Sabtu, 23 April 2011

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Bah.2 (Pendaftaran Peserta)

with 27 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersyukur saya ke hadrat illahi.. Akhirnya berkesempatan juga untuk menulis entri terbaru di blog coretan anuar.. Sebelum ni tak sempat nak tulis.. sebab sibuk baca blog orang lain, setting blog coretan anuar dan sibuk baca komen rakan-rakan.

Entri pada kali ini adalah bersambungan dengan entri sebelum ini iaitu tentang Pertandingan Anugerah Blog paling popular.. Terasa seronok pula bila hasil tulisan saya tentang pertandingan tersebut mendapat respon dari kalangan rakan-rakan blogger..

Terima kasih saya ucapkan di atas komen dan cadangan yang diberikan.. Komen dan cadangan tersebut telah menaikkan semangat saya untuk meneruskan pertandingan ini.. Tapi pada peringkat permulaan ini, saya cuba untuk mengadakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu..

Bila saya dapat balik semenanjung nanti.. Insya Allah mungkin tahun depan, baru bentuk satu kumpulan yang sama-sama berminat untuk menganjurkan pertandingan ini.. Kemudian buat kertas kerja untuk mencari tajaan dan baru buat pertandingan iini secara besar-besaran..

Sekarang ni agak terbatas untuk bergerak secara berkumpulan disebabkan saya duduk dekat Mukah.. Nak berbincang secara bersemuka dengan rakan-rakan blogger dari tempat lain pun agak payah.. Walaupun tempat tersebut sekadar di Kuching.. ;)

Terima kasih di atas komen yang diberikan oleh Releven..


Insya Allah tahun depan kita pergi cari sponsor dari mana-mana menteri atau pihak swasta.. Untuk tahun ini kalau ada rakan-rakan blogger dari semenanjung yang sudi nak tolong cari sponsor sangat-sangat dialukan.. Boleh kita bagi hadiah yang besar sikit kepada para pemenang.. ;)

Cadangan Hadiah-hadiah Pertadingan Anugerah Blog paling popular adalah seperti berikut:
  1. Tempat Pertama   : RM300
  2. Tempat Kedua     : RM200
  3. Tempat Ketiga     : RM100
  • Blog Kategori Agama dan Pendidikan Popular              : RM50
  • Blog kategori Peribadi Popular                                      : RM50
  • Blog Kategori Kesihatan Dan Alam Sekitar                   : RM50
  • Blog Kategori Kecantikan dan Penampilan Diri Popular : RM50
  • Blog Kategori keusahawanan Dan Pelaburan Popular    : RM50
  • Blog Kategori Masakan Popular                                   : RM50
  • Blog Kategori Isu Semasa Dan Hiburan Popular           : RM50
  • Blog Kategori Pendidikan Popular                                : RM50
  • Blog Kategori Robot Dan Teknologi Popular                : RM50
  • Blog Kategori Hobi dan Percutian                                 : RM50
  • Anugerah Banner Paling Menarik                           : RM100
 Jumlah Hadiah yang dicadangkan bernilai RM1200.00.. Walaubagaimanapun nilai hadiah ini mungkin bertambah sekiranya kita berjaya mengumpul dana yang besar..
Dari mana nak dapatkan tajaan untuk hadiah?

Seperti yang saya sebutkan di atas.. Kalau saya nak cari penaja di sekitar Mukah ni agak payah.. Jadi buat permulaan ini, saya syorkan kita dapatkan sumbangan daripada para peserta dengan memasukkan sumbangan tersebut sebagai syarat utama pertandingan..

Kita tak mengenakan bayaran yuran pertandingan.. Tak bestlah kalau kita kenakan yuran pertandingan.. Sebab kita paksa peserta bayar.. Tapi kalau kita letakkan sebagai sumbangan, peserta boleh menyumbang seikhlas yang termampu..

Syarat sumbangan yang diperlukan untuk melayakkan menyertai pertandingan ini adalah diantara RM1 sehingga RM30..

Tapi kalau ada blogger yang nak bagi sumbangan lebih daripada nilai tersebut sangat-sangat dialu-alukan.. Bukan untuk sesiapa pun untuk kita-kita juga.. Untuk menyemarakkan lagi pertandingan ini..

Sebagai penghargaannya kita letakkan banner/url blog yang memberikan sumbangan tertinggi pada senarai teratas sekali kemudian diikuti blog yang memberi sumbangan kedua tertinggi dan seterusnya sehingga pemberi sumbangan terendah..

Pada pendapat saya cara ni adil dan tidak membebankan peserta.. Di samping memberi peluang kepada lebih ramai blogger untuk menyertai pertandingan ini..

Format penyenaraian peserta adalah seperti contoh berikut:

1. Sembang hari2      (Kategori : Blog Peribadi)    (Sumbangan : RM100)
   

2. Discount Hari2   (Kategori : Keusahawanan Dan Pelaburan)  (Sumbangan : RM30)


3. Coretan Anuar   (Kategori : Blog Peribadi)     (Sumbangan : RM10)


Jadi mana-mana blog yang ada banner tu bolehlah letakkan banner.. dengan meletakkan kod HTML banner anda semasa membuat pendaftaran..

Bagi blog yang tak ada banner, memadai tinggalkan URL blog masing-masing semasa mendaftar.. Kekurangannya tak dapat bertanding untuk kategori banner tercantik.. Itu sahaja.. ;)

Anda boleh tengok contoh pendaftaran yang diberikan di ruangan komen nanti..

Walaupun blog anda mungkin terletak dalam senarai ke 200 atau 300 peserta yang bertanding disebabkan anda memberi sumbangan sebanyak RM1.. Berkat promosi berkempen yang berkesan di blog anda disamping meminta bantuan kepada rakan-rakan, sanak saudara atau jiran tetangga untuk mengundi anda.. Anda juga berpeluang untuk meraih undi tertinggi..

Masing-masing berhak mengatur strategi tersendiri untuk meraih undi..


Apa tujuan mempamerkan sumbangan dan Kategori pada senarai peserta yang dipaparkan?

Tujuannya adalah supaya dapat mengenali blog tersebut lebih menjurus kepada kategori apa.. Supaya pembaca-pembaca yang akan mengundi boleh terus mencari blog dalam kategori yang mereka minati..

Kemudian tentang status memaparkan sumbangan.. Supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan wang.. Banyak mana duit yang berjaya dikumpul.. 100% Duit tersebut akan dijadikan sebagai hadiah..

Katakan hasil kutipan seumbangan melebihi daripada cadangan asal pemberian hadiah..

Contohnya kita mensasarkan wang pemberian hadiah adalah RM1200.. Dan kutipan daripada sumbangan kita berjaya mengumpul sebanyak RM2400.. Jadi semua hadiah untuk pemenang akan dinaikkan sebanyak 2 kali ganda.. 

Disebabkan itu, lagi ramai blogger yang turut serta, lagi bagus.. Bak kata peribahasa yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing..

Jadi jangan lupa menjemput rakan-rakan blogger lain untuk menyertai pertandingan ini.. Seandainya kali ini kita berjaya adakan pertandingan ini.. Pada masa akan datang kita boleh meneruskan tradisi ini dari masa ke semasa dengan lebih baik lagi.. 

Saya rasa penerangan panjang lebar saya turut menjawab atau menggunakan cadangan yang diberikan oleh Tehr, Peah, Yazid dan lain-lain.. Komen-komen yang rakan-rakan berikan telah membantu saya untuk memperbaiki cadangan asal Format pertandingan ini..


Saya setuju Blog popular dikira berdasarkan blog yang mendapat undian terbanyak.. Macam anugerah bintang Popular, Raja Lawak, AF dan lain-lain.. Semua pemenang dipilih berdasarkan undian terbanyak yang diterima daripada penonton.. Penonton berhak manjadi hakim untuk menentukan siapa pemenang..

Sebelum ini saya bercadang untuk membuat penilaian 50% daripada undian orang awam dan 50% lagi daripada pengadil bertauliah.. Antara pengadil yang saya syorkan  adalah dari kalangan pakar-pakar usahawan internet seperti:
Tapi bila difikirkan balik ada ker masa dia orang ni nak menilai satu persatu blog peserta.. Katakan blog yang mengambil bahagian ada 200.. Lama juga masa yang diperlukan untuk melawat dan menilai 200 blog.. Mereka (IM) pun tentu sibuk dengan projek pemasaran internet masing-masing.. Kalau mereka sanggup pun, mungkin kena bagi 'pengeras' sikit sebagai sagu hati..

Modal lagi..... mana saya nak cari duit?

Kalau saya dan blogger-blogger amatur lain yang nilai, nanti ramai pula yang tak berpuas hati..

Jadi nak selamat lupakanlah sahaja penilaian daripada juri profesional.. Kita ambil 100% penilaian pembaca.. Saya harap semua setuju yer.. Saya tanya buat kali terakhir ni.. Setuju tak?

Diam tanda setuju.. Terima kasih kerana bersetuju.. ;)





Berdasarkan dua komen ini saya telah memperbaiki format pertandingan dengan menggabungkan format yang dilakukan oleh Anugerah Bintang Popular dan Format dalam permainan catur..

Semua peserta akan bertanding untuk merebut Anugerah Blog paling Popular.. Tapi anugerah tersebut hanya menawarkan hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.. Mana-mana pemenang selepas tempat ke tiga akan diserapkan kepada hadiah mengikut kategori..

Senang cerita setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah.. kalau peserta tersebut dah memenangi tempat pertama hingga ketiga jadi hadiah untuk pemenang setiap kategori akan diberikan kepada peserta lain.. 
Saya bagi contoh.. Katakan ada 10 blog yang mendapat undian tertinggi tempat pertama hingga ke 10 dari pelbagai kategori..
  1. http://ali.com/    (kategori blog peribadi)                      (5000 undian)
  2. http://abu.com/ (kategori blog peribadi)                      (4000 undian)
  3. http://hiburan.com/ (Kategori isu semasa dan hiburan) (3000 undian)
  4. http://masakan.com/ (Kategori masakan)                    (2500 undian)
  5. http://kecantikan.com/ (Kategori kecantikan dan Penampilan diri) (2300 undian)
  6. http://agama.com/    (kategori Agama dan pendidikan) (2000 undian)
  7. http://pendidikan.com/ (kategori agama dan pendidikan (1900 undian)
  8. http://makanan.com/ (kategori masakan)                       (1800 undian)
  9. http://isusemasa.com/ (kategori isu semasa dan hiburan) (1700 undian)
  10. http://ani.com/          (kategori blog peribadi)                 (1600 undian)

Berdasarkan contoh senarai 10 blog yang mendapat undian tertinggi seperti di atas.. bagaimana pemenang dapat ditentukan?

Anugerah blog popular (tempat pertama) http://ali.com/
Anugerah blog popular (tempat kedua)    http://abu.com/
Anugerah bog popular (tempat ketiga)     http://hiburan.com/

Blog popular kategori masakan   http://masakan.com/
Blog popular kategori peribadi   http://ani.com/    (ali.com dan abu.com tidak layak memenangi kategori ini disebabkan merka telah memenangi hadiah di tempat pertama dan kedua)

Blog popular kategori isu semasa dan hiburan http://isusemasa.com/ (hiburan.com tidak layak memenangi kategori ini disebabkan beliau telah memenangi hadiah di tempat ke tiga)

Walaubagaimanapun peserta boleh memenangi dua hadiah sekiranya memenangi undian banner paling meanrik dari kalangan pembaca... Banner paling meanarik merupakan kuasa mutlak pembaca.. Walaupun peserta dah menang hadiah.. Tapi kalau ramai orang mengundi banner beliau sebagai banner paling menarik, jadi peserta tersebut layak dapat dua hadiah..

Diharapkan penerangan saya tentang format pertandingan jelas.. Kalau tak jelas boleh emailkan pertanyaan anda kepada saya di nuargto@gmail.com ..

Tolong jangan tinggalkan komen di ruang yang disediakan.. kerana ruangan komen digunakan untuk pendaftaran peserta..

Cara pendaftaran Pertandingan...

Tempoh pendaftaran adalah dari 24 April 2011 (Ahad) sehingga 31 Mei 2011 (selasa)
Para peserta dikehendaki Mengisi maklumat pendaftaran di ruangan komen blog ini dengan menulis:

Contoh 1:
id follower : anuarmarsib
Kategori   : Blog Peribadi
Nama blog : Sembang hari2
URL/banner : (kod html banner)
Sumbangan : RM100

Contoh 2:
id follower : nuargto
Kategori    : Blog Peribadi
Nama blog : Coretan Anuar
URL/banner: http://anuarmenulis.blogspot.com
sumbangan : RM10

Selepas mendaftar, sila membuat sumbangan ke akaun Maybank 151463014877 (Muhamad Anuar Bin Marsib)

kemudian emailkan butiran pembayaran selengkapnya kepada nuargto@gmail.com dengan menulis

Contoh:
Nama blog : Coretan Anuar
URL : http://anuarmenulis.blogspot.com/
Nama bank : Maybank
Jumlah sumbangan : RM10
Tarikh dan masa bayaran : 24 April 2011 jam 9.00 malam

Saya akan menyemak bukti pembayaran sebelum menyenaraikan blog anda pada senarai blog peserta yang mengambil bahagian.. Sekiranya terdapat kesilapan terutamanya pada jumlah sumbangan, sila maklumkan kepada saya berserta bukti yang jelas.. (Sila simpan resit/rekod transaksi sumbangan sebagai bukti )..

Senarai blog peserta akan dipaparkan bermula pada 15 Jun 2011 sehingga 15 November 2011..

Memang lama.. Jadi dalam tempoh tersebut cubalah cari sebanyak yang mungkin perhatian daripada para pebaca.. dan sokongan dari keluarga, rakan-rakan, dan sanak saudara..

Bagaimana para pembaca nak mengundi?

Syarat undian:
  1. Sesiapa sahaja dibenarkan mengundi
  2. Undian hanya boleh dilakukan sekali sahaja..
  3. Penmbaca boleh mengundi maksimum 5 buah blog sahaja..
  4. Pengundian dilakukan dengan menulis senarai URL blog yang diundi (max 5) dan banner pilihan di ruangan komen senarai blog..
Contoh:

http://agama.cm/
http://ali.com/
http://abu.com/
http://ani.com/
http://hiburan.com/

banner pilihan http://ali.com/

Nota: contoh undian akan saya lakukan pada 16 Jun 2011 pada entri yang mempunyai senarai blog peserta yang bertanding..

Keputusan pemenang bagi Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular akan diumumkan pada 1 Disember 2011.. Banyak tu nak kira undi.. Kalau pertandingan ini betul-betul berjaya..

Banner pertandingan sedang dalam proses untuk disiapkan.. Banner pertandingan akan dipaparkan pada entri yang mengandungi senarai blog yang bertanding..
Sekian, terima kasih..

Jom ramai-ramai kita memeriahkan pertandingan Anugerah blog paling popular 2011..

27 ulasan:

  1. id follower : anuarmarsib
    Kategori : Blog Peribadi
    Nama blog : Sembang hari2
    URL/banner : (Kod HTML telah diemailkan)
    Sumbangan : RM100

    BalasPadam
  2. id follower : anuarmarsib
    Kategori : Keusahawanan Dan Pelaburan
    Nama blog : Discount hari2
    URL/banner: http://Discount-hari2.blogspot.com
    sumbangan : RM30

    BalasPadam
  3. id follower : Muhamad Anuar Marsib
    Kategori : Blog Peribadi
    Nama blog : Coretan Anuar
    URL/banner: http://anuarmenulis.blogspot.com
    sumbangan : RM10

    BalasPadam
  4. salam kunjung balas...
    xlayak la nk join dik cz blog akak utk dairy family jerrr..

    BalasPadam
  5. Assalamu 'alaikum wr. wb.
    Mantap acaranya Sob ... semoga SUKSES ...!!!

    BalasPadam
  6. salam...wAHHHHH wahhh sgt details! congrates utk organizer ^^ huhu, neway good luck utk y brtanding yerr sy hanye pnonton shj lah..hehe

    BalasPadam
  7. semoga berjaya anugerah yang ingin dibuat... syabas!

    BalasPadam
  8. assalamualaikum...macam best..tapi saya pun mcm xlayak lagi nak bertanding... blog saya sumer ada... agama, peribadi, lawak jenaka, animal welfare (xleh tinggal...MESTI)... hehe... tapi apa2 pun, good luck pd yg bertanding.. meh la follow saya..hik3.. maybe bila dah ramai ni...baru confident sket nak join sbb kita dah tahu apa yg org suka ttg blog kita... (kena komen entri laaa...baru tau)...

    Oppss... TERbebel pjg2 lak... ;P

    BalasPadam
  9. cool...xth plk ader pertandingan cam nie...rasa cam nak join tapi i nie x pupolar ag...heheh...blog saya bergenrekan pelaburan dan kewangan....hehehe...http://azrideris.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Salam..

    Terlebih dulu Ustaz Love nak minta maaf kalau komen ni menyinggung perasaan sesiapa.

    Untuk makluman, kaedah pembahagian hadiah daripada sumbangan peserta hukumnya adalah haram. kerana ia sama seperti judi yang mana wang kemenangan diperolehi daripada hasil wang pertaruhan.

    Ustaz Love harap, agar kaedah ini dapat dihentikan dan digantikan dengan yg lebih baik (spt mencari sponsor, jualan iklan, jualan barang dsb.. dan bukannya daripada wang sumbangan para peserta)

    WA

    BalasPadam
  11. alamak en. anuar, blog sy tak femes pun bleh join ke? :)

    BalasPadam
  12. Ustaz love..

    Terima kasih saya ucapkan kerana sudi memberi teguran kepada saya..

    Saya sebenarnya ada juga pernah mendengar tentang perkara ini.. Tapi saya kurang pasti akan kesahihannya.. Tapi kalau ustaz love dah kata begitu kira soheh lah tu..

    Sebagai tindakannya akan saya ubah sedikit format penyertaan pertandingan ini.. ;)

    Kebetulan kita dah sentuh isu ini saya juga nak minta pandangan ustaz tentang pertandingan-pertandingan yg mengenakan yuran penyertaan seperti Chess, pertandingan ayam Serama, dll..

    Biasanya pertandingan seumpama ini mengenakan bayaran yuran penyertaan dalam puluhan ringgit..

    Kemudian hadiah yang diberikan juga dalam bentuk wang tunai yang disediakan oleh pihak penganjur..

    Berdasarkan pemerhatian saya.. Bayaran yuran penyertaan itu juga kesudahannya dijadikan sebagai hadiah.. Adakah hadiah yang diperolehi melalui cara tersebut juga haram?

    Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada ustaz seandainya sudi memberi ulasan tentang isu halal dan haram dalam penyertaan sesuatu pertandingan..

    BalasPadam
  13. Nurul Fadila..

    Boleh join.. Saya sebenanrnya berminat nak kumpul senarai URL para peserta dan banner utk dipaparkan..

    Blog tak famous lagi sesuai join pertandingan ini.. Supaya bila org lain nak undi blog-blog famous, blog-blog tak famous pun akan dapat tempiasnya.. Sebab kita berada dalam satu senarai..

    Dan penonton kena mengundi 5 buah blog.. Jadi tentu mereka akan pilih mana-mana lagi 4 buah blog lain selain daripada blog-blog yang famous..

    BalasPadam
  14. Salam..

    Berkaitan dengan pertandingan, maka kita kena melihat dari sudut hadiah pertandingan itu. Tak kira apa pertandingan pun, kalau hadiahnya merupakan ambilan daripada yuran penyertaan, maka hukumnya sama seperti judi. Jika pertandingan itu, walaupun yurannya mahal, tetapi ada sponsor yg menyediakan hadiah (spt hadiah memancing anjuran Bank Rakyat), maka hukumnya harus.. kerana pemgumpulan yuran itu tidak dijadikan sebagai hadiah kepada peserta ;)

    BalasPadam
  15. Salam dan selamat pagi..

    Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah dan syabas atas dayausaha sdr untuk mempertingkatkan martabat golongan blogger negara.

    Sekiranya blog saya sesuai dengan pertandingan ini, dibawah ini adalah catatan yang berkenaan;

    1. Blog: Kumpulan Petua2 Tradisional.
    ( update 3 kali sebulan)
    http://wajahayu.blogspot.com

    2. Blog: Berita terkini dan menarik dari negara; Malaysia - Indonesia - Brunei DS dan Singapura.
    ( Update 3 kali sehari = tiap2 hari)
    http://mejabulatku.blogspot.com

    3. Blog: Hiburan tanahair Artis/gosip/hiburan dan info;
    (Update sekali sehari = tiap2 hari)
    http://radiokita-malaysia.blogspot.com

    sekian, moga usaha sdr diberkati Allah dan selamat maju jaya.

    BalasPadam
  16. id follower : nurfadilah suardi
    Kategori : Blog Peribadi
    Nama blog : DILAZ FAMILY
    URL/banner : http://dilazfamily.blogspot.com/

    dilaz buat entri promote pertandingan
    http://dilazfamily.blogspot.com/2011/04/pertandingan-blog-paling-popular.html

    BalasPadam
  17. masuk utk kategori mana yer??
    blog peribadi leh ke??

    BalasPadam
  18. masih tak faham laa cara2 menyertainya...

    BalasPadam
  19. salam, anuar.. terima kasih ye kerana sudi menjemput sy.. :)

    id follower : eezance
    kategori : blog peribadi, hobi & percutian, pendidikan (macammana ye? sy tak pasti nak pilih yg mana 1, tapi inilah motif blog sy..harap bagi pendapat.)
    nama blog : my life. (is about appreciation)
    url/banner : www.ance-mylifey.blogspot.com

    trima kasih.. jika ada yang kurang dlm penyertaan sy, harap anuar bgtahu sy ye.. ;)

    BalasPadam
  20. bleh x sy x bri smbgan utk prtndgn ini ttpi hntr aje nma blog ni?

    BalasPadam
  21. salam.

    waduh!
    tak boleh lah sbb jarang update blog.
    lagi satu, saya buat blog pun suka-suka jaa.
    tak ada niat nak masuk pertandingan besar seperti nih :P

    BalasPadam
  22. Salam Anuar,
    thanks invite saya join contest award nih :)
    Hope lepas nih ranking blog naik, follower bertambah la.

    Id follower : Nurizyan Syazwani
    Kategori : Blog Peribadi
    Nama blog : Daily Diari Saya
    URL/banner : http://the-diaryofmylife.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. id follower:zeeqa giler
    kategori:blog peribadi
    nama blog:haziqah farhana
    URL/banner:http://zeeqafauzi.blogspot.com/

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra