Jumaat, 13 Jun 2014

Cuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor, Perak (Bahagian 1)

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada minggu lepas saya, isteri dan anak-anak berkesempatan bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga mertua ke Pulau Pangkor, Perak. 

Percutian kami pada kali ini dalam satu komuniti yang besar.. melibatkan 9 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Kami pergi ke Pulau Pangkor melalui Jeti Lumut.. Parking kereta yang dikenakan di kawasan Jeti tersebut ialah RM0.60/jam..  Dalam tempoh 24 jam, kena bayar kos parking kereta sekitar RM14.40... Kira oklah tu.. Sekurang-kurangnya ada kawasan tempat parking kereta yang agak selamat.. Cuma agak jauh nak berjalan kaki dari kawasan tempat parking kereta ke Jeti, Lumut..

Dalam banyak-banyak percutian kami sekeluarga.. Saya rasa inilah percutian paling menyeronokkan.. Sebab anak-anak gembira menikmati percutian.. Paling penting sekali mereka berada dalam keadaan sihat sepanjang perjalanan pergi dan balik dari bercuti... 


Haikal dan Adam begitu gembira sewaktu menjamu selera di Jeti Lumut


Baby Naila pun apa kurangya... ;)

Tambang menaiki feri ke Pulau Pangkor ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, untuk perjalanan pergi/balik dua hala.. Tempoh masa perjalanan Feri dari Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 1/2 jam perjalanan.. Anak-anak saya sangat teruja sepanjang berada di dalam feri.. ;)

Ayah mertua, Ibu Bertua, dan adik-adik ipar dalam Feri ke Pulau Pangkor

Jeti Pangkor

Sampai sahaja ke Jeti Pangkor, kami terus mencari kenderaan untuk membawa kami sekeluarga ke Teluk Nipah.. 

Dekat sini senang sahaja nak cari pengangkutan.. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pulau Pangkor, pasti ramai pengusaha teksi/kereta sewa akan menawarkan perkhidmatan mereka... Cuma tinggal pilih sahaja pengangkutan yang bersesuaian dengan perancangan percutian anda.. 

Berikut merupakan kadar Sewa Teksi/Van, Motorsikal, kereta dan Van di Pulau Pangkor:
  • Tambang 1 teksi/Van ke Pasir Bogak RM10.00 
  • Tambang 1 teksi/Van ke Teluk Nipah RM20.00
  • Harga sewa sebuah motorsikal RM30.00/hari
  • Harga sewa sebuah kereta RM80.00/hari
  • Harga sewa sebuah Van RM160/hari

Disebabkan kami datang ke Pulau Pangkor dalam satu kuantiti yang besar, jadi kami menyewa sebuah Van Nissan 12 penumpang (berwarna putih) dengan kadar sewa RM160 sehari.. Mula-mula rasa seronoklah dapat angkut satu keluarga naik Van... Tetapi apabila sampai dekat tempat penginapan kami, mula pening kepala nak cari parking... 



Antara pemandangan indah yang terdapat di Pulau Pangkor.

Gembira apabila melihat reaksi gembira terpancar di wajah Nenek Naila

Nenek dan Naila

Atuk Naila seperti biasa dengan hobinya yang gemar memancing ikan.. Ajak bercuti dekat mana pun tak kisah, janji boleh memancing ikan..  

Atuk Naila dengan hobinya yang gemar memancing ikan


Dalam percutian sebelum ini, saya berkesempatan menemani ayah mertua memancing ikan.. Tapi kali ni saya hanya berkesempatan menemani ayah mertua mencari umpan dan port untuk memancing.. Waktu ayah mertua saya memancing ikan, saya mempunyai agenda lain bersama anak-anak.. Mujur pula ada 2 orang adik ipar lelaki dan seorang menantu wanita (baru sahaja mendirikan rumah tangga) yang sudi menemani ayah mertua saya memancing ikan..


Teluk Nipah merupakan kawasan yang paling selesa ketika bercuti di Pulau Pangkor. Ini disebabkan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini. Kedai runcit, kedai makan, tempat sewa bot, kedai Survinior, Cyber Cafe semuanya ada.. Keluar dari tempat kediaman sahaja, semuanya telah menunggu di hadapan mata.. (Tapi kalau menginap di tempat yang agak jauh, kenalah menapak sedikit).. 

Antara deretan kedai yang terdapat di Teluk Nipah (Siang)

Antara deretan kedai yang terdapat di Teluk Nipah (malam)

Harga makanan dekat Pulau Pangkor ni tak mahal.. Tapi kena pandai survey, supaya dapat makan di kedai makan yang sedap, memberikan servis yang bagus dan harga berpatutan..




Saya, isteri dan anak-anak semasa menunggu makanan di salah sebuah kedai makan di Pulau Pangkor..

Tak sempat nak snap gambar makanan, sebab saya memangku Adam yang tidur keletihan dan kekenyangan akibat aktiviti yang kami lakukan di tempat penginapan kami.. 

Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati menikmati juadah makan malam di kedai makan tersebut... Dapat makan nasi berlaukkan Ikan Siakap, Tomyam Sea Food, kerabu sea Food, daging, sayur (dah lupa dah), air (kebanyakanya jus buah) untuk 9 orang dewasa pada harga RM108.00.. Harga lebih murah berbanding kami makan di sesetengah kawasan di sekitar ipoh.. ;)  


Baby Naila keletihan.. Tidur bersama Panguin..

Cukuplah dulu hasil tulisan saya untuk entri bahagian 1, Cuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor, Perak.. 

Sekiranya nak tahu di mana kami tinggal dan apa aktiviti yang saya lakukan bersama anak-anak semasa berada di Pulau Pangkor, jangan lupa untuk membaca kisah selanjutnya di bahagian 2 dan bahagian 3... In Shaa Allah, jumpa lagi di lain waktu.. ;)

5 ulasan:

  1. Anak-anak tak puas bercuti di Pulau Pangkor. .. huhuhu. .

    BalasPadam
  2. Macam best jugak Pulau Pangkor ni rupanya.. Masih belum berkesempatan lagi nak pergi , walaupun rumah mentua hanya di kawasan Manjung , Perak. haha

    BalasPadam
  3. Ohhh dah lama tak memancing ni..rasa rindu pulak..hehe

    BalasPadam
  4. Tambang van RM20 ke Teluk Nipah tu utk seorang atau satu van?

    BalasPadam
  5. Terima kasih Bro info saudara sangat berguna kepada sesiapa saja yang rasa rasa ingin bercuti ke P. Pangkor, termasuk saya. Kerana maklumat semacam ini lah sangat sangat berguna dan boleh membantu kepada orang lain yang ingin ke satu satu destinasi...TQ Bro

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra