Selasa, 19 April 2011

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

with 59 comments







Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi..

Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera... dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian membaca coretan demi coretan saya yang tidak seberapa di blog ini..

Malam tadi sedang anak-anak lena tidur, saya mengambil kesempatan untuk meluangkan sedikit masa membaca berita-berita terkini dan sensasi menerusi carian Google.. Masa tengah syok surf internet ni, saya terbaca kisah-kisah artis paling popular Berita Harian yang masih hangat diperkatakan dan di tulis oleh beberapa orang rakan-rakan blogger di blog-blog mereka..

Bagi saya itu perkara biasa.. Sebabnya semua blogger sentiasa cuba mencari isu terkini dan berita sensasi untuk dimuatkan ke dalam blog mereka bagi menyajikan bahan-bahan bacaan untuk pengunjung blog mereka..

Tetapi ada sesuatu yang menarik minat saya ialah kebanyakan daripada mereka mengatakan kenapa tidak diadakan Anugerah blog paling popular? Ialah betul jugakan.. Kita ada anugerah juara lagu, anugerah artis paling popular, Raja Lawak, Maharaja Lawak, anugerah maal hijrah, anugerah laman web terbaik dan sebagainya..

Dengan adanya anugerah blog paling popular, setidak-tidaknya akan dapat mewujudkan semangat untuk berblog secara sihat disamping dapat menarik minat orang ramai supaya menanamkan sikap suka membaca dan menulis.. Blog... ;)

Dan ada diantara rakan-rakan blogger menjangkakan sekiranya diadakan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular sudah pasti pemenangnya dari kalangan 3 orang blogger terkenal pada masa kini iaitu:-


Bagi pandangan saya tidak adil kita bertanggapan seperti itu.. Sememangnya saya turut mengakui ketiga-tiga blog ini mempunyai auranya tersendiri.. Berdasarkan aura tersebut kita telah membuat pengadilan bahawa mereka sudah pasti akan memenangi anugerah blog paling popular sekiranya pertandingan tersebut diadakan..

Ketiga-tiga blog ini mempunyai lebih daripada 10,000 orang pengikut.. Kalau difikirkan dari satu sudut memang layak mereka dinobatkan dengan gelaran tersebut.. Tapi sebelum tu mari kita sama-sama membaca ulasan saya tentang kelebihan ketiga-tiga blog ini..

Blog Hanis Zalikha mempunyai seramai 25617 pengikut.. Blog ini mempunyai lebih daripada 10,000 trafik sehari dan berada dalam kalangan individu popular di Malaysia dalam carian google.. Kiranya Hanis Zulaikha ni walaupun seorang blogger tapi tahap popularitinya dah menyamai seorang artis.. ;)

Tapi tak hairanlah.. Sebab orangnya pun cantik.. Dah pasti ramai jejaka dan muda-mudi meminati blog beliau.. Disamping itu beliau juga ada berkongsi tentang tips kecantikan dan menyajikan gambar-gambar yang menarik, termasuk gambar-gambar beliau.. ;) 

 
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang blog Hanis Zalikha ni, anda boleh layari pautan berikut: http://inibelogsaya.blogspot.com/

Blog yang seterusnya adalah blog cik abang kita yang Macho dengan badan berotot ni.. Tak lain dan tak bukan adalah Ben Ashaari.. Blog beliau begitu diminati oleh ramai blogger disebabkan beliau rajin mengupdate blog disamping rajin membuat segmen.. Beliau mengupdate blog ini adalah beberapa kali dalam masa satu hari.. Senang kata blog ini popular disebabkan kerajinan pemiliknya.. ;)

Selain itu, Ben Ashaari juga turut menubuhkan Kelab Ben Ashaari dan telah mempunyai seramai 13126 pengikut pada hari ini..






Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang blog ben Ashaari, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Blog yang terakhir adalah blog Cik Epal.. Walaupun mungkin blog ini agak low profile berbanding dua buah blog di atas, tapi bilangan pengikut blog ini mampu mengalahkan bilangan pengikut blog Ben Ashaari iaitu seramai 13986 pengikut..

Berdasarkan pemerhatianm saya, blog ini dapat menarik ramai pengunjung disebabkan terdapat Banner-banner yang menarik  di blog ini, gambar-gambar yang cantik dan info yang sedap untuk di baca..  Selain itu Cik Epal juga rajin Up date blog seperti Ben Ashaari..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang blog Cik Epal, anda boleh layari pautan berikut: http://cikepal06.blogspot.com/

Walaupun ketiga-tiga blog mereka ni hebat, tapi jangan perkecilkan kelebihan blog-blog orang lain.. Ramai blogger-blogger baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Dan mereka semua mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.. Mereka juga berhak mengikuti pertandingan Blog paling popular sekiranya ianya diadakan..

Macamana yer kita nak adakan pertandingan ini?

Pertama sekali dah tentulah kita perlu mewujudkan AJK Pertandingan.. Dalam AJK pertandingan tu mungkin perlu ada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Publisiti, AJK Pertandingan, AJK Hadiah dan Penajaan serta AJK Tugas-tugas Khas..

Kepada rakan-rakan blogger sekalian.. kalau betul-betul nak buat pertandingan Anugerah blog paling popular, sila calonkan nama-nama blogger yang difikirkan layak untuk mengisi jawatan-jawatan dalam AJK tersebut dengan menuliskan cadangan anda di ruangan komen di bawah entri ini..

Perkara kedua dari segi hadiah.. Hadiah untuk Anugerah blog paling popular ini sekurang-kurangnya RM1,000 untuk hadiah tempat pertama.. Barulah anugerah ini kelihatan "grand".. Walaupun nilainya tak sebanyak anugerah artis popular, tapi kira oklah sebagai permulaan...

Tapi dari mana nak cari duit sebanyak itu?

Di sinilah peranan JK Hadiah dan penajaan.. Cari penaja untuk mendapatkan hadiah.. Kalau cara kita mencari tajaan betul, kemungkinan besar untuk dapat tajaan memang tinggi.. Sebagai balasannya kita promosikan perniagaan para penaja kita..

Selain itu, mungkin kita juga boleh kenakan bayaran yuran untuk setiap peserta (blog) yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan ini.. Buatlah RM5.00 untuk setiap penyertaan.. Kalau ada 100 blog yang berminat, kita boleh dapat RM500.. Jadi kita agihkan wang tersebut mengikut peratus bagi setiap pemenang.. Mungkin johan dapat 30%, Naib johan dapat 20%, Tempat ketiga 10%, dan 5% untuk 8 penerima hadiah sagu hati..

Apa macam setuju tak tentang agihan peratus hadiah kemenangan?  Kalau tak setuju sila berikan komen..

Saya cadangkan kita bagi satu tempoh pendaftaran kepada para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini..

Contohnya kita bagi tempoh pendaftaran selama sebula iaitu bermula dari 1-30 Mei 2011.. Jadi peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini akan melakukan bayaran yuran penyertaan kepada bendahari.. URL setiap peserta yang mengambil bahagian berserta banner/gambar blog mereka akan dipaparkan dalam satu senarai..

Perkara yang seterusnya adalah perkara paling penting sekali... iaitu menentukan pemenang...

Saya cadangkan kita agihkan markan penilaian kepada 2 bahagian...

Bahagian pertama dinilai oleh orang awam (50%) dan bahagian kedua dinilai oleh pengadil-pengadil yang dilantik untuk mengadili pertandingan ini (50%)..

Penilaian 50% Bahagian Pertama

Penilaian bahagian pertama akan dilakukan oleh rakan-rakan blogger samada yang turut serta dalam pertandingan ataupun tidak.. Setiap daripada Mereka boleh mengundi sebanyak 5 buah blog sahaja untuk dinobatkan sebagai blog paling popular..

Contohnya saya mengundi:
http://inibelogsaya.blogspot.com/
http://www.benashaari.com/
http://cikepal06.blogspot.com/
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Jadi setiap peserta berhak untuk mencari pengaruh mereka sendiri.. Mungkin dari kalangan saudara mereka, kenalan atau kawan-kawan mereka.. Ianya sama seperti undian SMS dalam program-program reliti TV.. Cuma bezanya, kita buat undian di ruangan komen blog pertandingan.. Sila beri komen, sekiranya ada cadangan lain..

Pemarkahan akan diberikan seperti berikut:
  • Blog yang mendapat undian terbayak mendapat 50 markah
  • kedua terbanyak 47 Markah
  • Ketiga terbanyak 44 Markah
  • Keempat terbanyak 41 markah
  • kelima terbanyak 38 markah..
  • Dan seterusnya..

Contohnya ada 5 buah blog bertanding:-
  • Blog A mendapat 100 undian
  • Blog B mendapat 95 undian
  • Blog C mendapat 95 undian
  • Blog D mendapat 90 undian
  • Blog E mendapat 90 undian..
Jadi blog A akan mendapat 50 markah, Blog B dan C akan mendapat 47 markah, Blog D dan E akan mendapat 44 markah... Kiranya mana-mana blog yang mendapat seri dari segi undian, akan mendapat markah yang sama.. ;)

Penilaian 50% bahagian Kedua

Terdapat beberapa kriteria dipertimbangkan untuk bahagian ini.. Jadi rubrik pemarkahan perlu diwujudkan.. Antara kriteria yang dapat saya cadangkan untuk dinilai adalah seperti berikut:-
  1. Kekerapan Update blog              (8%)
  2. Banner tercantik                            (10%)
  3. Bilangan follower terbanyak    (11%)
  4. Kekemasan Blog                            (7%)
  5. Isi Kandungan Blog                       (7%)
  6. Keceriaan Blog                               (7%)
 Sekiranya terdapat cadangan penambah baikan dari segi pemarkahan boleh beri cadangan dengan menuliskannya di ruangan komen..

Cuma sakarang ini, saya perlukan beberapa cadangan daripada rakan-rakan blogger untuk melaksanakan pertandingan ini.. terutamanya dari segi tarikh, senarai nama AJK, dan juga senarai nama pengadil..

Sekian, terima kasih..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com
http://anuarmenulis.blogspot.com


59 ulasan:

  1. susah juga hendak pilih blog popular sbb ramai yg popular.. apabila berdasarkan undian, ada yg akan meyuruh kawan2 dan guna sistem tertentu nanti..
    ada juga sebelum ni blogger dah buat tp x ada hadiah la..

    BalasPadam
  2. agak susah kalau nak contact melalui internet ni je, sebab yang popular dulu pun sekarang tak semestinya popular..tp cadangan bro ni saya jangkakan boleh jalan kalau semua kerjasama.

    BalasPadam
  3. Sop.. Walaupun undian guna sistem tertentu.. Tapi kita juga ada 50% markah dari pengadil yang akan mengadili pertandingan tersebut..

    Sistem ini boleh diguna pakai sama seperti pertandingan realiti TV seperti AF, Anugerah Bintang Popular, Raja Lawak..

    Siapa dapat undi tertinggi di kira pemenang.. Tapi dalam masa yang sama setiap blog yang mengambil bahagian turut diadili oleh pengadil..

    BalasPadam
  4. Syahrilhafiz,
    Pada peringkat awal ni kita cari siapa yang berminat untuk menjadi AJK dahulu.. Pertandingan macam ni tak boleh nak buat sorang-sorang.. Perlu ada team work..

    Bila dah wujud organisasi pertandingan, kita buat publisiti di media massa seperti televisyen, radio dan akhbar.. Baru mudah nak dapatkan penajaan.. ;)

    BalasPadam
  5. erkk betul ke wujud pertandingan ni? haha. kalau betul lah ada. dah sah sah ah blog cik epal tu kalah. haha :D

    BalasPadam
  6. yang mengundi tu biasanye blogger yang suam2 je macam saya ni..jadi ni pendapat saya la ye..jangan terkejut kalau nama yang 3 orang tu jugak yang akan naik.sebabnye nama2 tu dah disetkan dalam pikiran kami2 ni..
    sebelum ni pun ada dah blog pilihan malaysia buat benda ni.dan orang dah boleh jangka pemenangnye.
    kelebihan mungkin untuk blogger2 yang dah ada nama dan tuan penganjur tu sendiri.kelebihan dari segi traffic la.cuma dulu blog pilihan malaysia tak de nuffnang.:p
    orang kata pusing2 kat situ jugak.
    benashaari
    irene
    hanis zalikha
    yuyu
    red mumy
    cik epal
    zackzukhairi

    percaya tak kalau saya kata pemenangnye antara mereka 2 ni??

    BalasPadam
  7. lagi bagos kalau buat pertandingan the next popular blog. ko usha blog-blog yang ader..n listkan 20-25 blog yang ko raser patot jadi blog popular yang seterusnyer..orang len leh usha melalui blog ko n link yang ko bagi.n dorang undi la..cadangan

    BalasPadam
  8. datang sini nak cari kad jemputan tapi x jumpa lak... adoiii

    BalasPadam
  9. yeah ! lala setuju ! blog blog yang tersenarai tu semua , popular letup letup ! :D

    BalasPadam
  10. Diana.. undian daripada peminat-peminat blogger cuma 50% lagi.. Ada lagi 50% kategori penilaian daripada para pengadil.. Mana tahu ada blog otai-otai internet lain yang turut serta adalah pemenangnya.. Kalau tengok blog-blog "ilmuan" juga tak kurang hebatnya..

    Contohnya blog Tun Dr. Mahathir pun banyak trafik.. Info yang terkandung di dalamnya juga menarik.. Cuma mungkin golongan blogger2 ni tak mengejar populariti...

    Tapi kebarangkalian blogger-blogger popular ni untuk menjadi pemenang memang tinggi.. Tapi semua blogger juga boleh membuat kempen di blog-blog mereka untuk menarik undi.. ;)

    BalasPadam
  11. Sang Perasan..

    Menarik juga cadangan tu.. Tapi ianya tak sesuai dijadikan pertandingan.. Pertandingan kena ada penyertaan.. Baru ada semangat untuk bertanding..

    Tapi cara pengundian yang dicadangkan tu memang saya setuju sangat2.. Kita buat senarai blog yang bertanding berserta banner mereka sekali.. Dan pengundi akan datang melihat senarai tersebut dan membuat undian.. Tq

    BalasPadam
  12. DDC Zone.. Jemputan VVIP tanpa kad jemputan ;).. Terima kasih kerana sudi datang blog ini..

    BalasPadam
  13. Aqeela LaEn :3 blog anda pun tak kurang hebatnya.. ;)

    BalasPadam
  14. saya tak rasa wajar pon pertandingan ni..huhu..

    BalasPadam
  15. stuju dengan sang perasan n diana.. stuju dengan diana sebab mindset and mentaliti pemikiran seseorang..contoh la..

    A vs B.. A ada 10 000 follower and B ada 500 follower only, of course la mng majoriti kat A. if pemenang ny B, org mesti pelik and pikir, apa ke pelik B boleh menang.

    org zaman skang tak akan pikir disebalik sesuatu perkara, diorang hanya nampak apa yang di depan mata saja.. and sang perasan punya idea baru stuju..

    and klo best letak kategori,

    kategori A, 100-500 follower,
    kategori B, 500-1000 follower.

    kind like that la.

    BalasPadam
  16. tak nak join.. dah tentu bukan blog cik su yang paling popular.. hehe..

    BalasPadam
  17. aktiviti ni mempopularkan blog yang tersedia popular.. tak de untung nya bagi blogger cam cik su nie.. buat ape nak buang mase popularkan blog orang yang sudah popular sedangkan blog sendiri pun lum naik lagi... tu pendapat cik su.. hehe. jangan marah

    BalasPadam
  18. 1) saye rase tk boleh 100% bergantung kepada undian...sbb 'kroni' akan mempengaruhi keputusan pemilihan... jadi,perlulh balance..maybe 50% undian dan 50% dari penilaian juri...
    ***macam ulasan2 dari visitor di atas,kadangkala ada blog baru yg berkualiti tp tkde potensi utk menang sbb msh belum dikenali ramai n tkde 'kroni'. Jadi, nnti tkde org yg akn undi..

    20) satu lagi, lbh elok jika diwujudkan anugerah dari perbagai kategori blog....contohnya blog penulisan peribadi, blog info@trivia, blog masakan, blog komik@kartun dan sebagainya....


    sekadar cadangan....~

    BalasPadam
  19. kalau boleh biarlah ad pencalonan... + x nak lah blog yang sedia famous terus masuk cm tu jer...

    BalasPadam
  20. salam...kalau boloh isi kandungan blog diberi markah yg tinggi...30% ke atas..sbb isi kandungan blog tu penting..bkn hanya populariti....btw..sy setuju sgt dgn pertandingan ini...

    BalasPadam
  21. KOMPOM SAYA PUNYA TAK POPULAR =)) HUHUHHU... TAPI JADILA

    BalasPadam
  22. KALAU BUAT PERTANDINGAN BLOG PILIHAN,BLOGGER YANG MASUK BLOGGER BIASA2,ATAU KATA LAIN PICISAN,THEN DIUNDI DAN DIBAGI MARKAH OLEH BLOGGER TERKENAL,MESTI LAGI MERIAH,AT LEAST DAPAT BANTU BLOGGER2 YANG BARU NAK NAIK :D

    BalasPadam
  23. mekasih anuar sb dtg blog maera.
    pendapat ciput-sedut dari maera, pertandingan seumpama nie..hurmm cume hanye glmaerkan blogger yg tersedia glamer..blogger yang ciput-sedut cam maera nie, at the end of da day akan masih tersisih jgk,mungkin...masih byk blog diluar sana yg tak glamer tapi isi blog bagus. tapi jika nak buat jgk, tak salah pun. =)

    BalasPadam
  24. ermm..pendapat saya, currently belog2 yg famous smua berunsurkan dunia semasa, kecantikan, photoshot, tapi belog2 yg berunsurkan keagamaan agak dipinggirkan..apa kata kita cuba naikkan belog2 mcm ni,sebab majoriti blogger2 dari golongan muda kn? seriusly, blog mereka lbih menyentuh perasaan ditambah dgn ayat2 yg sgt puitis..

    BalasPadam
  25. ilham dari anugerah bintang popular erk...
    bagus jugak ada anugerah seperti ini..untuk blogger

    BalasPadam
  26. Cari sponser lah untuk hadiah.. p jumpa datuk seri Rais Yatim ke..

    BalasPadam
  27. terima kasih singgah blog dani :)

    bagi saya, blog popular ni macam lebih kepada berapa banyak pengikut. tak semestinya pengikut tak banyak, entri tak menarik dan tak bagus.

    DAN SETUJU 100% DENGAN CADANGAN IZYAN MASRI

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum..
    Pendapat saya kan...bagus jugak buat pertandingan mcm ni. Tp bhagian markah saya kurang setuju..bagi saya, isi entri itu yang utama. Biarlah isi bermanfaat dan berilmiah. Bukan hanya cakap-cakap kosong semata. Markah isi biarlah lebih tinggi dari yang lain-lain..

    kemudian, buat pertandingan mengikut kategori..baru nampak adil dan lebih jelas. kalau secara umum, dah jelas-jelas blogger popular akan menang.

    Buka pencalonan yang lebih ramai..supaya ramai yang dapat tercalon. Banyak blog yang isi bermanfaat tapi kurang popular..saya rasa blog macam ni lebih baik untuk diketengahkan..sebab tak ramai orang yang boleh menulis sesuatu yang berilmiah dengan baik.

    Sekadar pendapat..:D

    BalasPadam
  29. klau nk ikut follower, confirm la pmpuan yang CANTIK2 n COMEL2 je menang..kbnykkan nye cmtu la

    klau nk kira, brdasarkn entry, entry yg mcm mana? yg jenis KEAGAMAAN ke, POLITIK ke, PASAL DIRI SENDIRI ke, entry MENGATA ORANG ke,

    BalasPadam
  30. macam nak join je.tapi layakke?folo u folo me jugak ye

    BalasPadam
  31. selalunyer blog2 yg jenis 'indie' atau sarkastik memuatkan isi2 yg berkualiti, tapi follower sikit... gua rasa antara kualiti dan popular, quality first he3... x semestinyer popular tu kualiti kan?

    BalasPadam
  32. Setuju dgn PEAH, Atika Aula dn pengomen2 yg sama waktu dgn mereka..kalau nk bt jgk prtndgn ni, rasanya x perlu tgk pada follower..tp tgk pada isi entri blog.
    Boleh jgk dikategorikan jenis blog tu sama ada sudut agama,diri sendiri dll..
    menulis blog ni, brmakna satu penulisan. jadi tgk dr sudut penulisan yg terbaik, cnthnya yg mampu mengolah dgn bahasa yg indah dll...
    (copy paste x trmasuk..hehe..walaupun sesetengah blog popular, tp n3 brgantung pada copy paste pn xde gna kn..)

    BalasPadam
  33. Nak adakan pertandingan macam ni ok juga . tapi banyak halangan. if ada team work then the work can progress smoothly.

    besides, what diana said it's true. I have seen and read a lots of good and great ideas from other blogger but tak sepopular mcm mindset kita semua.

    bayangkan if pengundi ramai pilih blogger like ben ashaari and pengadil nak adilkan macam mana ? obviously , ben akan menang juga.

    and tentang kategori kekerapan update blog.
    tak semua orang ada masa. mereka yang mungkin tak berkerja ataupun budak lepasan spm, gerenti boleh menang. bayangkan student then working mom. kan masa dah lari.

    Kalau popular , entri dan bahasa yang digunakan pun kurang sesuai, kan dah pelik di situ (;

    BalasPadam
  34. lau buat..kena buat byk kategori tau..x nak semata2x anugerah blog popular jer..sedangkan ABPH pun byk kategori huhu..bub Ms x da harapan nk menang hahaha

    BalasPadam
  35. kalu ada pertandingan blog..sy nak pertaruhkan blog sy boley....konsep blog sy...cerita bergambar,,,

    BalasPadam
  36. huhuhu sy tkd idea lah abg. sy ni, mna lah nk taw pasal bnda bnda tu smua. heee :)

    BalasPadam
  37. menarik jugak idea ni..sy setuju je kalau diadakan pertndgn ni..konpem best..tp, kena ade kerjasama lah..

    BalasPadam
  38. Nak jadi AJK!!!
    Hee~

    Tapi macam tak layak je.
    huhu.

    BalasPadam
  39. buatlah bnyak kategori..ada ketegori agama, hivuran, fakta,dan sebagainya...

    namun tak boleh juga ikut pada follower semata-mata..tp blog bnyak follower tu sdh pasti blog yg popular kan..hurm, tak de harapanlah blog yang follower ciput cam kite..uhuk =.=

    BalasPadam
  40. kecilnya sy dalam dunia blogger ni huhuhuhu

    BalasPadam
  41. setuju ngan jaa64, buat ikut kategori.
    jumlah follower tu penting ke? bg sy x penting pun sbb kdg2 kita follow org tu sbb nak membalas aje, atau pun sbb syarat2 join contest.
    klu guna kuasa vote mmg sah2 la blogger glamer jer yg menang. kena ada kategori 'blogger follower ciput' kot.. hehehe

    BalasPadam
  42. Cik Epal, merendah diri.. ;).. Pengikut banyak.. Trafik pun banyak.. Banner cantik..Orang nyer pun cute..

    Ada harapan boleh menang tu.. ;)

    BalasPadam
  43. Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yazid..

    Kita tak boleh menggunakan sistem undian 100%.. Kalau guna sistem undian tentulah blog yang ramai pengikut akan menang..

    Sekali buat entri untuk berkempen sahaja dah lebih 10,000 orang dapat baca kempen mereka..

    Seandainya jadi saya nak buat pertandingan ni, saya akan kenakan yuran pertandingan.. Tak mahal pun mungkin dalam RM5 atau RM10..

    Tujuan kutipan yuran ini dikenakan supaya blog yang betul-betul berminat sahaja akan turut serta.. Dan saya akan limitkan 100 blog terawal sahaja untuk turut serta..

    Kalau tak buat macam ni letih juga.. Nanti semua blog nak join.. Kalau dah sampai beratus-ratus blog join.. Letih pengadil nak lawat blog satu persatu untuk beri markah..

    BalasPadam
  44. salam anuar,

    mia baru je sempat baca entri ni dan semua komen di atas.

    mia rasa elok kita adakan anugerah ini. tapi lebih elok kalau kita sokong blogger2 baru yang nak naik.

    kalau pilih popular, memang confirm blogger yang dah popular akan bertambah popular. apalah salahnya kita bantu blogger yang lain.

    1.cari org ajk dulu.
    2.buat meeting, bincang nak pilih kategori blog mana..
    3. keputusan berdasarkan meeting.
    4. baru buat promosi untuk anugerah tu.

    lepas tu kalau guna vote, memang confirm blog yang glamour akan menang.

    tu la... macamana pun kena amik AJK dulu baru buat keputusan..

    BalasPadam
  45. Saya pun setuju sekiranya diadakan pertandingan mengikut kategori seperti..

    Keagamaan
    Hiburan
    Blog Peribadi
    Pemasaran Internet
    dll..

    Terima kasih di atas komen yang diberikan.. ;)

    BalasPadam
  46. Tentang isu pertandingan ini akan mempopularkan blog yang sedia ada, pada pendapat saya tak akan timbul..

    Contohnya kalau blog saya http://anuarmenulis.blogspot.com bertanding dengan blog ben ashaari, orang akan tengok blog saya ke blog ben ashaaari..

    Saya rasa orang akan lawat blog saya.. Mungkin orang ramai ingin tahu siapa saya.. hebat ker blog saya untuk bertanding dengan blog ben ashaari yang dah sedia terkenal..

    Jadi secara tidak langsung blog-blog kerdil pun boleh jadi glomour..

    saya ambil contoh dalam pilihan raya sebelum ini.. Ada seorang calon bebas perempuan dari Kelantan.. Beliau bertanding bersendirian melawan YB yang sedia terkenal.. Secara tidak langsung beliau turut jadi terkenal.. Dapat masuk surat khabar dan televisyen lagi.. ;)

    Jadi dengan adanya pertandingan ini secara pemikiran positifnya akan turut memberi trafik kepada blog-blog kerdil yang berani bersaing dengan blog-blog ternama.. ;)

    BalasPadam
  47. blog popular sepatutnya hanya markah berdasarkan undi sahaja
    bila undi banyak, popularlah tu

    blog popular tak sama dengan blog terbaik juga tak sama dengan blog paling banyak trafik

    BalasPadam
  48. http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/04/malaysian-next-top-blogger.html

    cuba baca tu :)

    BalasPadam
  49. salam..
    akhi,kene vote2 jgk ek?

    BalasPadam
  50. huh layak kah blog sy yg ciput ni nak menang..oh sungguh tidak pasti...ha3

    BalasPadam
  51. haks !!! sori aku pun rasa tak sesuai nak join pertandgan nih !! lgsung tak popular lah aku..tp kalau yg join aku support je :) keep it up guys :)

    BalasPadam
  52. asslamualaikum..

    terima kasih atas invitation anugerah blog paling popular. teringin sgt nak join tapi apakan daya saya sgt bz dgn kerja :( apa pun tetap support dari jauh :))

    BalasPadam
  53. Salam En aNuar.

    Tq fOr uR inVitatiOn.
    SoKonG!
    PertandiNgan nih bLeh mEwujudkan persahabaTan Secara ALam Maya.hehe..

    I'm also quite bUsy rite nOw.. but i will suPport others ;)

    Tq.

    BalasPadam
  54. layak ke blog saya masuk pertandingan ni...hhhmmm...rasanya memang sangat2 tidak layak ...sbb blog saya biasa2 jer.komen pun cuma ala kadar jer...rasanya banyak lagi blog lain yang lebih layak..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra