Khamis, 31 Mei 2012

Keputusan Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada Hari Ahad hujung minggu yang lepas (27 Mei) saya menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam.. Ini merupakan Pertandingan Catur Terbuka pertama yang saya sertai setelah "bersara sebentar" pada tahun 2005.. Sebenarnya bukannya bersara pun.. Cuma tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan catur terbuka sebegini, setelah berkhidmat di Mukah Sarawak.. 

Pada kali ini syukur alhamdulillah.. Saya diberi kesempatan untuk menguji tahap kemampuan saya dalam pertandingan ini.. ;)

Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.. Seramai 250 orang peserta menyertai pertandingan ini.. Ini sememangnya lumrah dalam Pertandingan catur, dan begitu juga dengan pertandingan-pertandingan lain.. Bila Hadiah yang disediakan lumayan, memang ramai peserta yang akan menyertai pertandingan catur tersebut.. Nak tengok senarai hadiah boleh (klik di sini)  

Rabu, 30 Mei 2012

Malas Ke Sekolah

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni merupakan hari ketiga cuti pertengahan tahun.. Tentu adik-adik kita di luar sana bergembira kerana dapat bercuti sekolah selama 2 minggu... 


Bagi mereka yang tinggal di asrama, tentu seronok dapat luangkan masa bersama dengan mak, ayah dan adik beradik di rumah... Sesetengah tu pula, tentu seronok sebab dapat tidur lama-lama di waktu pagi.. Cuti-cuti juga dik.. Tapi sembahyang subuh jangan tinggal.. Lepas sembahyang subuh sebenarnya tak elok untuk tidur.. Tapi kalau dah ngantuk juga tu, tak dapatlah saya nak bantu..

Selasa, 29 Mei 2012

Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tiga hari lepas saya pergi ke pasaraya TF Batu Gajah.. Berhampiran dengan pintu masuk pasaraya TF tersebut terdapat satu kaunter yang menjual rumah..  Kaunter tersebut dijaga oleh dua orang amoi yang sibuk mempromosikan unit-unit perumahan baru yang sedang dijual pada ketika ini di sekitar Batu Gajah-Ipoh..

Sambil lalu di kawasan tersebut, saya juga turut berkesempatan mendengar maklumat yang disampaikan, sambil mendapatkan "Brochure" yang diedarkan.. Saya membawa pulang 2 "Brochure" untuk simpanan.. Manalah tahu, tiba-tiba ada ahli keluarga saya yang berminat untuk membeli rumah.. Atau ada kawan-kawan saya yang sedang mencari rumah di sekitar kawasan Ipoh dan batu Gajah..

Plat WWW 1 dimiliki oleh Sultan Johor

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan atau tekaan, tentang siapakah yang berjaya memiliki plat kenderaan paling mahal di Malaysia pada ketika ini iaitu WWW 1..

Plat kenderaan tersebut berjaya dimiliki oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan nilai bidaan disahkan tertinggi setakat ini iaitu RM520,000..

Sabtu, 26 Mei 2012

Tips Diet ke 61 hingga 65

with 3 comments
Bertemu lagi untuk tips diet yang seterusnya iaitu Tips diet yang ke 61 hingga 65.. Tips diet pada kali ini masih berkisarkan tentang aktiviti senaman dan pergerakan badan.. Selamat membaca..
Tip Diet ke 61.

Pilihlah gaya senanam yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda.

Setiap kita mempunyai gaya hidup dan pekerjaan yang berlainan, dan dengan itu tidak munasabah seandainya kita meniru secara terus apa yang dinyatakan dalam buku.

Cuba ikuti rutin senaman yang sesuai untuk anda.

Anda harus faham bahawa apa yang sangat penting berbanding dengan bersenam itu sendiri, ialah bagaimana kita boleh menjadikan ia sebagai satu amalan.

Antara Berita dan Iklan, mana yang lebih penting?

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ni saya menemani isteri pergi ke Pasar Batu Gajah untuk membeli bahan-bahan mentah untuk memasak Mee Udang.. Adik beradik isteri saya dah "menempah" mee Udang daripada isteri saya sejak semalam.. Sebaik sahaja kami sampai ke rumah ayah mertua saya di Pusing, Perak.. Sebagai driver tetap dan berpencen "anak pak mertua saya", saya setia menemani beliau walau ke mana jua beliau berada.. sayanglah katakan.. ;)

Setelah selesai aktiviti "membeli belah" kami singgah di kedai buah-buahan.. Di kedai tersebut turut menjual surat khabar.. Saya tertarik dengan paparan muka hadapan surat khabar Berita Harian dan Harian Metro pada hari ini.. Mungkin pertama kali dalah sejarah agaknya.. Kedua-dua paparan Muka Hadapan dan belakang akhbar tersebut dihasi penuh dengan iklan Courts "Mega Raya Deals"..

Muka surat Hadapan Berita Harian dan Harian Metro

Jumaat, 25 Mei 2012

RM64 juta dibelanja untuk Bida Nombor Plat WWW

with 0 Comment
Dahsyat betul penangan nombor plat knderaan untuk siri WWW ni.. Sehingga kini nilai bidaan keseluruhan yang diterima untuk nombor pendaftaran siri WWW adalah sebanyak RM64,225,838.51.. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha "Daripada jumlah  tersebut sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.  

Terima kasih Denaihati (Blogger terkenal) kerana sudi meninggalkan komen

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih saya ucapkan kepada DenaiHati kerana sudi berkunjung blog coretan anuar dan seterusnya meninggalkan beberapa komen di blog ini..

Rasa terharu juga bila ada blogger popular sudi menjenguk ke blog saya yang tidak seberapa ni.. kalau sekali-sekala singgah tu biasalah.. Mungkin tersinggah disebabkan saya menulis komen di blog beliau.. 

Tapi bila dah beberapa kali singgah tu, rasa syukur sangat-sangat.. syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang diberikan.. sehingga memberikan kesempatan kepada saya mewujudkan blog ini.. dan diberi kesempatan masa kepada saya untuk menulis..

Untuk makluman anda semua.. Blog DenaiHati  merupakan antara blog yang paling pemurah di Malaysia.. Setiap masa ada sahaja insentif tunai disediakan kepada para pengunjung blog terkenal ni.. Trade Mark yang digunakan oleh blog ini iaitu "Hidup Untuk Memberi" sememangnya besesuaian dengan tahap "kepemurahan hati blog ini"..

 Banner

Setakat ini,  DenaiHati  telah menulis 4 komen di blog  coretan anuar  ..Komen terkini yang ditinggalkan oleh  DenaiHati  pada 24 Mei 2012 pada artikel berikut:

Khamis, 24 Mei 2012

Anuar bercerita tentang Politik di Malaysia..

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang kakitangan kerajaan sememangnya saya mengambil sikap berkecuali untuk bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan politik ni.. Sebagai seorang blogger pula, saya tidak mahu memaparkan isu-isu politik untuk mempopularkan blog saya.. Tak ada faedahnya.. 

Biarlah blog saya ni biasa-biasa sahaja.. Tidak sepopular blog papagomo yang terlalu ekstrem bercerita tentang keaiban ahli-ahli politik.. Atau blog beautifulnara yang banyak mendedahkan gambar-gambar dan gosip-gosip artis.. Kalau saya buat cerita-cerita sensasi macam blog-blog tersebut, memang boleh dapat populariti.. Boleh dapat banyak trafik.. Lebih-lebih lagi dekat pilihan raya ke 13 ni.. Semua rakyat Malaysia sibuk nak baca cerita yang ada kena mengena dengan politik.. 

Kebanyakan berita yang terpapar di media massa seperti Televisyen dan Surat khabar semuanya menceritakan tentang politik.. Semua parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia..

Sumber : Kuasa PRU13

Haikal sedih tak dapat hadiah semasa menyertai Pertandingan mewarna..

with 1 comment
Sempena Pesta Konvo PSIS ke 7 baru-baru ini, anak saya yang pertama Haikal turut menyertai pertandingan mewarna yang diadakan.. Haikal ni takdelah pandai sangat mewarna.. Belum sempat lagi nak berguru dengan ibu beliau "Cikgu Suzana".. ;)

Kalau nak harapkan ayah Haikal yang ajar, lagi tak berkesan.. Sebab level kemahiran mewarna ayah Haikal terlalu tinggi rendah.. Kalau saya masuk pertandingan mewarna dengan budak sekolah rendah pun belum tentu boleh menang.. hehehe ;)

Rabu, 23 Mei 2012

Kata-kata Nasihat untuk kita semua..

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang pekerja ada kalanya kita rasa seakan kurang selesa sewaktu berada di tempat kerja.. Kadang tu kita rasa tertekan.. Kadang tu kita rasa terlalu gembira.. dan adakalanya kita juga rasa kebosanan..

Bagi pendapat saya.. itu merupakan satu lumrah biasa yang dihadapai oleh orang-orang biasa seperti kita ini.. Untuk menstabilkan kembali mood atau emosi kita ditempat kerja, adakalanya kita memerlukan kata-kata motivasi/nasihat daripada orang-orang yang berpengaruh seperti pakar motivasi, bos kita, emak ayah kita, orang yang kita hormati dan sebagainya..

Tips Diet yang ke 56-60 (Berdiet setiap Hari untuk mengurangkan berat badan)

with 0 Comment
Bagaimana dengan tips diet setiap hari yang saya kongsikan sebelum ini?? Sudahkan anda membaca dan mengamalkannya?? Tiada kesempatan untuk membaca??


Tak apa slow-slow.. Hari ni baca sikit dan amalkan.. esok baca sikit lagi dan amalkan.. Sehingga habis membaca kesemua tips Diet yang saya kongsikan di blog ini.. 


Jadi sekarang ini kita bersambung dengan tips diet yang seterusnya iaitu Tips Diet ke 56-60.. Selamat berdiet..


Tip Diet ke 56.

Lakukan senaman luar rumah sejauh mungkin.

Ada dua kelebihan melakukan aktiviti di luar.

Pertama, ia akan membolehkan badan anda mendapatkan banyak udara segar dan cahaya matahari.

Kedua, keadaan sekeliling akan membolehkan anda berasa lega dan lapang daripada rasa terkongkong sepanjang hari.


Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi ni sebaik sahaja masuk office tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada orang yang tak saya kenali.. Suspen juga bila tiba-tiba dapat panggilan macam ni..

Setelah bernafas sebanyak 3 kali, sambil berzikir.. Saya pun menjawab panggilan telefon tersebut.. Fuhh lega.. nasib baik bukan egen penjual insuran, atau promoter kad kredit..  Kalau tak pening kepala saya dibuatnya..

Panggilan yang saya terima pada pagi ini datangnya daripada Encik Hashim, staf dari PPD Sabak Bernam.. Beliau ingin mengajak warga PSIS untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Daerah Sabak Bernam.. Beliau meminta saya mewar-warkan maklumat tersebut kepada seluruh warga PSIS..


Selama ini saya tidak tahu pula ada Persatuan Catur dekat daerah Sabak Bernam ni.. Lepas ni boleh lah buat hubungan kerjasama dengan persatuan ini.. Terutamanya dalam merealisasikan impian saya untuk menganjurkan kejohanan catur terbuka PSIS.. ;)


Hadiah yang disediakan untuk pertandingan catur ini memang lumayan.. Rugi kalau tak join.. Lebih-lebih lagi bila pemain dari sabak Bernam boleh menyertai pertandingan ini secara percuma.. Kalau tak kena bayar RM25.00..


[Sabak%2520Bernam%2520Fest2012%255B3%255D.jpg]


Berikut merupakan senarai hadiah yang disediakan:

Memancing Udang Galah di Sabak Bernam

with 0 Comment
Baru-baru ini saya bawa ayah mertua saya memancing udang galah di kolam pancing udang, Sabak Bernam.. Seronok juga suasana di sana.. Boleh tenangkan fikiran tengok gelagat kaki-kaki pancing yang terus bersabar menanti hasil tangkapan mereka.. 

Anak kedua saya Adam cukup suka mengikut atuknya memancing.. Tak kisahle pancing ikan ataupun udang.. Dia mesti nak ikut..



Selasa, 22 Mei 2012

Misi Ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. untuk "membantu negara mencapai sasaran 26,000 judul buku setahun"

with 1 comment

Syukur Alhamdulillah..
baru sahaja selesai menyiapkan dan menghantar kertas kerja ke pejabat Timb. Pengarah Akademik (TPA) PSIS.. Fuh!! Lega betul rasa hati.. ;)
Isi kandungan kertas kerja tersebut adalah untuk mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.. Sekarang ni kertas kerja dan surat permohonan dah siap..  Tengah tunggu dapatkan "green light" daripada TPA dulu.. 
Pihak Karangkraf saya dah roger awal-awal lagi.. 3 minggu lepas saya dah hantar surat permohonan melalui email.. walaupun surat tersebut belum ditandatangani oleh TPA.. Bukan selalu saya buat  kerja macam ini.. Lagipun niat saya baik.. Saya cuma nak maklumkan kepada Unit lawatan karangkraf, tentang hajat kami yang ingin mengunjungi premis mereka..

3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 20 Mei 2012 (Ahad) memaparkan 3.3 juta peluang kerja disediakan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Syukur Alhamdulillah.. Diharapkan bilangan rakyat Malaysia yang menganggur akan berkurangan dari masa ke semasa dengan pertambahan peluang pekerjaan ini..

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang kerja tersebut terdapat dalam 12 sektor baru yang kini menjadi pemangkin utama ekonomi negara. Sektor minyak dan gas adalah bidang yang utama selain sektor pembinaan, pendidikan, perkilangan, pelancongan, perubatan, pertanian dan sebagainya.

Sumber : PEMANDU

Amalan Sunat Bulan Rejab

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni dah masuk Bulan Rejab.. Ini bermaksud tinggal lagi 2 bulan sebelum kita menempuhi Bulan Ramadhan yang penuh dengan dugaan.. Kepada mereka yang ingin menambahkan pahala dengan melakukan Ibadah, kita boleh bermula pada bulan Rejab, kemudian diikuti Bulan Syaaban dan Ramadhan.. Ketiga-tiga bulan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..

Sempena berada di Bulan Rejab ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa, amal

Isnin, 21 Mei 2012

Kelemahan pelaburan emas dan perak FIZIKAL

with 7 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini ramai orang sibuk memperkatakan tentang pelaburan emas dan Perak.. Disebabkan emas dan perak merupakan pelaburan yang berpotensi tinggi, dengan pulangan sehingga 50% berdasarkan statistik 5 tahun kebelakangan ini.. jadi ramai rakan-rakan saya yang telah menjadi egen bagi syarikat yang ada menjual emas dan Perak.. ;)

Ahad, 20 Mei 2012

3000 Naskah Akhbar Utusan/Mingguan Malaysia diberikan secara percuma di PSIS

with 2 comments
Sempena Majlis Konvokesyen ke 7 PSIS, para pengunjung boleh mendapatkan akhbar  Utusan Malaysia pada 19 Mei (Sabtu) dan Akhbar Mingguan Malaysia  pada 20 Mei (Ahad) secara Percuma.. 

Syukur Alhamdulillah.. Boleh dapat akhbar secara percuma..Jimat duit poket saya sebanyak RM3.50, untuk dua hari tersebut.. Kalau selalu dapat peluang macam ni kan bagus ;)

Blogger dan Model terkenal dapat anugerah naib Canselor

with 2 comments
Tahniah diucapkan kepada blogger dan model terkenal, Hanis Zalikha Zainal Abidin kerana berjaya menerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen UiTM ke-76 semalam..


Sabtu, 19 Mei 2012

Kejuaraan Berganda Buat Hafiz setelah berjaya menjadi juara MANIA..

with 3 comments

Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu??

Itulah rezeki Hafiz AF7  setelah berjaya memenangi MANIA.. sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000..


Murah rezeki hafiz AF7 ni.. RM500,000 bukan sedikit nilainya.. Setengah juta tu.. 

Kelantan Julang Piala FA setelah berjaya mengalahkan Sime Darby 1-0

with 1 comment
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjulang Piala FA 2012 setelah berjaya mengalahkan Sime Darby FC dengan jaringan kemenangan 1-0

Sumber : Utusan

Gol tunggal perlawananan dijaringkan oleh Mohd Ghaadar pada minit ke 58 menerusi

Tips Diet Yang ke 51-55 (101 Tips Diet Setiap hari)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bagaimana keadaan anda pada hari ini? Saya harap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera... Adakah anda telah membaca mengikuti 50 tips diet yang telah saya kongsikan sebelum ini? Kalau belum, anda boleh membaca kesemuanya, tanpa tertinggal walau satu tips pun..

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang terus setia mengikuti kesemua tips diet yang saya kongsikan di blog ini.. Harap anda boleh terus membaca tips yang berikutnya sehingga lengkap 101 tips kesemuanya.. Insya Allah..

Pada kali ini saya ingin kongsikan tips diet yang seterusnya, iaitu tips yang ke 51 hingga 55.. Selamat membaca..

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadiri karnival kerjaya dan temuduga kerja?

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada 1,564 graduan Politeknik SUltan Idris Shah (PSIS) yang bakal menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mei (Hari ini dan Esok)..

Sempena pesta konvokesyen tersebut, PSIS menaja 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan 1,000 naskhah Mingguan Malaysia untuk diedarkan kepada para tetamu dan graduan. Jadi, jom beramai-ramai kita memeriahkan sambutan majlis Konvokesyen PSIS, sambil mendapatkan naskah akhbar percuma yang disediakan..

Setelah menamatkan pengajian, kini tibalah fasa baru dalam kehidupan graduan iaitu mencari perkajaan atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. .. Saya percaya sebahagian besar daripada graduan akan menyambung pengajian.. Walaubagaimanapun, objektif utama kita menyambung pengajian adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.. Senang cerita, belajar setinggi manapun.. kesudahannya untuk mendapatkan pekerjaan.. 

Mempunyai pekerjaan yang stabil adalah impian bagi setiap individu. Melalui pekerjaan yang stabil dengan gaji yang berpatutan lumayan, akan dapat memberi kehidupan yang

Jumaat, 18 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” (Tips ke 46 hingga 50 )

with 0 Comment
Bertemu lagi pada kali ini untuk perkongsian 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg.. Saya memohon maaf sebab tertinggal satu hari (semalam) untuk memberikan tips yang berikutnya.. Jadi pada entri ini saya kongsikan Tips yang ke 46-50..

   Tip Diet ke  46.

Rebus sayur-sayuran berbanding dengan memasaknya, atau adalah lebih baik lagi jika anda dapat memakannya dalam keadaan segar.



Walau bagaimanapun jika anda tidak suka makan sayur tanpa dimasak, cuba stimkannya tanpa menambah apa-apa bahan lain.

Khamis, 17 Mei 2012

Jom Beramai-ramai Memeriahkan Pesta Konvo PSIS 2012..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya menjemput rakan-rakan pembaca blog coretan anuar untuk mengunjungi Pesta Konvo PSIS 2012.. yang akan diadakan selama 4 hari bermula pada 17 Mei sehingga 20 Mei 2012..



Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan sepanjang Pesta Konvo tersebut, seperti:

Hasil Tulisan Blog Kereta Mayat kini dibukukan

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada kali ini saya nak berkongsi cerita tentang sebuah buku yang baru diterbitkan.. Dan sedang hangat dipasaran pada ketika ini, berjudul Permata Yang Hilang kini dijumpai..

Buku ini mengandungi himpunan hasil tulisan blog Kereta Mayat.. Disebabkan hasil penulisan blog beliau yang menarik, ada penerbit yang berminat untuk menghimpunkan hasil penulisan beliau ke dalam sebuah buku.. Murah rezeki penulis blog ini..  Kalau anda belum pernah melawat blog Kereta Mayat, saya cadangkan anda lawat blog tersebut..

Blog ini antara blog yang popular di Malaysia.. Walaupun penulis blog ini (Hamka) bukan seorang ustaz, ulama, mufti, kiai atau ahli fatwa kebangsaan.. Tetapi beliau menulis

Graduat atau Graduan? mana satu perkataan yang betul..

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 19 dan 20 Mei 2012 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 7.. Bagi staf yang terlibat secara langsung dengan majlis konvokesyen tersebut, agak sibuk jugalah pada ketika ini.. 

Nasib baik saya jadi AJK biasa sahaja.. Kurang sibuklah pada ketika ini.. Perkhdimatan saya hanya betul-betul diperlukan pada hari kejadian iaitu pada 19 dan 20 Mei nanti.. ;)

Kebetulan pula pada ketika ini musim cuti semester untuk pelajar politeknik.. Jadi masa dekat office kebanyakan pensyarah akan menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan semasa sesi perkuliahan berjalan.. Biasanya pada waktu macam ini saya terlibat dengan urusan finishing school untuk program kebolehpasaran graduan politeknik..

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru..

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hampir terlupa saya, bahawa hari ni (16 Mei) merupakan Hari Guru.. Setelah mendapat SMS daripada seorang (mungkin bekas pelajar saya), baru saya terperasan bahawa hari ni merupakan hari guru.. Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi menghantar SMS kepada saya.. dan juga yang sudi menghantar mesej kepada saya di Facebook..


Di antara banyak-banyak SMS dan mesej yang saya terima, satu SMS yang paling saya

Selasa, 15 Mei 2012

Pesta Konvo PSIS : Pertandingan Tarik Tali

with 0 Comment

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI

UNDANG - UNDANG PERMAINAN

·         Peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa pertandingan.
·     Peserta-peserta yang berdaftar di dalam borang penyertaa

Pesta Konvo PSIS : Pertandingan Nasyid

with 0 Comment


PERATURAN PERTANDINGAN NASYID

UNDANG-UNDANG PENYERTAAN

  • Setiap penyertaan peserta terdiri daripada secara individu (solo) atau pasukan.
  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.

Pesta Konvokesyen PSIS : Pertandingan Mewarna kanak-kanak

with 0 Comment


PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
SEMPENA KONVOKESYEN KE-7 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
SELANGOR


PERATURAN
  • Penyertaan pertandingan adalah PERCUMA.
  • Peserta dikehendaki mewarna lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur dan peserta digalakkan melengkapkan lukisan tersebut mengikut daya kreaviti masing-masing.

Pesta Konvo PSIS : Cabaran Jorak @ Tasik PSIS

with 0 Comment


PERATURAN JORAN TASIK PSIS CHALLENGE

UNDANG - UNDANG / SYARAT

  • Terbuka kepada warga PSIS dan masyarakat persekitaran.
  • Peserta perlu daftar di meja urusetia dalam masa 1 jam sebel

Pesta Konvo PSIS : Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah

with 0 Comment


PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH


UNDANG - UNDANG PERMAINAN
Sekurang-kurang lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama didalam borang yang akan disediakan oleh Urusetia.

Pesta Konvo PSIS 2012 : Pertandingan Soccer Kids

with 0 Comment


PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH


UNDANG - UNDANG PERMAINAN
Sekurang-kurang lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama didalam borang yang akan disediakan oleh Urusetia.

101 Tips Diet Setiap hari (Tips yang ke 41 hingga 45)

with 0 Comment




Tip diet ke 41.

Jaga pengambilan terhadap makanan berlemak.

Setiap gram lemak mengandungi 9 kalori. Jadi, dengan membaca kandungan kalori yang

Anuar Bercerita Tentang Bola Sepak

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila sebut pasal bola sepak, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan.. Tak kiralah pakcik  atau makcik, lelaki atau perempuan, bos atau kuli.. semua orang boleh bercerita pasal bola sepak.. walaupun ada yang tidak pernah bermain bola sepak..


Kerana sebiji bola bulat, menjadi tumpuan 22 pemain di atas padang.. Semua orang bersorak menyokong pasukan masing-masing.. Jutaan peminat menyukainya.. Maka berjuta cerita terhasil disebalik kewujudannya.. 




Orang lelaki kalau bercerita pasal bola sepak, takkan ada kesudahannya.. Ada sahaja cerita yang akan keluar daripada mulut mereka.. Mereka boleh bercerita tentang pengurus

Isnin, 14 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 36-40)

with 1 comment
Tip diet yang seterusnya adalah Tip ke 36 hingga tip ke 40.. Selamat membaca..



Tip Diet ke 36.

Roti yang mengandungi fiber yang tinggi adalah lebih baik berbanding roti putih.

Adakah anda masih ingat bagaimana saya memberitahu cara untuk meningkatkan kandungan

Keputusan DiGi WWWOW Awards untuk kategori Blogger Of The Year..

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tempoh Undian untuk Digi WWWOW Awards telah pun berakhir semalam.. Pagi ni semasa sedang melayari internet, sempatlah tengok senarai top 50 untuk kategori Blogger Of The Years.. Saya meminati kategori ini sebabnya... blog coretan anuar juga turut tersenarai dalam kategori tersebut.. ;)

Jadi saya pun turut berkempen di facebook untuk mendapatkan undian.. Ingat senang ke nak dapatkan undian.. Dalam 1000 orang yang saya kempen, tak sampai separuh pun yang mengundi.. huhuhu.. 

Tapi ianya memberi satu pengalaman yang sangat berharga buat diri saya.. dan juga blog saya.. ;)

Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengundi blog  coretan anuar ..

 

Dan juga blog Discount Hari2 (untuk kategori Most Promissing Webpreneur Of The Years)..



Semoga tuhan sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik anda semua.. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana sudi mengundi saya... 

Walaubagaimanapun menang kalah adat pertandingan.. Lagi pun blog  coretan anuar  terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan blog-blog popular yang lain.. Kebanyakan blog-blog

Tips menghilangkan Perasaan Malu Untuk Berniaga..

with 2 comments
Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tips untuk menghilangkan perasaan malu untuk berniaga.. Dengan tips yang saya kongsikan ini diharap dapat "mengubati" penyakit malu tersebut..

Seperti yang kita semua sedia maklum 9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.. Disebabkan itu Rasululullah s.a.w sendiri turut menjalankan perniagaan sebagai sumber rezeki.. Jadi berniaga merupakan satu jenis pekerjaan yang sangat baik.. Dan ianya sangat digalakkan..

Tapi tidak semua orang mampu berniaga.. Ini kerana terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum mula berniaga.. Antara persediaan paling penting untuk memulakan perniagaan adalah pengetahuan dan modal..

Nak memulakan perniagaan kita perlu tabah dan sabar.. Macam-macam perkara yang

Ahad, 13 Mei 2012

Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 31-35)

with 1 comment
Bila kita sebut tentang Diet, kita tentu menggambarkan kita perlu mengikat perut untuk menahan makan, mengurangkan makan, berpuasa dan sebagainya.. Sehingga ada yang sanggup tidak makan nasi seharian, semata-mata untuk berdiet bagi cepat kurus.. 

Sebenarnya cara berdiet sebegitu adalah salah.. Dalam kehidupan kita seharian, kita memerlukan makanan untuk hidup.. Dan bukan hidup untuk makan.. Walaupun berdiet, kita tetap perlu mendapat makanan yang seimbang.. Cuma kuantitinya perlu dikurangkan.. Kalau sebelum ini kita makan nasi 5 kali sehari.. Cuba kurangkan pengambilan makanan, mungkin menjadi tiga atau dua kali sehari..

Jadi 5 tips diet yang saya kongsikan pada kali ini berkisarkan kepada pengambilan makanan yang seimbang..



Tip yang ke 31.

Penjagaan Leher Tidak Kurang Pentingnya..

with 0 Comment
Kaum wanita merupakan insan yang begitu istimewa.. Setelah berkahwin dengan isteri saya barulah saya dapat memahami jiwa seorang wanita.. Mereka begitu teliti dalam menjaga penampilan, kesihatan dan kecantikan..

Bagi pendapat wanita, selain kulit wajah, rambut, mata, penjagaan leher juga tidak kurang pentingnya. Leher yang bersih, sihat dan terjaga akan memberi kecantikan ekstra kepada seseorang wanita; apatah lagi apabila mengenakan blaus tanpa kolar atau mengenakan rantai mutiara yang indah...

Gaya Pakaian tersebut sesuai untuk kaum wanita  bukan muslim sahaja.. Sekiranya kaum wanita muslim berkenan untuk bergaya sedemikian rupa (mendedahkan leher) ada batasnya..

Mungkin sesuai untuk kerja pejabat di rumah atau sekiranya rakan-rakan di tempat bekerja anda semuanya  kaum wanita.

Penampilan diri dan penjagaan kecantikan tetap diperlukankan bagi kaum wanita muslimah.. Walaubagaimanapun batasan aurat tetap perlu dipelihara...


Sebenarnya penjagaan leher tidak banyak bezanya dengan penjagaan kulit wajah kerana kulit bahagian tubuh ini mempunyai ciri yang sama. Walau bagaimanapun bahagian leher

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 26-30)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi untuk perkongsian tips diet yang seterusnya iaitu tips yang ke 26-30.. Walaupun tips yang diberikan agak sedikit, tetapi ianya bermanfaat kepada anda untuk terus berdiet bagi mengurangkan berat badan.. Dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesihatan..

Tip ke 26.

Jangan makan lebih daripada satu biji telur sehari.

Sabtu, 12 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 21-25)

with 2 comments
Bertemu lagi pada kali ini untuk perkongsian info 101 Tips Diet “Setiap hari” untuk menghilangkan 5 kg.. Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi 5 tips pada setiap artikel/setiap hari.. Jadi pada kali ini, saya akan konbgsikan 5 Tips diet seterusnya (tips 21-25) untuk mengurangkan berat badan.. Semoga kesemua tip yang tidak seberapa yang dikongsikan pada kali ini bermanfaat kepada anda..



Tip ke 21.

Kira kandungan kalori apabila anda makan.

Ia adalah satu idea yang baik untuk mengetahui kandungan kalori bagi kebanyakan makanan.

Strategi Pemasaran Yang Efektif Sepanjang Zaman

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Bertemu lagi pada kali ini untuk membincangkan ilmu pemasaran dalam perniagaan.. Sebenarnya saya dalam proses mempelajari ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk mengajar kursus keusahawanan pada semester hadapan.. Insya Allah jika diizinkan tuhan.. 

Jadi, sambil saya membaca, saya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang saya pelajari melalui penulisan blog.. Dengan cara ini, memudahkan saya untuk memahami perkara yang saya pelajari dan dalam masa yang sama dapat berkongsi informasi dengan para pembaca blog saya..

Artikel sebelum ini kita ada membincangkan kepentingan penjenamaan perniagaan kita sebagai salah satu faktor penyumbang kepada pemasaran.. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsikan tentang beberapa strategi yang berkesan dalam pemasaran, walaupun masa terus silih berganti.

Cari Mereka Yang Memerlukan Anda

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 16-20)

with 2 comments
Pada kali ini saya kongsikan tips diet yang ke 16 hingga ke 20.. Semoga info ini dapat membantu anda untuk berdiet dengan betul.. dan dalam keadaan yang sihat dan selamat.. 





Tips ke 16.

Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran

with 2 comments
Sebelum ini kita telah membincangkan tentang mitos – mitos yang popular dalam pemasaran. Sekarang, mari kita lihat apakah aspek yang paling penting sebagai faktor penyumbang di dalam pemasaran.

Jenamakan Diri Anda Sebagai Pakar

Penjenamaan adalah sangat – sangat penting. Hari ini, rata – rata pengguna bijak memilih dan hanya yang terbaik akan menjadi pilihan. Sekarang, anda mungkin tidak memiliki produk yang terbaik di dunia, dan belum lagi menempatkan diri anda sebagai yang terbaik dalam strategi pemasaran.


Apakah yang membezakan diri anda dengan yang lain? Untuk berjaya dalam mana – mana

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 11-15)

with 1 comment
Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan 5 lagi tips diet untuk mengurangkan berat badan. Teknik yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan memahami keperluan pemakanan kepada kita seperti yang digambarkan dalam piramid makanan.


Terdapat 4 paras yang berbeza dalam piramid makanan iaitu:

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 6-10)

with 0 Comment
Ok sekarang kita akan bersambung lagi dengan 5 tips yang seterusnya dalam 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg..


Tips ke 6.

Cuba masukkan diet anda dengan makanan yang mengandungi banyak air seperti tomato dan juga labu air.

Mitos Tentang Teknik Pemasaran Yang Popular

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi info tentang beberapa mitos mengenai tenkik pemasaran yang popular.. Info ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya yang sentiasa cuba untuk mengkaji dan mempelbagaikan teknik pemasaran..


Kononnya kalau kita buat begitu dan begini, kita melakukan teknik pemasaran yang efektif dan betul.. Tapi setelah kita melakukannya kita mendapati hasil usaha kita tidak mendatangkan hasil seperti yang dijangkakan. Ini bermaksud ada kelemahan atau kesilapan dari segi teknik pemasaran yang kita lakukan.. 

101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 1-5)

with 0 Comment

Minum air dengan kerap dapat menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat 

Tips 1.

Minumlah banyak air. Badan kita memerlukan banyak air.

Air bukan sahaja akan bertindak untuk menyingkirkan toksin dari badan tetapi jika kandungan air banyak dalam badan anda, secara umumnya anda akan berasa lebih segar dan sihat.

Apa yang baik tentang air ialah ia tidak mengandungi kalori.

Tips 2.

Jumaat, 11 Mei 2012

Karya Seni si Pujaan Hati... (Tips mengelakkan diri daripada mengantuk)

with 1 comment
Entri ini ditujukan khas buat isteri saya yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati...

Selain pandai memasak, isteri saya juga pandai menghasilkan karya seni tertutamanya di saat-saat beliau mencari ilham sewaktu berada di dalam mesyuarat, perjumpaan atau perhimpunan... 

Keikhlasan niat beliau untuk mengelakkan diri daripada pengantuk, telah memberi ilham demi ilham kepada

Harga emas terus jatuh. Masa terbaik untuk membeli emas

with 4 comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Cuba kita lihat banner di bawah.. Menarik betul tawaran yang diberikan.. Beli 20 gram goldbar percuma 10 gram silver.. Bukan senang nak dapat tawaran sehebat ini.. Sudah tentu tawaran ini mempunyai tempoh masa tertentu.. Jadi sudi-sudilah melawat blog jual beli emas milik sahabat saya, untuk memastikan samada tawaran tersebut masih dibuka atau tidak.. 





Pada hari ini, harga emas terus menurun disebabkan tekanan mata wang dolar yang kukuh kesan daripada pilihanraya Perancis dan Greece. Aktiviti pembelian emas fizikal
Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra