaburan Hartanah (rumah/bangunan)


Dengan Modal sebanyak $500,000 setiap kumpulan boleh membuat pelaburan untuk membeli mana-mana jenis rumah seperti berikut (Kalau tak cukup duit, boleh pinjam pada bank):
  • Rumah Flat berharga $60,000
  • Rumah Teres berharga $350,000
  • Kondominium berharga $????????
  • Rumah Banglo berharga $600,000
 


Scenario 1 (Selepas Setahun)
1) Penyewa Rumah Teres lari dari rumah selepas 5 bulan tak bayar sewa rumah
2) 
3)
4)
5)

Scenario 2 (Selepas 5 tahun) Ekonomi BOOM
1) Penyewa Rumah dapat bonus bayar terus sewa rumah selama 12 bulan
2) Harga rumah naik
3)
4)
5) 

Scenario 3 (Selepas 5 tahun) Ekonomi Down
1) 
2) Baik pulih kerosakan rumah sewa
3)
4)
5) Para peserta di beri peluang untuk menjual atau membeli hartanah daripada kumpulan-kumpulan lain

Rumusan : 
Semasa ekonomi sedang BOOM, penduduk yang sebelum ini tinggal di rumah Flat akan meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan tinggal di rumah Teres, manakala penduduk yang tinggal di rumah teres akan upgrade live mereka dengan tinggal di rumah yang lebih selesa
Semasa ekonomi DOWN, perkara yang sebaliknya pula berlaku di mana penduduk yang sebelum ini tinggal di rumah Mewah akan turunkan taraf kehidupan mereka dengan tinggal di rumah Teres, manakala penduduk yang tinggal di rumah teres akan tinggal di rumah flat.
Ada kebenarannya rumusan ini. Walaubagaimanapun, nak melabur dalam pelaburan hartanah kena ada sedikit ilmu seperti memilih lokasi hartanah, Harga Rumah, Kadar Sewa, Track Rekord pemaju (Sekiranya beli rumah Under Construction), prospek masa depan, faktor keselamatan dan lain-lain





Game Pelaburan hartanah (Tanah dan lot tanah)

Urusan jual beli tanah


Game Pelaburan Unit Trust

Pelaburan dalam Unit Trust

Game Pelaburan Saham

Dengan duit yang masih ada dalam simpanan peserta, mereka boleh membeli saham-saham berikut:

5 jenis saham yang boleh di beli oleh setiap kumpulan
Harga Asal setiap saham
Selepas setahun harga berubah. Ada saham yang memberi keuntungan kepada pelabur, ada yang rugi
Selepas 5 tahun ekonomi meningkat naik. Kesemua saham meningkat naik. 
Semua syarikat saham membayar dividen kepada pelabur kecuali saham Duper X Apps
5 tahun yang berikutnya ekonomi jatuh. Ada saham yang naik, ada yang turun

Hasilnya selepas 11 tahun berlalu..
Saham XY jatuh daripada harga asal $30,000/lot kepada $11,875. Untuk prestasi harga saham-saham lain selepas 11 tahun berlalu, boleh tengok dalam gambar di atas.

Rumusan:

Fasilitator mengajar kami sedikit ilmu tentang pelaburan saham. Antaranya:
  • Terma-terma yang digunakan dalam pelaburan saham seperti sector, 52-wk hi, 52-wk Lo, Shares, Close, +/-, PE, Day's hi, Day's Lo dan sebagainya.
  • Cara mengira PE Ratio
  • Analisis teknikal
  • Analisis fundamental

Cara Mengira PE Ratio
Perkaitan di antara EPS dan PE Ratio


Game Scams

Yang ni memang Scary.. Hahaha... Tersilap membuat pilihan menangis air mata darah pun tidak berguna lagi..

END Game

Game penentuan. 
Dalam Game ni melibatkan pelaburan berskala besar. 
Semua pelaburan yang pernah para peserta main dalam game-game sebelum ini dihimpunkan dalam satu game. Jadi, dalam game ni ada pelaburan hartanah, pelaburan saham, peluang untuk jual beli saham dan hartanah.


Tawaran Pelaburan yang cukup menarik. Tinggal berani atau tidak sahaja untuk mengambil peluang
Kalau tak cukup duit jangan risau, bankkan ada!
Cuma kena berhati-hati nak buat loan sebab Intereset tinggi. Berani atau tidak?

Waktu ekonomi tengah Boom ni. Ada ke yang berani nak beli atau jual aset?
Waktu ekonomi Down (Maaf tiada gambar)

Begitulah antara game-game pelaburan yang dimainkan oleh para peserta program ini.

Setiap game akan disusuli dengan rumusan oleh fasilitator dan juga info-info yang para peserta perlu tahu dalam setiap pelaburan yang ingin disertai. Contohnya tentang teknik-teknik pelaburan, masa bila nak beli, masa bila nak jual, Analisis teknikal, analisis fundamental, cara nak baca graf pelaburan, dan sebagainya. 



Wealth Multiplier Lifestyle, Budgetting & Tracking

cadangan agihan duit gaji mengikut pecahan-pecahan kecil berdasarkan komitmen bulanan masing-masing

Cadangan pengagihan pendapatan:
  • Wealth Multiplier 20%
  • Wealth Distribution 10%
  • Parents - 10%
  • Vacation (Enjoy like holiday, travel, tengok wayang, dll) - 5%
  • Saving - 15%
  • Necescities - 40%

Tidak semestinya anda perlu ikut 100% seperti yang dicadangkan di atas. Tetapi anda disyorkan supaya agihkan duit gaji anda mengikut pecahan-pecahan kecil berdasarkan komitmen masing-masing.

Cara kedua, anda boleh agihkan pendapatan anda kepada beberapa akaun.
Dalam contoh dibawah, duit gaji yang diterima diagihkan kepada 4 akaun bank. Setiap akaun untuk tujuan kegunaan tertentu.
4 akaun bank utk 4 keperluan utama

Inilah teknik yg diamalkan oleh Abang Ensem..
Buka 4 akaun bank untuk 4 keperluan utama...


Financial Plan
Buat perancangan kewangan bermula dari sekarang sehingga berumur 80 tahun

90% orang berada dalam kategori 1 dan 2..
Semakin ramai orang mula buka mata untuk berada dlm kategori 3 dan 4

Tips Sebelum membuat Pelaburan


Sebelum membuat pelaburan perlu ambil kira faktor 5 tips di atas.
Para peserta telah pun dapat merasai kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan dalam game-game pelaburan yang telah mereka sertai.
Semoga mereka dapat mempraktikkan pengalaman tersebut dalam kehidupan sebenar mereka nanti..

Keputusan Pemenang Keseluruhan:
Semua kumpulan perlu melangkapkan borang ini dan serahkan kepada fasilitator..
Fasilitator mengumumkan keputusan 

Jumlah harta yang telah dimiliki oleh setiap kumpulan selepas berakhirnya program ini:
  • Slumdog Millionaires -> $1,976,875
  • Banana FC -> $1,787,375
  • Jelita's -> $2,446,375
  • KIKO -> $5,875,250
  • Function -> $2,958,375
  • Henshin -> $2,004,375
  • Queens -> $5,273,125

Pemenangnya adalah kumpulan KIKO dengan jumlah harta yang mereka miliki (duit, saham, hartanah, dll) adalah sebanyak $5,875,250.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIKO.

Setiap ahli kumpulan KIKO mendapat hadiah berupa wang tunai berjumla RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun pelaburan Private Retirement Scheme (PRS)

Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIKO kerana berjaya menjadi pemenang Utama dalam pertandingan ini.

Apakah Private Retirement Scheme (PRS)

Private Retirement Scheme (PRS) secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. 

Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia.

Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.


Persamaan di antara PRS dan KWSPTujuan Persaraan : Kedua-dua PRS dan KWSP ditubuhkan dengan tujuan untuk menolong individu membina aset dan kewangan pada hari persaraan mereka


Bagi pencarum yang berumur 21 – 30 tahun, dengan caruman minimum sebanyak RM1000 dalam satu dana sahaja, pihak kerajaan akan memberi insentif caruman tambahan secara one off sahaja sebanyak RM1000, bermula pada Januari 2017. Dengan erti kata lain, anda carum RM1000, pihak kerajaan akan berikan RM1000 lagi sebagai hadiah kepada anda.

Dengan erti kata lain, anda labur RM1,000 anda dapat RM1,000 Extra daripada pihak Kerajaan.

So, dah faham apa itu PRS dan kelebihannya?
Kalau dah faham, lekas buka akaun pelaburan PRS secepat mungkin bagi yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah... Janji saya yang pertama tentang PRS dah pun selesai...
Sekarang janji saya yang kedua, iaitu ebook Money Quotient tulisan Raymond Gabriel secara Percuma...

Seperti yang saya janjikan, anda boleh mendapatkan ebook Money Quotient tulisan Raymond Gabriel secara Percuma. Caranya ada dalam gambar di bawah:

Ikut langkah-langkah yang diterangkan dalam gambar dia atas. Kalau anda malas nak taip link tu panjang-panjang, klik pada tulisan pertama dalam senarai rujukan di bawah

Sumber Rujukan: (Klik pada Tajuk-tajuk di bawah)

Gambar Kenangan:

Bergambar kenangan dengan Fasilitator dan sebahagian peserta

Bergambar kenangan dengan Fasilitator dan semua peserta

Bergambar kenangan dengan Fasilitator

Alhamdulillah...
Tamat sudah program Be $MART CIMB Founder yang telah berlangsung selama 2 hari di PSIS..

Terima kasih diucapkan kepada fasilitator-fasilitator bertauliah yg sangat sporting dan friendly dalam menyampaikan ilmu pengurusan kewangan kepada semua peserta..

Terima kasih juga diucapkan kepada CIMB Foundation kerana sudi menganjurkan program ini di tempat kami... 

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang untuk membantu generasi muda memahami ilmu pengurusan kewangan dengan betul...

#PSIS
#besmartcimb
#cimbfoundation


20 ulasan:

  1. Terbaik program ni..

    Kena pandai urus wang dengan betul.. lebih2 jiwa muda.. takut2 menyesal kemudian hari dengan hutang2 berlambak

    BalasPadam
  2. Angka statis 53 rakyat Malaysia bankrup setiap hari agak menggerunkan. Semoga dapat mempelajari teknk pengurusan wang yang betul sebagaimana pendedahan program CIMB ini.

    BalasPadam
  3. ada dua cara untuk mendapat keselesaan dalan bidang pengurusan kewangan..

    1.Pandai income
    2.Pandai belanja

    Bonus: ambik takaful

    hehehe

    BalasPadam
  4. Memang tak rugi belajar ilmu kewangan tu ! tahniah sebab rajin!

    BalasPadam
  5. Bagusnya program ni. Bantu kita untuk menguruskan kewangan dengan cara yang betul.

    BalasPadam
  6. Elok juga Ada ilmu sebegini

    BalasPadam
  7. Memang seronok belajar pasal kewangan ni..tapi bile nak mula praktikkan tu yang baru teras cabaran sebenarnye..

    BalasPadam
  8. bagus kelas camni, urus kewangan sesuatu yang crucial

    BalasPadam
  9. kelas macam memang bagus sangat.. peluan yang datang bukan banyak kali... betul pasal orang banyak gagal urus kewangan sebab pasal loan kereta.. saya pun hampir2 kecundang juga.macam2 kotmitmen nak kena bayar... tapi adalah sikit usaha untuk dapatkan duit lebih... kalau tak memang pening jerla ... kena banyak belajar lagi

    BalasPadam
  10. zaman sekarang sudah untung macam tuan anuar share macam mana urus wang zaman dulu kalau fikir panjang duit ptptn wat melabur ke takkan ramai yg akan berhutang RM30k ke atas dan bankrap huhu

    BalasPadam
  11. Apa yang penting perlu jujur dan disiplin dengan diri sendiri. Nak berjaya memang mudah tapi dengan syarat kita ikut semua langkah-langkah di atas ni dengan istiqamah

    BalasPadam
  12. Banyak input dan terbaik sekali pengalaman hadiri program macam ni, bagus untuk orang-orang muda macam kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak saya dah tak masuk...golongan tua hehehe

      Padam
  13. Bagus betul program ni.

    Sangat tepat, pengurusan kewangan sangat penting

    BalasPadam
  14. Bgaus juga program macam ni , kalau ada di Johor boleh la saya turut serta sekali

    BalasPadam
  15. Bagus program begini dibuat di institusi pendidikan tinggi.

    Pelajar mandapat pendedahan betapa pentingnya pengurusan gaji lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

    BalasPadam
  16. Program yang menarik & bagus sekali untuk pelajar ipt. Pengurusan kewangan sangat penting apabila sudah menempuh alam pekerjaan. Simpanan masa hadapan amat penting.

    BalasPadam
  17. risau dengan statistik rakyat malaysia yang bankrupt setiap hari..terima kasih atas info yang sangat detail ni

    BalasPadam
  18. Wow Macam Menarik jer program ini. Thanks ada sedikit sebanyak nampak gambaran pasal program ini.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra